Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Wednesday, August 29, 2012

Pagi Yang Suram

4.00pagi... "Bodoh punya pintu!, bangang, menyusahkan aku betul, tak tau agaknya aku tengah jaga work performance, time macam nie lah dia nak terlock dari dalam" sumpah seranahku di hadapan pintu, manakan tidak sakit hati, usai ku menyarungkan kasut,tiba tiba angin kencang menghentam pintu, berdentum pintu tertutup rapat, kunci motor semua masih di dalam tetapi pintu sudah terkunci, hati ini jengkel dengan kejadian yang berlaku di hadapanku, terkinja kinjaku mencuba pelbagai cara untuk membuka daun pintu, Alhamdulillah,dalam masa 5 minit pintu berjaya dibuka, fuhhh, kalau tak, jadi bahanlah aku di tempat kerja,monologku sendirian. Hati ini bersiul riang.. sempat juga ku kejar KLIA Express yang berlepas pada pukul 5.20pagi untuk memulakan tugas yang diamanahkan kepadaku.. Marahkku sebentar tadi hilang dibuai angin pagi. 4.40pagi... Embun pagi merintis dingin, perjalanan daripada rumah ke KLIA yang mengambil masa 15minit ku rentasi dengan perlahan, sambil berangan-angan memiliki sebuah rumah, menyambung pelajaran ke tahap tertinggi, membela nasib keluarga, ahh, aku melayan perasaan sendirian di atas jalan raya. Kegelapan subuh mengiringi perjalanan ku, tibanya di bulatan KLIA, aku memerlahankan motosikal, tiada apa yang hendak dikejar, mataku meliar kekiri kekanan jalan, manalah tau tiba-tiba ada pontianak terbang~ opssss, tak sayang mulut ko. hahaha, Tiba-tiba, hatiku terdetik untuk menoleh jauh kedalam kawasan kelapa sawit di bahagian kiri bahu jalan.... sila sambung sebanyak 360patah perkataan, terima kasih...

Saturday, August 25, 2012

Kata Hati

                 Salamunalaikum, kadang-kadang jiwa lelaki ini tersentap, mengapa kadar perceraian di dalam Malaysia meningkat dengan begitu tinggi sekali? Ramai wanita muda bergelar janda, ramai lelaki bergelar duda, hairan apabila melihat, begitu ramai pasangan songsang tatkala ini mengamalkan hubungan songsang, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, Adakah kerana kurang pendidikan agama sejak zaman kanak-kanak hinggakan mereka lupa dengan seksaan yang pernah di turunkan daripada Allah kepada kaum Nabi Luth, nauzubillah..

                 Diri ini penuh dilumuri dosa, penuh dengan selaput daki kealpaan di dalam dunia, sejauh mana pun terpesong daripada jalan yang lurus, aku cuba berpatah balik untuk menjejaki perjalanan yang sepatutnya perlu ku tempuhi,bermula daripada seorang kanak-kanak genit, aku menginjak alam remaja dan kini alam dewasa mula memancarkan sinarnya. Jikalau tersilap langkah ini, nasihati, marahi, cabari diriku ini. Aku mempunyai impian, impian yang telah ku tanam sejak nan kecil..impian menjadi seorang pemimpin, pemimpin yang patuh kepada agama, berkorban untuk bangsa, tetapi bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin sedangkan aku masih bertatih menjalani pancaroba dunia. Rintangan demi rintangan akan ku tempuhi agar dapat ku pastikan matlamat ini menjadi kenyataan. Entahlah.... teruk rasanya diri ini jikalau dibandingkan dengan mereka yang telah berjaya, jalan ini penuh dengan lopak dan liku, kadang-kadang nafsu bersultan di hati, akal diketepi, Ya Allah, aku memohon kepadamu, bersihkan hati ini, kurniakan aku kesihatan berpanjangan agar dapat ku perjuangkan nasib agamaku, bangsaku, keluargaku dan teman-temanku.. makin lama makin worst rasanya aku. Aku taknak dilontar ke dalam neraka, kerana neraka itu hanya untuk mereka yang menderhaka kepada tuhannya.. Wassalamah..

Tuesday, August 14, 2012

Berakhirnya Ramadhan

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).( Hadis Riwayat Bukhari )

Salamunalaikum, mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan? Mengapa tidak 2000bulan? Mengapa tidak 700bulan?  Di bawah adalah serba sedikit kisah di sebalil malam lailatul qadar..



Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.(source : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3440-sejarah-malam-lailatul-qadar-janggut-lebih-keras-daripada-besi.html)

Monday, August 13, 2012

Perjalanan Hidup Ini

                    Salamunailaikum, setiap orang mempunyai impian, impian merupakan salah satu faktor untuk kita mengapai cita-cita yang tinggi mengunung, kadangkala apabila terkenangkan perjalanan hidup ini, hati bagai digeletik, betapa besarnya kuasa sang pencipta,tidak pernah terlintas di hati ini, aku mampu sampai ke tahap ini, satu tahap yang mampu untuk membanggakan keluargaku, inspirasi kepada rakan-rakanku, harapan untuk mereka yang masih mencari hala tuju di luar sana, coretan ini bertintatakan air mata, suka duka, hilai tawa, sedu sedan, maka terciptalah sebuah melodi kehidupan.. semoga kebahagian abadi bertandang pasti..

                 Kehidupan merupakan anugerah yang dikurniakan daripada Allah kepada kita, setiap insan bernyawa pasti melalui detik kehidupan.Hidupku penuh dengan warna warni, aku bersyukur dengannya di atas segala yang telah ku kecapi.Satu masa dahulu, aku sama seperti remaja lain, hidupku di cybercafe, sehari almost 18jam menghabiskan masa di hadapan screen komputer, tiada hala tuju, tiada masa depan, muzik merupakan hiburanku, rokok perisa hidupku, wang ringgit entah daripada mana sumbernya, hidupku hitam, Tatkala insan lain sibuk berkerja, aku di rumah berselebung selimut.Ketika insan lain lena di ulit mimpi, aku bermaharajalela di setiap pelosok jalanan, hidup ini tiada erti, kiblat entah ke mana, pandangan masyarakat terhadapku kosong, namun di sebalik semua ini, tiada siapa tahu bahawa hati ini mengimpikan sesuatu yang tinggi melangit, aku mempunyai impian, cumanya aku tidak pasti bagaimana untuk menggapai impian yang telah ditanam sejak dari dahulunya..

                 November  2010, tarikh ini merupakan detik keramat bagiku, sahabat karibku selama ini ditawarkan untuk menganggotai barisan hadapan pertahanan negara, hatiku tersentap, dulunya kami kesana kemari bersama, makan minum sepinggan, susah senang bersama, kini dia pergi untuk mencapai impian yang sudah pasti, pemergian beliau menyedarkan aku, membangunkan aku daripada tidur yang panjang, lantas, satu langkah berani mati diambilku, langkah yang masih tidak pasti, segala harta yang ada pada diriku ku gadaikan, dalam masa seminggu aku merancang sesuatu yang pasti akan merubah diriku untuk selamanya, impianku yang telah lama diselebungi sepi, kini mulaku gilapi. Ramai memandang sinis langkah ini, tetapi aku pasti, tuhan ada disisi..

                Januari 2011, berbekalkan sedikit wang ringgit, aku mengorak langkah ke Kuala Lumpur, beralaskan lengan ku lelapkan mata selama 7hari di pinggir KL Central, mandi di tandas, makan meggi di 7 Eleven.Aku mula mencari pekerjaan dan bilik untuk disewa, mulanya sukar kerana semuanya ku lakukan sendiri, tetapi pabila terkenangkan sorotan mata ayah ketika mengiringiku pergi, aku tahu ada cahaya di hujung sana, Alhamdulillah, aku lepas interview untuk menjadi Promoter di KLIA Express(thanks En.Khairul), dengan permulaan gaji yang hanya cuma RM400, ku terima dengan hati terbuka, rezeki tuhan ada di mana-mana, aku mendapat bilik kecil di Desa Tasik dengan harga RM200, maka bermulalah langkahku di Kuala Lumpur, hari berganti hari hinggakan tidak ku sedari sudah memasuki bulan ke tiga kehidupanku di Kuala Lumpur..  Dengan rekod yang agak baik, aku ditawarkan ke fasa seterusnya untuk menjadi seorang Ticketing Officer, berita baik ini ku sambut dengan air mata, Ya Allah, mudahnya jalan yang telah kau lakarkan, bulan berganti bulan, pendapatanku semakin hari semakin bertambah baik. Sesungguhnya perjalanan ini sedang bermula...

                September 2011. Bachelor in Business Management with Honour, Open University Malaysia Subhanallah, aku tidak percaya secepat ini aku mampu mengumpulkan wang untuk menyambung pengajian tinggiku, pertama kali mendaftar, tangan ini mengigil, ayah tergamam, ayah terkesima, sungguh, semuanya ini untuk ayahku, bukan untuk diriku, untuk adik-adik ku, aku merupakan anak sulung, tanggungjawab di bahu ini berat, Nada suara ayah sayu, langkahku semakin pantas ku hayunkan, ya, ini untuk ayah, Along nak ayah datang di PWTC tengok Along ambil segulung 1st class degree, nak ayah simpan gambar along dalam rumah utnuk tunjukkan kepada kawan-kawan ayah, anak ayah jadi orang berguna, Ayah mendidik Along penuh dengan kasih sayang, ini harga yang mampu Along bayar..

             Ogos 2012 Semester 5 Tahun Pertama 3.25 CGPA


Dan sekarang.. MBA di Harvard merupakan impianku, impian yang masih kelam, tetapi ini yang ku impikan.. usaha merupakan tangga untuk kita berjaya. yakinlah rakan-rakan. ada jalan di luar sana. tukar mind set anda, anda pasti berjaya :) sebenarnya dah penat nak tulis. kihkihkih..  nie gambar aku ngan ayah baru baru ini. I love u Dad...