Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Friday, August 6, 2010

Filem yang meninggalkan kesan sepanjang hayat :)




Assalamulaikum pembuka bicara, mesti ramai kan yang sentiasa mengikuti industri perfileman melayu, di sini, aku ingin berkongsi bersama para pembaca, 10 movie yang terlalu meninggalkan kesan mendalam di dalam hidupku, bersama ini, aku sertakan ulasan ringkas tentang filem yang tidak sesekali aku lupakan hingga akhir hayat,
check it out dude :)


10

"This Is England"





filem yang amat menakjubkan, kehidupan seorang kanak-kanak yang sedang memasuki alam remaja, aku suka sangat-sangat cerita nie, sebabnya, semuanya mengisahkan kehidupanku sekitar tahun 2000-2003, inilah dia, budaya barat yang aku pernah ikuti,hahaha, setan tol aku nie :P enjoy it dude, nak download? g search torrent, kalau nak, comment bawah, ak bg link yang best sekali nak download, malas nak carik skang, carik on request :)

9

"A Beautiful Mind"







Kalau korang jenis yang macam aku, sure korang akan suka tgk cerita nie, sangat-sangat best, perjalanan kehidupan seorang genius, kehidupan bersama seorang isteri yang amat setia, di akhir hayatnya, beliau berjaya merungkai sebuah formula yang kita gunakan sehingga hari nie, korang patut sangat-sangat tgk cerita nie, plz :(


8

"Nanny Mcphee and the Big Bang"







Sebuah movie yang mengajar kita erti kekeluargaaan, penuh dengan komedi, anda pasti tidak kering gusi, even anda ketawa, banyak sangat-sangat msg tersirat yang ada dalam cerita nie, best. awesome, layan beb~


7

Perfume





hahaha, nie cite best, kalau korang nak layan filem psycho, hah, nie lah dia, aku suka tgk cerita nie, benda nie memang pernah berlaku satu masa dulu, aku dah search history, bau-bau memang memainkan peranan penting dalam kehidupan, terutamanya kentut :P best cite nie,fiksyen :)

6

True Legend 2010





Hah, kalau korang minat kunfu, inilah dia, penganti jackie chan, cerita yang penuh dengan aksi yang menarik, plot cerita padat, korang takkan boring n xkan berhenti mengharap bila tgk cerita nie, sangat mengasyikkan, (lagha) :) kesian tau dgn hero dia, jadik gila mati bini.


5

"Armageddon"




wah, sebuah cerita fiksyen yang korang rasa adalah realiti, antara cerita lagenda, mybe ramai yang tgk, cerita nie lebih kepada teknologi dan ikatan kekeluargaan, plot cerita best, aku suka tgk cerita nie, cerita tahun 1998 owg putih kalau convert masuk tahun malaysia jadik 2058, tak caya, tgk lah sendiri, kemajuan industri perfileman diorang.dasyat.


4

"Forest Gump"





Cerita no9 tentang orang pandai, hah, nie cerita yang terbalik, seorang yang kurang pandai tetapi beliau berusaha untuk menjadikan dirinya terbaik dikalangan mereka yang terbaik, usaha yang gigih,jujur,ikhlas dan amanah,pasti mendapat habuan di suatu hari,wajib tonton :)

3

"Tekken"





Bagi korang yang main game tekken, kehadiran Jin Kazama,Eddie,Christie Monterom, semuanya ada dalam filem nie, cerita yang agak baru, action and advanture, sangat best action gaduh diorang, real. korang takkan senang duduk tengok, lagi2 tgk kazama fight ngan Yoshimitsu, best beb.~tgk tau!

2

"PS I Love You"





Cerita cinta yang berkesudahan dengan kematian, seorang suami yang tahu tarikh kematiannya dan meninggalkan suatu hadiah yang tidak ternilai kepada isterinya, sedih cite nie, cerita yang sangat touching untukku, tgk lah sendiri kalau xcaya.

1

"Seniman Bujang Lapok"





Full Rate!!! even aku dah tgk banyak filem Hollywood, tapi cerita nie tetap dalam hatiku, aku guarantee, kalau korang orang melayu, sure korang akan hafal hampir 70% download dalam movie nie, kita tgk macam2 filem barat, tapi kita tak sedar, cerita yang dekat sangat dengan hati kita, Di mana aku berada, Aku tetap sedar bumi yang aku pijak, Melayu Takkan Hilang Di Dunia kawan-kawan. smpai snie jelah untuk hari nie yerk, Salam Semua :)

Duit Duit Duit?



Sinar mentari membakari tubuhku, hari Jumaat yang mulia ini,pelbagai karenah manusia yang telah kutemui pada hari nie, suhu di luar berada di tahap 35 darjah celcius,sangat-sangat bahang,aku baru selesai menguruskan segala keperluan bagi officeku yang tercinta ini,hehehe, Alhamdulillah, kerja aku sangat-sangat dipermudahkan tuhan, semuanya insyallah akan settle hari Isnin ini, Hehehe, xsabar nak tgk office ku yang akan siap direnovate dengan air tangan aku sendiri, insyallah,dalam 2-3 hari lagi, full glasses door, vertical blind dan yang paling penting sekali iaitu mengecat office akan selesai tidak lama lagi, tersergam indahlah office aku nie :) xsabarnya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, huhh, hari nie, aku rasa jadi macam orang kaya tau :) nape ak cakap camtue? harinie jerk dalam kocek aku ada 12 ribu cash money, hahahaha, banyak x? tapi tue lah, malangnya, semuanya bukan duit aku =.=' RM10,000 duit Yb Liang Teck Meng, RM2000 milik syarikatku, aku? gaji xmasuk lagi lah. hahaha.
Korang pernah rasa tak? bila kita jalan dengan membawa nilai duit yang banyak, kita akan rasa megah, ( xtaulah). Hihi, macam aku kan, bila aku bawak duit sebanyak tue, aku rasa macam ada suatu kuasa spiritual tau, rasa macam kita pandang orang yang berjalan sekeliling kita, kecikkk jerk. hahaha(honestly), duit pasti mengkhayalkan kita, tak kira macam mane pun kita, pasti ada perasaan ini even itu bukan duit kita, kenapa yerk? nafsu kan, mana ada insan "MaksuM", pasti ada kekurangan, Bila aku rasa semua ini,aku nilai dalam-dalam, konsep iman dan islam aku masukkan, aku rasa sangat bersyukur, tuhan xnak aku lupa diri, semua yang telah diaturkan tuhan berhikmah, bila aku ada duit, aku lupa diri, lupa segalanya, memanglah senang jika ada duit, tapi jiwa kita kosong, rasa makin jauh dengan tuhan, tue faktanya, biarlah aku susah sekarang, biar aku tau macam mane peritnya untuk mengumpul duit, biar aku tau perasaan orang-orang fakir miskin, kelak kemudian, aku tidak akan lupa bagaimana dengan kesusahan-kesusahan yang aku alami, haishhh, bestnya nikmat dunia yang sementara ini, penuh warna warni, aku betul-betul xpaham orang yang rasa lose dengan lifenya, tak tau ke diorang semua, life nie terlalu indah, macam pelangi, macam pasang surut air, macam pusingan roda, diorang senang-senang suicide, terjun bangunan semua, takde otak kan.Duit-duit.Sedangkan Abdul Rahman Auf, 10 sahabat yang dijamin syurga pun masuk merangkak ke dalam syurga, sebabnya, harta,duit. :)

Aku nak berangan lah, haha, sape nak join, jom masuk sekali, bayangkann......

SITUASI 1

"Ayah, cikgu dah mintak duit yuran sekolah, tak lama lagi minggu peperiksaan yah", bicara anak sulungku kepadaku, aku mengurut-mengurut dahiku yang sedikit basah dek peluh, sorotan mataku melihat lesu wajah isteriku yang tekun melipat kain, permintaan anak sulungku sungguh menyayat hatiku,"Ayah belum masuk gaji lagi nak, nanti ayah bagi Along duit"ujarku lemah, bukan ini yang kupinta, dahulunya, aku membayangkan, keluarga yang akan kubina tidak akan sesekali terjebak didalam masalah kewangan, tidak akan sesekali, tapi kerana sifatku ketika remaja, ketika zaman sekolah, semuanya terpaksa ditanggung anak isteriku, sumber kewangan yang terlalu terhad, tidak pernah dapat menampung perbelanjaan kami sekeluarga, titisan air mata bergenang di pipi ku, pesanan arwah ibu yang sentiasa mengingatkanku tentang pentingnya ilmu pembelajaraan, bermain-main di benak fikiranku, semua ini balasan dunia untukku, tapi mengapa mereka yang tidak pernah bersalah menerimanya, aku kaku. :(.

SITUASI 2

"Pak Mat, hari-hari lambat ambil Along, lembap Pak Mat nie bawak kereta" tengking anak kesayanganku kepada pemandu keluarga kami, "Pak Mat siram pokok tadi Along,Maafkan Pak Mat" lemah bicara Pak Mat kepada Along, Alhamdulillah, aku mempunya segalanya pada hari ini, sebuah syarikat komputer yang berkembang maju seiring dengan pembangunan kerajaan, borang-borang tender pembaikpulihan kerajaan yang beratus-ratus memenuhi pejabatku yang mempunyai tenaga kerja melebihi ratusan orang,anak-anak syarikat yang sedia mengambil tempahan komputer di serata dunia, Siapa yang tidak kenal dengan ShaFaz Holding, sebuah syarikat bumiputera yang menjadi lagenda di negara Malaysia tercinta ini, aku mempunya segala-galanya,tuhan telah mengurniakan segala-galanya berkat ketekunan aku dalam mengapai cita-citaku, malangnya, rutin harianku yang terlalu sibuk telah menghancurkan impianku untuk memiliki sebuah keluarga sempurna,anak-anakku hilang di dalam timbunan harta, isteriku tenggelam dalam lautan duit, aku diawang-awangan hinggakan lupa tanggungjawab dan amanah yang telah tuhan kurniakan kepadaku.Budi bicara,sopan santun, tatasusila, bertukar kepada kebiadapan,ketamakan,keegoaan dan penipuan. semuanya kerana kulupa tanggungjawabku sebagai ketua keluarga yang gagal membentuk sebuah keluarga sakinah yang bahagia di dunia dan sempurna di akhirat.. sayu.

hahaha, korang pilihlah mana satu korang nak, aku nak SITUASI 3 :)

Thursday, August 5, 2010

Komunitiku yang Terbilang

Alhamdulillah, kalau xd halangan, insyallah, hari ni, keluargaku akan mengadakan sedikit majlis bacaan yasin dan tahlil untuk arwah ibuku, hehe, quite excited, mak mah datang untuk masak, yang agak specialnya, majlis bacaan yasin ini akan di adakan di SKSR, sekolah ayahku dan tempat di mana ibu menghabiskan hampir 10tahun nya di sekolah ini, insyallah, aku dah jemput kesemua rakan-rakanku untuk membacakan yasin dan tahlil untuk ibuku,

Ok, tajuk yang aku nak sentuh hari nie, Kenduri nie sebenarnya trend ataupun majlis ilmu yang di mana malaikat melebarkan sayapnya untuk semua? Aku memandang kenduri ini daripada perpeksktif aku sendiri, bagi aku kenduri yang sering berlangsung di kawasan komuniti aku ini lebih bersiap trend. Mengapa aku berkata sedemikian sekali?
pertamanya , khusus bagi Makcik-Makcik di kawasanku, setiap perkampungan pasti mempunya sebuah kumpulan sendiri, ye, memang betul, bagus dan senang untuk mengadakan bacaan yasin di kawasan masing-masing TETAPI itu semua daripada sudut positif, perkara negatif yang mungkin tidak ramai nampak, daripadanya timbul kumpulan-kumpulan ini lah mulanya berlaku Assobiah,berpuak-puak, perkara yang paling sedih aku pernah lihat di dalam Komunitiku,contohnya pabila ahli kumpulan A meninggal dunia, kumpulan B yang di mana tidak bersefahaman mybe sebab gaduh tentang duit undi or anything lah yang biasa di kampung, kesemua ahli kumpulan B tidak akan hadir ke majlis pengkebumiaan ahli kumpulan A, nauzubillah, even aku cetek agama, aku tau benda nie x betul dan wajib diperbetulkan, betul atau tidak?
nilai sendiri.

Keduanya,mengapa setiap kali kenduri arwah, tuan rumah yang agak berada memberi kain? memberi al-quran?, ok, untuk beribadah, diterima,positifnya. daripada perpesktif aku, mereka ini hanya membuat semua ini untuk menunjuk-nunjuk, mengapa perlu ketika saat kenduri? setiap seorang peserta bacaan yasin dan tahlil diberikan beg yang di dalamnya tersedia senaskah yasin dan segulung kain pelikat, mengapa? pada pandanganku yg kurang cerdik ini, perkara ini tidak patut dilakukan ketika majlis tahlil dan yasin, mengapa? Mungkin ramai yang tidak sedar, daripada perkara ini akan timbullah perasaan rendah diri bagi golongan yang kurang berkemampuan, apabila mereka menyertai yasinan di rumah mereka yang agak berada dan diberikan semua di atas, keinginan mereka untuk melakukan majlis kecil untuk yasinan dan kenduri rumah mereka pasti terbantut, ketidak mampuaan mereka bagi menyediakan semuanya di atas, even ahli-ahli yasinan tidak pernah meminta dan membuat semuanya secara ikhlas, tetapi perasaan rendah diri pasti timbul bagi golongan ini, betul atau tidak? nilailah sendiri.

Aku tau ramai yang kurang bersetuju dengan penilaian aku, aku memandang semua ini daripada sudut seorang pemuda yang berumur 22tahun, doakan malam ini, majlis ibuku berjalan dengan lancar dan penuh dengan kesederhanaan.
:) wassalam.

Wednesday, August 4, 2010

Kisah Dua

Entri kali ini juz nak cerita tentang seorang yang amat ku kagumi, seorang yang amat tabah, amat setia, amat budiman, siapa lagi kalau bukan tentang ayahku, seorang insan yang telah membesarkanku, yang membimbing aku, aku terlalu kagumi dirimu, tidak pernah aku jumpa orang setabahmu, untuk rakan-rakan sekalian, bersama ini, saya titipkan sedikit rentetan kehidupan ayah yang amat saya kasihi dan saya olah di dalam bentuk sorotan diari, original from Shafiq, Enjoy It at all :)




Masa : sekitar tahun 1999
Tempat : Padang Bola SKSR

"Ehsan, kau jadi goolie jangan bagi diorang gol, kita dah smpai final nie, xkan kita 6Setia kalah dengan budak-budak 6Progesif" kata aku kepada Ehsan, akhirnya pasukan bola sepak 6 Setia berjaya melangkah ke final selepas menewaskan kesemua pasukan lain, pasukan yang aku perlu tumpaskan bagi mendapat gelaran adalah kumpulan daripada 6 Progesif, pasukan pilihan bagi memenangi kejuaraan Piala Sekolah, posisi aku ketika ini ialah penyerang bagi pasukanku, bersamaku adalah teman-teman seperti Ahmad Syamil Samat, Mohd Faizudin,Ehsan,Fahmi,Anwar dan rakan-rakan yang lain, pada hari ini, perlawanan ini akan ditonton oleh YB Parlimen Simpang Renggam, perlawanan yang penting bagi mnegakhiri zaman persekolah rendahku, "Prittttt" wisel permulaan ditiupkan oleh Pak Hamid, yeah, perlawanan telah bermula, seperti yang dijangkakan, pasukan 6 Progesif bermula garang, serangan daripada pasukan yang majoritinya merupakan pemain Sekolah amat tajam, semua sudut dimanfaatkan, pertahanan yang kukuh untuk aku runtuhkan, terlalu kukuh, bermain di hadapan lebih 1000 orang pelajar,guru dan ibu bapa, gemuruh, terdengar jeritan di luar yang menyokong pasukan kami, Pada permulaan separuh masa pertama, pasukan kami telah tumpas, 2 gol berbalas kosong, pasukan lawan telah berjaya membolosi gawang kami, tetapi kami masih tercari-cari gol pembukaan, :( aku sedih, 10minit kami diberikan rehat, aku yakin, strategi mesti di ubah, di saat ini, aku melihat kemunculan ayahku, seorang guru sukan yang berpengalaman, guru sukan yang dikagumi di daerah Kluang melangkah perlahan ke arah kami, "Along, ko main wing kiri, syamil, ko main tengah, Along cross pergi kat Syamil, sepakan kiri ko leh buka permainan, jangan main tengah, keeper ehsan, bagi kat Luqman, badan dia besar, bagi dia keeper, Ehsan keluar" sangat tegas nada ayahku, kami mengikut strategi yang diberikan, Wisel permulaan separuh masa kedua bermula, Sepak mula dimulakan oleh kami, aku mencari sudut kiri, Syamil berjaya mengelecek pemain lawan, ketika itu, aku bermain di sudut kiri, aku berlari kencang, bola sampai ke kakiku, aku membuka permainan, seperti yang di aturkan, Syamil pergi ketengah dibantu oleh Fahmi, aku membawa bola ke bahagian hujung padang, tiba-tiba, " Ahmad Shafiq, hantar bola sekarang!!!" suara ayahku dan ibuku, aku terdengar dengan begitu jelas sekali, aku melihat sudut tengah, Syamil berjaya melepasi pertahanan lawan, bola di kakiku, dengan sepenuh tenaga aku menyepak bola ke bahagian tengah permainan, perlahan-lahan bolaku vollie ke tanah, kali kedua vollie aku melihat Bukhari yang bermain di bahagian midfield berlari kencang dan terus menyepak bola di luar jangkaan penjaga gol dan aku terdengar jeritan GOL bergema di Padang SKSR, aku melihat ayah dan ibu melompat keriangan, aku melihat rakan-rakanku berlari kegirangan, kami berjaya~. Selepas gol pembukaan, kami terus menjaringkan gol, rentak permainan kawan-kawanku bertambah rancak, di akhir permainan, pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 4-2. Hari yang amat bermakna untukku, Wisel penamat di tiupkan, dan aku melihat ayah dan ibu dengan gembiranya mendapatkanku, mereka bangga denganku, Aku Gembira, Aku mempunyai keluarga yang penuh dengan kasih sayang, tuhanku, kau maha agung, aku rindu saat-saat kami sekeluarga bersama :(.


Masa : Sekitar tahun 2003
Tempat : Pejabat SMKA Segamat

Hye Khairy, bape ko dapat PMR?

My Life Now

My Office 

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi mu tuhanku, masih lagi dapat melihat keindahan alam yang tak pernah kelam, masih lagi dapat merasa nikmat kehidupan dunia yang sementara ini, lama sungguh aku tidak menulis di dalam blog ini, terlalu lama rasanya, sungguh agung percaturan perjalanan kehidupanku yang telah kau aturkan tuhanku, aku merasa bagaimana susahnya berjalan bersendirian, di setiap perhentian perjalanan pasti ada yang aku tinggalkan dan di perhentian yang lain pasti ada yang ku bawa, manisnya nikmat yang kau beri tiada tandingannya, aku bersyukur dengan kurniaanmu tuhanku.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah, tanpa syafaatmu,pasti aku merangkak di padang mashar kelak,aku umatmu yang jauh darimu Rasulullah, bimbinglah aku, aku ingin menjadi seperti sahabat-sahabatmu yang terlalu setia denganmu, semoga kau dengar rintihan umatmu yang memerlukan bimbinganmu ini. “Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah”
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, kehidupan yang aku lalui sekarang amat berbeza, berbeza yang teramat, tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini, aku akan menempuhi peperiksaan yang besar, yang akan menentukan hala-tuju aku, yang akan menentukan nasib anak-anakku, yang menentukan cerah atau gelap kehidupan aku selepas ini, Alhamdulillah, banyak juga chapter yang dah Berjaya aku selami, syukur, aku masih ada kawan-kawan yang mampu untuk menolong aku, memberikan sokongan dan terutamanya sekali, aku mempunya keluarga yang amat memahami aku, aku mempunya bos yang mempercayai kerja-kerjaku(sumber untukku mendapat sesuap nasi) , aku mempunya “dia” yang sentiasa memberikan sokongan yang tak pernah pudar, dan aku masih mempunya masa lepas yang pasti tidak akan ku lupai,inilah semangat-semangat yang membakarku untuk lebih tekun di dalam proses pembelajaranku.
Insyallah hari ini, aku akan bercerita tentang perjalanan kehidupan seharianku, aku selesa dengan kehidupan yang ku lalui sekarang, tepat pukul 7.00 pagi, pasti mataku akan segar(itupun kalau malam xd main futsal), aku akan balik ke rumah untuk mandi,sarapan dan menonton Buletin Pagi, di rumah, aku akan mengemas bilik,dapur, jemur kain dan membasuh periuk, itu rutin harianku, hahahaha, maklumlah, rumah bujang, pukul 9.00 pagi, aku akan bersiap untuk pergi office, biasanya aku berpakaian casual serta berkasut untuk pergi kerja(konon-konon protocol) :P, smpai jerk office, wat masa nie, perkara pertama aku wat, on kan computer n connect to internet, aku check download movie aku yang malam tadi dah siap or blom  hahaha, after dat, aku akan kemas office aku, sapu,mop, lap tingkap n rekod kedatangan, aku pastikan office clear, ok, skang office dah clear, after dat, ak akan ke sudut tepi office aku, ruangan buku-buku ikhsan daripada kawan-kawanku, berlambak kat cnie, schedule yang aku susun sendiri untuk mengejar masa akan ku lihat, Subjek Pengajian Am Kertas 1, yeahhhh,, im coming, time nie ak dah duduk kat atas meja aku smbil open lagu-lagu kegemaranku like Soundtrack Eclipse,Alice in Wonderland n start blaja, tiada paksaan, tiada tekanan, aku rileks sangat blaja, berseorangan, sejadah dah kain pelikat tersidai di bahagian luar office aku yang telah ku khususkan untuk Solat, di samping itu, kitab alquran yang akan ku baca setiap maghrib sudah masuk ke juzu’ 9, insyallah, sebelum syawal dating, aku nak habiskan bacaanku, hmmm, aku rasa, hidup aku lebih bermakna, biarlah orang nak kata apa, biarlah orang yang dengki denganku, yang pasti, aku sangat bahagia dengan kehidupanku, biasanya aku kat office sampai pagi esoknya, aku berseorangan daripada pagi sehingga esoknya, itulah rutin hidupku, balik pun hanya untuk mandi dan berbasa-basi dengan ayahanda, xplah, ayahanda faham Along tengah blaja untuk ketchup a brightness 4ture for our 4mily kan Alhamdulillah, rezeki aku dimudahkan tuhan, dapat kerja yang simple, gaji untuk ASB dan kehidupanku, still leh tampung, nasib baik lah aku bukan kuat makan. Hahahaha, yeke? Kerang bakar satu k lah, tangan aku dah sesemut, nanti aku post lagi, mesti ada yang tunggu. Bubbye know it.