Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Monday, October 4, 2010

Zikir Fatimah

Dengan nama Allah yang Maha Besar...


Ya Allah Ya Jabbar, berikanlah kekuatkan kepada Ahmad Shafiq dengan kekuatanMu, permudahkanlah dia dalam setiap urusannya, berikan kemenangan padanya dalam setiap perkara yang dilaluinya Ya Rahman...

Ya Wahhab, Ya Razzaq, kurniakan dia rezeki yang halal lagi baik, kurniakan dia rezeki serta kecukupan dalam hidupnya, jadikan dia hambaMu yang bersyukur...

Ya Raqiib, awasi segala tindak tanduknya, bimbingi dan pimpini dia, agar dia merasai nikmat Iman dan Islam...

Ya Muhaimin, Ya Hafiz, peliharalah dia dari jalan maksiat, peliharalah dia dari sebarang mara bahaya, peliharalah dia dari sifat2 yg tercela....

Ya Ghaffar, Ya Ghaffur, ampuni segala dosa2nya, beri peluang kepadanya untuk menjadi salah seorang junduMu, ampuni segala dosa2nya, berikan dia peluang untuk merasai nikmat iman dan cinta dariMu...


Ya Nuur, Ya Hadi, kurniakan dia hidayah taufiqMu, kurniakan dia hidayah taufiqMu, kurniakan dia hidayah taufiqMu... Aku merayu padaMu Kekasihku, kurniakan dia hidayah taufiqMu... Tunjuki dia jalan yang lurus dan diredhaiMu...

Ya Baasiit, lapangkan dadanya sewaktu menjawab peperiksaan, berikan kecukupan waktu padanya, berikan kemudahan padanya, berikan dia kejayaan dalam akademik dan masa depannya, agar ia menjadi wasilah kesyukurannya padaMu lantas menjadikan dia seorang hamba yang mengenali Tuannya...

Ya Samad, sesungguhnya hanya Engkaulah tempat untukku bergantung harap, hanya Engkaulah tumpuan hambaMu untuk segala hajat , maka dengarilah aku, tunaikanlah pintaanku. Dengarilah doaku Ya Sami'...

Ya Mujib, perkenankanlah, perkenankanlah, perkenankanlah doaku ini... Sesungguhnya Engkaulah yang maha Memperkenankan pinta, maka perkenankanlah...

Amalan untuk dipermudahkan urusan sehari-hari: zikir fatimah(subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar) 10x setiap kali lepas solat & 30x sebelum tidur.

Feel tak?

0 comments: