Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Wednesday, January 27, 2010

Inilah hidupku

Yeah, start today, everyday aku nak pos banyak2 kat blog aku nie, aku nak bagi anak2 aku tau kisah suka duka perjalanan kehidupan ayah diorang :) how to survive ur life wif nothing?, i'll wrote everything here, hurm, Today aku nak cite tentang satu topik yg jarang n xpernah aku sentuh selama nie,ibu, ibu ku, aku nak cite tentang ibu aku, seorang wanita yg aku sanjung,yg aku banggai,yg aku sayangi dan yg paling penting,paling ku rindui, Perit hidup tanpa belaian seorang ibu, Zalaha@Zaleha bt. Sahar,jOM. Hayati...

1992 - Ketika ini aku berumur 5 tahun,adik aku ada sorang jerk,Angah,Angah berumur 2tahun, hehehehe, aku selalu menyakat adik aku, ari2 kene kacau jerk, yelah,maklumlah angah adik aku yg 1st, ketika ini aku dan keluargaku tinggal di Taman Simpang Renggam, sebuah kawasan taman yg sedang membangun, jiranku merupakan seorang polis,anak ramai, ahaha, Helmi Hamidon,Hafiz Mahmud,Azwa Md Lazim, antara nama-nama yg berjaya aku ingati, kawan-kawanku ketika usia kanak-kanakku, Kitaorang selalu main beskal roda tiga sama2, aku still ingat lagi, ibu selalu menakutkan aku dengan seorang "aci" india yg agak berumur, setiap pagi dia akan berjalan kaki, ibu selalu mengatakan aci ini suka makan orang coz mulutnya berdarah(padahal dia kunyah sirih)setiap kali aku nampak aci, aku akan berlari masuk ke rumah:p itu cerita aci,nie tok mudim lak, ada seorang pakcik, pakcik midon aku panggil, ayah selalu berkata kepadaku yg pakcik nie tok mudim, huhhh, tiap kali nampak or berselisih dengan Pakcik Midon, aku wajib lari smbil tekup2, menangis2, hahaaha, takut kene sunat, cess,bila aku da boleh fikir betul,sebenarnya dia bukan tok mudim, rupanya dia merupakan staff di Sekolah, mana ada tok mudim, kene tipu jerk aku nie kecik2 , ibu tertawa riang, aku still boleh dengar suara ibu, aku selalu kene bantai dgn ibu, ibu merupakan seorang ibu yg tegas, saudara-saudara,sahabat-sahabat aku semuanya mengetahui bagaimananya ketegasan ibuku di dalam mendidik, disebabkan ketegasan ibu yg mendidik, ibu pergi meninggalkan kami :(, Allah Maha Besar, aku pernah kene bantai dgn ibu coz kacau angah, kene bantai dgn rotan besar, aku ada gambarnya, hahaha, nanti esok aku upload, ehehhee, meraung2, time tue ayah aku kat dapur ketawa, sakit kene sebat, tapi benda tue yg aku rindui hingga saat ini, Ayah aku setiap pagi akan pergi ke sekolah dengan menaiki moto buruk yg menjadi aset keluarga kami selama nie, hahaha, moto Yamaha Yb, warna hijau pada mulanya, tapi skang dah bikin n bertukar kaler biru, cantik :) keluarga kami bukan dari keluarga berada, tapi hidup kami penuh dengan kasih sayang, duit,harta dan kebendaan tidak menjadi penghalang bagi ayah dan ibu melayari bahtera rumah tangga, seumur hidup aku, aku xpernah melihat ibu dan ayah bergaduh teruk, mereka teladan yg terlalu baik sebagai pasangan suami isteri,semua masalah diselesaikan bersama, tiada rahsia, tiada pertikaian, bohong kalau tiada pergaduhan, paling lama pun kurang daripada 1jam, kami terlalu bahagia, ketika umurku 5tahun, aku sudah boleh membaca dengan baik di atas asuhan ibuku, lebam2 tangan n badan kene bantai coz tak tau mengeja, aku perlu dipaksa bagi mendapatkan yg terbaik, terima kasih ibu.Aku berjaya membaca dengan baiknya ketika aku berumur 5tahun, lancar, confident.hah, nie lagi satu,pernah dulu dalam tiwi, keluar iklan a&w, kalau xsilap aku, iklan hamburger n root beer, aku dipimpin ayah,ibu mengendong angah,kami menaiki bas pergi ke Bandar Kluang, ayah bawa kami ke Restoran A&W,kami makan sama2,makan hamburger,sedap gila, aku amek topeng bear tue, hihihih, best sgt, ayah bawak botol 5 liter n tapaw rootbeer bawak balik umah, dalam bas aku mintak jerk air tue,jakun, xpernah jumpa,hihihi,rindunyaa.. hurmm.. dah start meleleh dah nie. :p hati tisu senanya aku nie, ahahaa. Its about ur mother, u should write everything, everything.

1993 - Kami sekeluarga berpindah ke Taman Samudera,Simpang Renggam, sebuah kawasan taman yg baru dibuka, kami diantara penduduk yang menjadi penghuni sulung kawasan ini, Amat strategik, kawasan taman ini berdekatan dengan semua kemudahan awam, sekolah,Balai Polis,Pejabat Pos,Pekan Simpang Renggam,Sungai Berumbung, betul2 di tengah2 kawasan Simpang Renggam, Ketika ini, umurku 6tahun, ibu menumpangkan aku di dalam kelas Darjah Satu, aku xpernah masuk tadika, tatkala aku berumur 6tahun, aku menumpang di dalam kelas darjah satu, Satu Anggerik, Cikgu Haslina yg menjadi guru kelasku, bestnya dapat kawan-kawan baru, aku pandai mengeja,pandai mengira, tapi aku kantol hari 1st sekolah, hahaha, "Murid-murid- tulis nama kamu semua di atas kertas,nama kamu beserta ayah kamu" Cikgu Haslina memberi arahan, aku menelan air liur, memang aku pandai menulis, pandai mengeja, tapi sape nama penuh aku? nama ayah? aduhaiii,, aku tak tau, cam mane aku nak tulis, =.=', korang tau aku tulis ape,hahaha. Along Bin Man Janggut,....kawan2 ayah selalu panggil ayah man janggut, mybe tue kot nama ayah, hahahahaha, Cikgu Haslina merupakan sahabat baik ibu, pabila dia melihat kertas aku, dia ketawa, aku ingat betul, aku ikut ketawa, ya allah, kalau lah aku tau, malunya,, seb bek budak2 lagi time tue :p.Rutin aku ketika darjah satu, hihi, setiap hari sebelum ke sekolah, ibu akan memandikan aku, memakaikan baju,menyikat rambut, menyapu bedak. Semua sekali, kami pergi ke sekolah bersama, setiap hari ibu akan menyium pipiku, setiap pagi ada lipstik ibu melekat di pipiku, aku still masih ingat semuanya, terpahat di dalam memoriku, untuk selamanya.Ibu merupakan isteri dan ibu yg terbaik, tiada siapa dapat menandingi. :(...Setiap kali pulang dari sekolah, ibu akan terus memasak, aku suka sgt masakan ibu,tomyam,asam pedas,ikan keli pecal, lama sangat aku tak rasa, ibu akan aku untuk membaca buku sesudah sekolah, tepat pukul 9, aku akan diarahkan tidur, jadual yg ditetapkan ibu bagi mendisplinkan anak-anaknya, Ketika ini aku dah ada 2orang adik, Aku,Angah n Epi.Aku terlalu rindu dengan semua kenangan-kenangan nie, nape tah. hurmph..


oit.. aku dah penat lah naip. esok lah ea aku smbung, aku upload pic aku yg time tahun nie, comel2. hehehee. :) wait yeah. esok aku smbung lak tahun 1995-1996. everything in my mind, i got a brilliant brain. i'll write it. wait n c :)

Monday, January 25, 2010

Kembali Menyinar

KEDAI AKU JAGA SKANG!! :)



Alhamdulillah, tahun nie dah masuk tahun 2010, Ya Allah, sungguh laju masa berjalan, aku still berdiri n bertahan untuk meneruskan perjuangan untuk mengapai kejayaan dunia dan akhirat, hmm, lamenya aku xpos kat blog aku nie, ahahahaha, aku jealous tgk blog2 yg lain, wow, cantik2, mane tahan, ahahah, langkah pertama aku, cam biasa, aku survey sume laman web yg menawarkan tawaran layout yg free, aduhai, semuanya hodoh2 belaka, opss.. xd satu pun yg berjaya menarik hati aku, apelah designer2 kat dunia nie, wat blog cuba lah yg lawa2, aku still surfing n try mencari layout yg sesuai untuk blog aku, sume engine pencarian aku bukak, tiba-tiba, mata aku terpaut melihat carian layout di pakcik google aku, sgt2 cantik layout yg ditawarkan,malang sekali, semuanya berbayar, lahai, benda simple pun nak kene bayar, cantik sgt2 layout yg ditawarkan, pe lagi, make it simple, aku goddam database website india nie,hehehe, creative gak orang2 tamil nadu nie, cantik gila beb layout2 dia, aku hack n hack n hack n finally, dapatlah apa yg korang tgk skang, kemaskan, hahaha. simple gila.. aku suka sgt layout nie, tinggal nak touch up sket2 jerk lagi.Best Best Best. :) Ok2. aku nak cite perkembangan terbaru dalam hidup aku, yg suka, stay tune yg xsuka pun stay gak, tak kira :0. ahahaha.

Last entry aku Julai 2009. Omg, 6 bulan aku langsung xd pos ape, lamanya, selama 6bulan nie, banyak sgt perkara berlaku, Setakat nie, aku dah berenti dah keje kat Mid Valley, :( sedih sgt, rasanya lama sgt aku xberintereaksi dgn pelanggan2 from other country, Rindu sgt2 nak cakap owg puteh, hahaa. :p dulu segan2 nak cakap, dah xcakap rasa xbest lak, haishh, manusia,manusia.Skang aku dah balik ke Kampung Halaman aku, aku bekerja di sebuah Kedai Komputer, owner kedai aku skang chinese gak, ahaha,Kalau dulu, aku selalu kene toca ngan Chinese kat Mid Valley, skang sumenya berubah, komisen yg aku terima bagi setiap penjualan laptop n desktop komputer 100x ganda melebihi apa yg pernah aku dapat di Mid Valley, alhamdulillah, aku boleh simpan duit cket2, berbalik kepada cerita bos aku, Bos aku merupakan seorang yg PEndek, hahahaha :p dia seorang yg sangat berwawasan, angan-angan yang diciptanya terlalu tinggi, (tak padan dengan pendek),time interview, huh, satu sijil aku pun langsung x diusiknya, aku bercerita dengan dia semua pengalaman yg pernah aku ada,sume sekali, dia terperanjat kerana sebelum ini hanya golongan wanita sahaja yg bekerja di dalam bidang promoter,interview dilangsungkan selama 3hari, 3hari aku datang ulang alik kedai bos aku nie, alhamdulillah, segala usaha aku berbaloi, aku dilantik menjadik Supervisor Marketing,
tugas aku mudah, "U jual 10 biji bulan nie, u confirm keje wif our company", 1st task aku, 10 biji in 30day, :) Pada mulanya aku memandang rendah dengan cabaran bos aku, aku silap. hahahaha, susah siot nak jual laptop kat kampung,berbeza semasa aku bekerja di Mid Valley, sgt berbeza, aku keep pushing keep pushing customer, haha, kesian customer2 aku, sume kene racun, itu talent aku, aku mempunyai skill tersendiri bagi meyakinkan orang, body language,nada perkataan,eyes contact, omg, sume bersangkup paut, push step by step, not to hard, not to soft, try the best untuk bagi dia yakin apa yg dijual, aku berjaya menjual 14 bijik bagi bulan pertama, yessss.. aku kompom keje, Best nya,

Bulan kedua aku bekerja bermula, hehe, bos aku sgt mempercayai aku, Sebuah kereta Toyota Corolla 1.6 S.E. Ahaa, itulah transport aku, kete buruk yg laju berwarna biru, aku survey seluruh market Johor, Layang-layang,Rengit,Kota Tinggi,Segamat. Semua daerah aku jelajahi, Road Show. Aku bekerja dalam kumpulan aku sendiri,malang sekali, itu bukan gaya aku bekerja, aku suka bersendiri, semua sendiri, aku puas dengan apa yg aku dapat, skill aku "memaksa" orang membeli semakin mantap,hehehee. aku sgt puas.
Bulan ketiga,subhanallah, 3bulan aku bekerja apa yg aku dapat?? Mesti korang sume xcaya, Aku dapat sebuah Kereta n Sebuah Kedai di cawangan baru.100% diuruskan aku, hihihihihi. betul. sumpah aku tak tipu, 3bulan aku kerja, sume nie dapat, aku bekerja kerana Allah, aku bekerja jujur,aku bekerja tidak berkira, aku inginkan kejayaan, Alhamdulillah, bos aku percaya dengan aku, sebuah gerai komputer dibuka di Kluang,"Shafiq,u jaga cawangan baru kita, u carik seorang pekerja, u train selling skill, after 3month u come back here, I want u handle all of dis, u salary up 200. u commision up Rm100. :)". Gaji naik!!. yeah.. ahahaha..tuhan, kuasamu tiada tandingan, aku bermula dari merangkak, kejayaan aku semakin menampakkan sinarnya, Sungguh. Terlalu laju aku mendapat semua ini, aku tidak akan berhenti berjuang untuk berjaya.Aku percaya dengan hadis Rasulullah, 9/10 rezeki adalah dari perniagaan, Aku Sahut Cabaran.!.