Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Sunday, February 22, 2015

Bujang ooo Bujang

"Ibuku sayang, sayangilah aku
Ibuku cinta cintailah aku."
             Download!

              Dendangan lagu daripada kumpulan Tegar ini menggamit seribu satu memori indah tatkala ibu masih lagi ada bersamaku, tahun 2005 ibu pergi meninggalkanku dan bermula dari saat itu, aku mengorak langkah untuk terus maju kehadapan. Kadangkala, kita tidak menghargai apa yang ada di hadapan kita dan apabila ianya pergi, kita seperti tercari-cari dan merindui setiap  patah perkataan yang pernah diungkapkan suatu masa dahulu, apakan daya, semua yang tinggal hanyalah memori indah yang akan sentiasa terpahat di minda sehingga bila-bila...


Sahabat sekalian,

Di dalam kita meniti titian kehidupan, pelbagai pancaroba akan kita tempuhi, gelojak nafsu serakah salah satu ujian yang perlu kita tempuhi, ada kalanya kita tertewas dengan tipu daya syaitan di dalam menuju ke arah kehidupan yang diberkati.Pada topik kali ini, saya ingin menyentuh topik betapa kuatnya tipu daya syaitan di dalam menghasut anak adam ke arah kemungkaran.

Jujur saya katakan, saya bukan seorang insan yang baik, terlalu banyak kekhilafan yang ada di dalam diri ini, Setiap kali tersilap langkah, hati sering memikirkan amankah ibu di sana? Tiada manusia yang sempurna, kerana sempurna itu hanya sifat Allah s.w.t.  Saya takut apabila menuju ke alam abadi, saya dihumban ke dalam api neraka, saya takut dengan azab yang sudah dijanjikan di dalam Al-Quran bagi hambanya yang mungkar. Usai solat, saya sentiasa berdoa untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, tapi mampukah saya pergi lebih jauh dengan apa yang ada sekarang? Tidak semudah itu untuk mencapai satu tahap bila mana saya meninggalkan dunia ini, jemaah berpusu-pusu datang melawat. Salah satu dari 100 impian saya dan merupakan impian utama saya
adalah untuk menjadi seorang insan yang menabur bakti di dalam menegakkan syiar Islam dan menjalinkan perpaduan berbilang agama, Islam itu mudah, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dengan apa yang telah disyariatkan.




                    Tidak salah rasanya saya berkongsi apa yang telah lama saya idamkan, ya, saya idamkan memiliki sebuah keluarga yang bahagia, saya idamkan ingin menjadi seorang ayah yang menjadi pemimpin kepada keluarga, menjadi sebuah keluarga yang akan berkumpul kembali di syurga nan abadi. Hidup di dunia ini hanyalah sebuah persinggahan, bila bila masa sahaja roh akan dicabut keluar daripada jasad. Tanggal 2015 merupakan satu tahun yang amat besar untuk saya. Doa merupakan senjata mukmin, Saya tidak impikan wang berjuta, saya tidak impikan harta melimpah ruah, saya hanya mahukan sebuah keluarga. Seorang isteri yang memahami dan sudi menjadi peneman hidup ini.

Insyallah, pilihan di hati sudah ditetapkan, semoga dengan doa dan usaha yang berterusan ini, mampu menjadi permulaan bagi saya untuk menjadi seorang suami dan ayah kepada sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat nanti. Semoga segala yang diimpikan mampu menjadi kenyataan. :)

Hidup hanya sekali, tapi jikalau kita mengikut segala yang telah diaturkan, sekali itu akan menjadi sangat indah.


Thanks semua, segala salah dan silap datang dari diri saya, yang baik itu hanya dari Allah. Terima kasih kerana sudi bersama saya selama ini. terima kasih......






Thursday, February 12, 2015

Rezeki Hanya Dari Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat,

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup nikmat udara dan masih diberikan kekuatan untuk menggalas tugas sebagai seorang dai'e di bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W di atas nikmat iman dan nikmat Islam yang telah dianugerahkan usai membuka mata di bumi ini.

Pada hari ini, saya ingin merungkai persoalan berkenaan Rezeki. Rezeki merupakan satu skop yang amat luas di dalam kehidupan kita, sebelum saya memanjangkan coretan ini, saya tertarik untuk berkongsi suatu kisah yang saya baca ketika sedang melayari laman sosial Facebook seperti di bawah :-

Diceritakan, ada seorang lelaki bermimpi pada suatu malam berjumpa dengan seorang lelaki tua dan memberitahu kepadanya "engkau pergilah ke tempat ini, di bawah batu itu ada duit 100 dinar & ambillah". Lelaki itu bertanya "adakah di dalamnya ada keberkatan?" Jawab lelaki itu "tiada".. Maka dia menolak untuk mengambilnya.
Keesokkan malamnya, dia bermimpi lagi berjumpa dengan lelaki yang sama dan lelaki itu memberitahu kepadanya "engkau pergilah ke tempat ini, di bawah batu itu ada duit 50 dinar & ambillah". Lelaki itu bertanya "adakah di dalamnya ada keberkatan?" Jawab lelaki itu "tiada".. Maka dia menolak untuk mengambilnya.
Keesokkan malamnya, dia bermimpi lagi berjumpa dengan lelaki yang sama dan lelaki itu memberitahu kepadanya "engkau pergilah ke tempat ini, di bawah batu itu ada duit 10 dinar & ambillah". Lelaki itu bertanya "adakah di dalamnya ada keberkatan?" Jawab lelaki itu "tiada".. Maka dia menolak untuk mengambilnya.
Dan seterusnya dia bermimpi, lelaki tersebut menyatakan di suatu tempat ada tersembunyi duit satu dinar, dia bertanya "adakah ada keberkatan padanya?" Dijawab lelaki tersebut "ya, di dalamnya ada keberkatan"..
Keesokan harinya lelaki tersebut pergi ke tempat yang ditunjuk oleh lelaki di dalam mimpinya dan ternyata mimpi itu benar. Dia mengambil satu dinar itu dan digunakannya untuk membeli ikan. Ketika sampai di pasar dia membeli seekor ikan dan membawa pulang ke rumah. Ketika isterinya sedang menyiang ikan tersebut, dijumpai ada sebuah batu permata di dalam perut ikan itu. Terkejut dengan hal itu, si lelaki membawa batu permata tersebut ke bandar dan menjualnya.
Ternyata batu permata tersebut sangat tinggi nilainya dan ia dijual lalu dapat diguna untuk menampung kehidupan keluarganya sehingga mereka meninggal dunia.
Kisah ini diceritakan oleh guru kami Syeikh Zulfiqar Ahmad hafizahullah dan disampaikan kepada kami oleh Brother Nayeem al Bakistani.
* rezeki yg sikit tapi ada keberkatan dalamnya membawa bahagia, rezeki yg banyak tetapi tiada keberkatan adakalanya membawa duka. Amal dhuha setiap pagi boleh memurahkan rezeki serta keberkatan di dalamnya.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, saya ingin berkongsi pengalaman keajaiban yang telah saya alami dan apa yang dimaksudkan dengan keberkatan rezeki. Sebelum saya meneruskan, ingin saya tekankan tiada unsur riak yang ingin saya tampilkan, cumanya sebagai pedoman kita sebagai seorang manusia. Kita hanya insan yang lemah, segalanya telah disuratkan di sisi Allah S.W.T.

Pada permulaan tanggal 2015, tanggal  4,5,6,7,8 January 2015, saya telah terpanggil untuk menyertai aktiviti kesukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, entah bagaimana hati saya digerakkan untuk turut serta di dalam misi ini, hanya Allah yang mampu memberi jawapan, pengalaman selama 5 hari ini banyak mengajar saya sebuah erti kehidupan, saya mengembara lebih daripada 18 jam, Perjalanan menaiki Bas dari Johor ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Kelantan menguji ketahanan fizikal dan mental. Sepanjang tempoh 4 hari berada di Kelantan, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Syukur sekali lagi ke hadrat Allah kerana saya telah ditakdirkan menjadi ahli kumpulan yang dimana kebanyakan daripada anggota kumpulan merupakan tokoh-tokoh perniagaan. Sepanjang misi ini dijalankan, jelas ingin saya nyatakan, sebahagian daripada Rohani saya amat terisi,setiap pagi, kami turun berjemaah Subuh, sebelum sampai ke destinasi Banjir, bas yang kami naiki akan berhenti bagi kami solat Dhuha, pada waktu malam kami akan berkumpul dan berkongsi pengalaman sambil membanca Fadhilat Amal di dalam bentuk perbincangan, sesuatu yang amat saya rindukan hingga ke hari ini.








Usai kembali ke Johor, saya dan rakan rakan di Simpang Renggam telah dipanggil untuk bersemuka dengan Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam bagi mengadakan dialog terbuka, peluang keemasan ini tidak disia-siakan, walaupun jasad kami ada di Johor, hati kami masih tertinggal di Kelantan, selain daripada perbincangan berkenaan infrastuktur,sosiologi dan ekonomi, kami juga telah memohon jasa baik Majlis Daerah Simpang Renggam untuk menyediakan dua buah khemah di Laman Simpang Renggam bagi membolehkan kami untuk mengumpul barang-barang keperluan untuk di hantar ke Kelantan, cadangan kami disambut baik oleh pihak Majlis Daerah Simpang Renggam dan pada 14 January 2015, sebuah khemah tersergam indah bagi kami menjalankan aktiviti tanpa dirancang ini.Saya percaya rancangan Allah adalah sebaik baiknya, keberkatan daripada program ini di luar jangkaan, kami telah berjaya mengetuk hati masyarakat sekitar Simpang Renggam tentang betapa sukarnya hidup masyarakat Kelantan selepas dilanda musibah banjir, biarlah gambar menjadi bukti perjalanan ini :








Kami telah berjaya mengumpulkan sumbangan daripada semua golongan masyarakat Simpang Renggam untuk disampaikan kepada mereka yang berada di Kelantan dan............


Nikmat tuhan yang mana kau nafikan!

Bulan Januari merupakan bulan yang amat padat bagi saya, saban hari berulang alik daripada Johor Bahru ke Simpang Renggam untuk melaksanakan tugas dan menjayakan program Kami Ada Untukmu Kelantan, at least dalam masa satu hari saya berulang alik 2kali bagi menjayakan program ini, saya percaya dengan janji Allah,siapa yang bantu agamaku, akan kubantu dirinya. itu janji Allah. Segala kemanisan sepanjang program ini terbayar! Cukuplah gambar dibawah menjadi bukti keagungan kuasa Allah.. Allahuakbar!





Yurp, saya berjaya membeli sebuah lot Kondominium di Medini Park, kawasan elit di Nusajaya. Terima kasih kepada Saudara Mohd Faeez Mazlan, beliau merupakan seorang guru yang banyak mengajar saya bagaimana menjana ekonomi bagi kehidupan dan segalanya amat dimudahkan,tidak pernah terlintas di dalam hati untuk memiliki asset hartanah hampir setengah million ini. Selain daripada itu, majikan saya juga telah menaikkan gaji saya pada tahun 2015 sebanyak $1200 setiap bulan dan memberi bonus sebanyak $1500+$3200 ringgit tunai kepada saya.

Cukuplah sampai sini. Permulaan yang amat gemilang bagi tahun 2015. Alhamdulillah di atas segalanya. Terima kasih kepada semua pembaca :) Sampai ketemu lagi.

Sunday, December 21, 2014

Berakhirnya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.

Sebelum aku memulakan bicara, eloklah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada nenda tercinta iaitu Almarhumah Hasnah binti Maun yang telah pergi untuk menghadap sang pencipta pada tarikh 14 Dec 2014 yang lalu. Al-Fatihah, bagi yang bukan muslim marilah kita bertafakur sebentar.




***********************************************************************************

2014 berada di ambang penghujungnya, terlalu banyak pancaroba yang datang melanda. Sebagai seorang muslim, aku percaya dengan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh tuhan pada ratusan ribu tahun yang lampau ketika belum wujudnya manusia di muka bumi ini. Segala puji bagi tuhan. 2014 menjadi titik pahit manis dalam kehidupan ini. 2014 merupakan tahun menanam. dan segala hasilnya akan dituai pada tahun 2015. Insyallah.

Kehidupanku seperti air di lautan dalam. Ada kalanya pasang, ada kalanya surut. Somehow, aku bangga dengan diri aku. Mungkin pencapaian yang aku cipta tatkala mengharungi 2014 tidaklah seperti insan lain, tetapi aku merasa puas dengan apa yang telah aku miliki.


Pekerjaan merupakan salah satu faktor yang amat aku titik beratkan. Pencapaian aku diiktiraf oleh majikanku, hala tuju karier sudah nampak sinarnya. Aku berjaya membuktikan bangsa melayu bukanlah bangsa yang lemah. Kita mampu bersaing dengan bangsa-bangsa asing. Kadangkala aku tersenyum sendirian melihat sorotan perjalananku. Jatuh itu perkara biasa, tetapi bagaimana pantasnya kita bangun dari kegagalan menjadikan diri kita berbeza dengan orang lain, Lebih daripada 20 sijil penghargaan ada di dalam simpananku. Anugerah daripada sebuah organisasi perbankan terbaik di dunia. Impianku di sini hanya satu, menjadi anak melayu pertama yang mengetuai organisasi bank antarabangsa sebelum aku menjadi seorang pensyarah terkemuka.

Kehidupanku semakin teratur, perkenalan dengan seorang gadis dalam tempoh masa yang singkat selepas pemergian insan tersayang menjadikan aku lebih dewasa, tahun 2015 kemungkinan aku akan bergelar suami, menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga, jalannya sudah ada cumanya kena lebih focus and tawakal dengan ketentuannya. Belum masanya lagi aku memperkenalkan si pencuri hati ini. Insyallah dalam masa terdekat, yurp. aku happy. happy dengan kehidupan yang telah di anugerahkan n rasa bersyukur dengan segalanya.

Impian yang dahulu masih tersemat di hati. New Zealand, satu hari nanti aku akan ke sana. Mengejar mimpi yang semakin pasti. Terima kasih kepada semua di atas doa yang tidak pernah putus. Aku hanya mampu merancang, tetapi sebaik baik perancang hanyalah daripadanya yang esa. Meh aku belanja sket gambar lates aku. :) Sampai berjumpa lagi. Wassalamah..

Saturday, December 7, 2013

Menuju ke arah kehidupan yang diredhai

Tatkala ku mengelamun sendirian, mengimbau kembali  apa ertinya sebuah kehidupan, kisah suka dan duka,hilai tawa dan tangisan, datangnya seperti angin bayu, lembut tapi hilangnya dalam sekelip mata.Hidup  ini terlalu banyak pancaroba, bagi yang lemah, pasti akan terkulai, bagi yang tabah, kebahagian menanti di hadapan.Itulah adat resam sebuah kehidupan.

Kadangkala memori lama menggamit kembali kenangan silam, apa yang pasti, hidup perlu diteruskan, apa jua rintangan, pasti kuharungi kerana inilah masa depan yang telah ku lakarkan. Tiada erti penyesalan dalam diri ini.Untuk apa menyesali perkara yang sudah terjadi? Aku bahagia dengan jalan yang telah kupilih, agak kelakar tapi inilah realiti.

Kerjaya? Tiada masalah bagi diriku, kerana sejak nan kecil ayah telah mendidikku untuk bijak menempatkan diri dikalangan mereka yang hadir dalam hidupku, masuk kandang kambing kita mengembek masuk kandang lembu kita menguak,pesan ayah yang tak pernah kulupakan. Rasa sebak bila ayah dengan bangga menceritakan kerjaya ku kini kepada rakan-rakannya. Seorang pegawai bank di sebuah bank terkemuka di dunia. Alhamdulillah ya allah. Syukur dengan rezeki yang tak putus kau limpahkan walaupun aku acap kali melanggar perintahmu. Alhamdulillah.



Cita-Cita? Usai usiaku tujuh tahun, sudah ku tanamkan dalam diri ini untuk menjadi seorang pendidik, sama seperti ayah dan arwah ibu, Pensyarah, tidak pernah sesekali ku lupakan apa yang kuimpikan, mungkin usahaku belum memadai untuk menggapai cita-citaku, tapi aku yakin, aku pasti, suatu hari nanti, pasti segalanya menjadi kenyataan. Insyallah. Akan ku taburkan segala pengalaman hidup yang telah ku lalui, yang baik jadikan manfaat untuk semua dan yang buruk biarlah menjadi iktibar untuk semua.

Cinta? Oh tuhan, semaikanlah rasa cinta padamu. Aku tidak mahu bergelumang dengan dosa, aku tidak mahu dibakar api nerakamu. Aku rela menghabiskan sisa kehidupanku di jalan yang kau redhai, tolonglah hambamu ini. Biarlah cintaku hanya untukmu. Biarkan hidupku kuabadikan untuk mereka yang memerlukan dan jadikanlah kehidupan ini satui nostalgia yang bermakna bagi semua. Biarlah diriku ini dirindui ketika ku tiada lagi di sini. Bantulah aku ya karim.

Sahabat? Anda yang berada di sini, tidak kira yang mengenali diri ini ataupun tidak, janganlah dibenci diriku ini, janganlah dihina, janganlah dicaci, kerana apa yang ku lalui sudah cukup memeritkan, berilah peluang untuku membina impian yang telah lama kuimpikan, membina satu kehidupan yang pasti menjadi kenangan abadi, hidup hanya sekali, tapi bila kita menikmati kehidupan yang sekali ini, ia sudah cukup memadai, kuhulurkan salam di penghujung bicara, segalanya kita kuserahkan padamu ya rabbi. Wassalam.

Ahmad Shafiq Othaman
Degree in Business Management with Hons.
Customer Service Specialist (Citibank Pt.Ltd)

Sunday, June 2, 2013

Jauh di sudut hati.

Kitaran kehidupan merupakan lumrah yang perlu dihadapi bagi setiap mereka yang bernyawa, tatkala ku duduk sendirian, kadangkala fikiran ini jauh melayang, sepanjang 25tahun melalui melodi kehidupan ini, apa perkara yang paling membanggakan pernah ku sumbangkan kepada keluarga, agama,bangsa dan negara, impian di hati ini tinggi mengunung, memadai kah usaha yang selama ini ku taburkan untuk aku megah berkata ku korbankan segalanya bagi mencapai cita-cita ini?

Hari berganti hari, minggu bertukar bulan, bulan menjejak tahun, usai masa berlalu, diri ini terus berdiri, terus berlari. Jatuh tersembam, ku bangun kembali, kerana impian di tanam di dalam hati masih lagi terus marak berapi. Usia ini terus meningkat, masa berlalu nan pantas. Kehidupan ini yang telah kupilih, akan ku habiskan apa yang sudah ku mulai, akan ku genggam cita-cita nan satu. Setiap hari, pelbagai karenah manusia dapat ku perhatikan, darinya ku belajar untuk menilai dari sudut pandangan diriku, ada yang membuat ku melopong kagum, ada pula mereka yang menjengkel,memualkan, ada yang baik di hadapan, menikam tatkala kita menoleh kehadapan. Manusia, alpa dalam mengejar cita-cita,tanpa disedari semuanya tertanam, terkubur begitu sahaja, Ku berdoa padamu Illahi,dengan nama Allah yang maha agung, aku akan terus mengorak langkah berlari. Kerana, aku masih jauh darimu. jauh nun di sana. bawaku menjumpai bahagia yang ku cari selama ini.

Monday, May 13, 2013

Dream come true..

          Hi semua! Saya kini sudah kembali, Assalamualaikum w.b.t. 1st of all, i would like to express my sincerely appreciation to all of my fellas followers coz u all still datang masuk ke blog nie even saya dah lame sangat2 x update.. Alhamdulillah, since January 2013, i'm started joined banking which is Citibank pt.ltd Singapore, it was like a dream come true, this is what i'm planning 3years ago, meh kita tgk my diagram for my life journey.. saksikanlahhhhhhhhhh*gaya iwan dangdut*hehehe.



      I'm do this listing while i'm 21 years old and this is what i planning to do here, remember, nothing impossible, every single o f us have importunity to do it so, just nak or xnak jerk kan Mak Jemah!. Now i'm stayed at JB, which is my dream since 2010, going back to hometown, i'll spent 5years with Citigroup before i'm move on to catch my dream which is to be a lecturer, banyak sangat yang berlaku among 5month aku xupdate this blog, lagipun laptop leh rosak plak skang nie, nie pun taip guna desktop my auntie, huh~ takpe2 once laptop dah ok, everyday, new post will menghiasi laman nie, ahahaha, opss.. lagi satu, skang nie aku dah ditemani orang tersayang tau.. SAPE??? wait for the next post my dear~ xlama lagi pun.. yahuuuuuuuuuuuuu.. anda bila lagi?? UBAH UBAH UBAH! ubah paleq ko! ahahahha  

Monday, October 15, 2012

Pintu Rezeki hanya Allah yang tahu

       Kadangkala rezeki kita boleh berubah di dalam sekelip mata, kuasa tuhan tiada siapa yang boleh menduga, ikhlaskan hati ketika bekerja, niatkan bekerja as ibadah, kemanisannya pasti dirasai  rezeki yang datang pasti diberkati, alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan mampu untuk aku terus menjalankan tanggungjawab di bumi Allah ini. Tuhan aku sangat baik denganku, malangnya, aku jahat dengan tuhanku, macam tak mengenang budi kan, macam-macam dah Allah kurniakan,terkadang bila duduk sendirian muhasabah diri, rasa diri ini penuh keji kerana ingkar dengan perintah yang telah di arahkan sejak nan di alam roh lagi.Ikuti kisah dibawah yang dialami oleh penulis. Semoga ia menjadi pedoman bersama, kerana, tuhan itu maha kuasa.
Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.- Surah al-Jumu’ah, ayat 9 -10.
    

            "Minta perhatian tuan-tuan dan puan-puan, kami mengalami masalah teknikal, KLIA Express akan berhenti di 3 hentian sebelum tiba di KL Central, perjalanan ini akan mengambil masa 7minit lebih lama daripada waktu sebenar. Segala kesulitan amat dikesali" Pengumuman ringkas di corong suara Platform Keratapi Laju KLIA, Rutin bulanan, dalam masa sebulan, pasti KLIA Transit akan digabungkan perkhidmatan dengan KLIA Express bagi memberi laluan untuk penyelanggaraan rel keratapi di atas dasar keselamatan pengguna, Hampir 2 tahun aku berkhidmat sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di dalam Express Rail Link, alhamdulillah di atas berkat kesabaran dan redha daripadanya aku berjaya menyambung pengajian jarak jauh peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun kedua, aku merasakan diri ini di antara mereka yang beruntung kerana mampu untuk menyambung pengajian, segala yuran tanggungan adalah hasil daripada pekerjaanku di dalam ERL,

             Hari ini aku telah diamanahkan untuk menjaga aliran penumpang keratapi yang keluar masuk di dalam KLIA, segala masalah dan pertanyaan penumpang perlu ditangani dan dilayani sebaik mungkin, pada permulaan tugas, segalanya berjalan dengan lancar, ada yang memahami dan tidak kurang juga yang memaki, pengalaman bertugas selama ini perlu diaplikasikan bagi menjaga mutu dan kredibiliti syarikat, Tepat pada jam 1535hrs......


           "Excuse me sir, can we do a refund? Why your colleague didn't tell me today you are running combine service? We would waste 7minutes in our life for this service, what is different if we take taxi directly from here?" daripada permulaan pertanyaan, this guy sure is someone, gaya percakapan, gaya badan, gaya ucapan, sangat tulus dan terus kepada persoalan yang bermain di dalam dirinya, aura yang ada di dalam dirinya sangat kuat, tak sia-sia aku belajar bagaimana membaca Yi dan Yang seseorang, okey, tarik nafas, senyum sampai telinga, kaki,badan,tangan ambil position, terus~ " Hello sir, welcome to Kuala Lumpur, how was your flight today? You look pretty tired today, On behalf of my management, I'm very sorry about this thing, we have schedule track maintenance, all of this for safety reason, just today only, for your acknowledgement, you are the lucky person today!" penumpang India ini wat muka pelik pulak lepas aku habis cakap, "why im is the lucky one?" soal beliau, taktik mengayat yang selalu aku gunakan untuk menarik perhatian pelanggan mula dipraktikkan, " yes, today we meet here, maybe after this we never meet again, so you are so lucky because today we see each other and we make a short conversation, oh, how a sweet day"sambil aku membuat muka lelucon. Gelak kecil kedengaran daripada penumpang ini, dan bermulalah conversation yang tak pernah terdetik di akalku.. Suka duka kehidupan di Mumbai India ditelanjangkan, pelaburan RM12 milion beliau di dalam Malaysia ketika zaman pemerintahan Mahathir.Rupa-rupanya, beliau adalah 
Mr. Haresh N Mehta. . seorang usahawan yang berjaya, beliau merupakan individu(Sunday Times Rich List September 2012) ke 115 terkaya di dalam dunia dengan jumlah aset lebih daripada USD200million. Merupakan anak sulung yang membangunkan Rohan Lifescapes, sebuah syarikat ternama di India. Sebelum menaiki keratapi laju, Mr Haresh memelukku, mengenggam erat tanganku dan membawa ke depan pintu keratapi dan ucapan terakhirnya takkan pernah dapat aku lupakan.. "train is the heart of India, we live our life by the train, you make my day"..  Kami berpisah selepas bertukar e-mail..

Sebentar tadi telah ku layangkan email untuk mengekspritasikan rasa yang ada dalam diri ini. 

Greeting from Kuala Lumpur,Hello sir, how yours day? First of all, i would like to express my deepest gratitude for the short conversation we do in KLIA last week ago,After our conversation, I wondered who you are, When i went back to my home, I try to make a little search in Google what is Rohanlifescapes, I was shock! you are  co-founder for this organization, you change Mumbai City to the new look with a modern conceptual, and you are listed in Sunday Times Rich List September 2012 as 115 richest people in the world,  "The art of being yourself, at your very best, is the art of unfolding your personality into the person you want to be" You burst my spirit to be like you. A very low profile person with a good heart, one day, it's gonna be my
pleasure to meet you again. Best of luck for your mega business sir! Have a pleasant trip ahead! :)  I can't forget quotes from you. "train is the heart of India" I agreed with your quotes, and I wish one day in Mumbai the railway industry will do an invention to be like a Japan,China or Germany railway link. Once again, you are now top of my list of my Idol! Thank You very much for your kindness attitude! I would like to shared quotes from Mahatma Gandhi as the final paragraph for my short email.

"You must not lose faith in humanity. Humanity is an ocean; if a few drops of the ocean are dirty, the ocean does not become dirty."


Sincerely,


Ahmad Shafiq Othaman,

Bachelor in Management with Honor,
Faculty of Business and Management,
2nd Year Open Distance Learning,
Open University Kuala Lumpur



balasan yang diterima dalam masa kurang 2minit selepas aku menghantar email..

Give me your number ,I will see u soon in klm with u ok brother

Peluang jangan dilepaskan.. pesanan ayah untuk diriku.. alhamdulillah!!!!!
       
           

              

Wednesday, August 29, 2012

Pagi Yang Suram

4.00pagi... "Bodoh punya pintu!, bangang, menyusahkan aku betul, tak tau agaknya aku tengah jaga work performance, time macam nie lah dia nak terlock dari dalam" sumpah seranahku di hadapan pintu, manakan tidak sakit hati, usai ku menyarungkan kasut,tiba tiba angin kencang menghentam pintu, berdentum pintu tertutup rapat, kunci motor semua masih di dalam tetapi pintu sudah terkunci, hati ini jengkel dengan kejadian yang berlaku di hadapanku, terkinja kinjaku mencuba pelbagai cara untuk membuka daun pintu, Alhamdulillah,dalam masa 5 minit pintu berjaya dibuka, fuhhh, kalau tak, jadi bahanlah aku di tempat kerja,monologku sendirian. Hati ini bersiul riang.. sempat juga ku kejar KLIA Express yang berlepas pada pukul 5.20pagi untuk memulakan tugas yang diamanahkan kepadaku.. Marahkku sebentar tadi hilang dibuai angin pagi. 4.40pagi... Embun pagi merintis dingin, perjalanan daripada rumah ke KLIA yang mengambil masa 15minit ku rentasi dengan perlahan, sambil berangan-angan memiliki sebuah rumah, menyambung pelajaran ke tahap tertinggi, membela nasib keluarga, ahh, aku melayan perasaan sendirian di atas jalan raya. Kegelapan subuh mengiringi perjalanan ku, tibanya di bulatan KLIA, aku memerlahankan motosikal, tiada apa yang hendak dikejar, mataku meliar kekiri kekanan jalan, manalah tau tiba-tiba ada pontianak terbang~ opssss, tak sayang mulut ko. hahaha, Tiba-tiba, hatiku terdetik untuk menoleh jauh kedalam kawasan kelapa sawit di bahagian kiri bahu jalan.... sila sambung sebanyak 360patah perkataan, terima kasih...

Saturday, August 25, 2012

Kata Hati

                 Salamunalaikum, kadang-kadang jiwa lelaki ini tersentap, mengapa kadar perceraian di dalam Malaysia meningkat dengan begitu tinggi sekali? Ramai wanita muda bergelar janda, ramai lelaki bergelar duda, hairan apabila melihat, begitu ramai pasangan songsang tatkala ini mengamalkan hubungan songsang, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, Adakah kerana kurang pendidikan agama sejak zaman kanak-kanak hinggakan mereka lupa dengan seksaan yang pernah di turunkan daripada Allah kepada kaum Nabi Luth, nauzubillah..

                 Diri ini penuh dilumuri dosa, penuh dengan selaput daki kealpaan di dalam dunia, sejauh mana pun terpesong daripada jalan yang lurus, aku cuba berpatah balik untuk menjejaki perjalanan yang sepatutnya perlu ku tempuhi,bermula daripada seorang kanak-kanak genit, aku menginjak alam remaja dan kini alam dewasa mula memancarkan sinarnya. Jikalau tersilap langkah ini, nasihati, marahi, cabari diriku ini. Aku mempunyai impian, impian yang telah ku tanam sejak nan kecil..impian menjadi seorang pemimpin, pemimpin yang patuh kepada agama, berkorban untuk bangsa, tetapi bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin sedangkan aku masih bertatih menjalani pancaroba dunia. Rintangan demi rintangan akan ku tempuhi agar dapat ku pastikan matlamat ini menjadi kenyataan. Entahlah.... teruk rasanya diri ini jikalau dibandingkan dengan mereka yang telah berjaya, jalan ini penuh dengan lopak dan liku, kadang-kadang nafsu bersultan di hati, akal diketepi, Ya Allah, aku memohon kepadamu, bersihkan hati ini, kurniakan aku kesihatan berpanjangan agar dapat ku perjuangkan nasib agamaku, bangsaku, keluargaku dan teman-temanku.. makin lama makin worst rasanya aku. Aku taknak dilontar ke dalam neraka, kerana neraka itu hanya untuk mereka yang menderhaka kepada tuhannya.. Wassalamah..

Tuesday, August 14, 2012

Berakhirnya Ramadhan

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).( Hadis Riwayat Bukhari )

Salamunalaikum, mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan? Mengapa tidak 2000bulan? Mengapa tidak 700bulan?  Di bawah adalah serba sedikit kisah di sebalil malam lailatul qadar..



Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.(source : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3440-sejarah-malam-lailatul-qadar-janggut-lebih-keras-daripada-besi.html)