Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, October 27, 2010

Pupusnya Tamadun (PART 1)


Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi, sesungguhnya terlalu banyak yang masih lagi yang tetap menjadi rahsiamu, Salam semua, Pada kali ini, saya ingin merungkaikan sedikit rahsia alam yang menjadi rahsia Sang Pencipta,
"INI HANYA KAJIAN DAN TEORI SAHAJA" diulangi
"INI HANYA KAJIAN DAN TEORI SAHAJA"  segala yang baik, sila ambil dan yang buruk boleh saudara-saudari tinggalkan di sini, segala yang baik datang darinya dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri.
Ayuh, kita hayati bersama-sama, kebesaran Tuhan yang Maha Agung.



(19:98) Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?

(19:74) Berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka , sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap di pandang mata.



teman-teman, 2 ayat Al-Quran di atas adalah daripada sura 19, surah Maryam, apa yang cuba kita lihat disini, apakah yang dimaksudkan  "Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?", sepertinya mereka yang dimaksudkan di atas hilang, lenyap, pupus begitu sahaja tanpa meninggalkan apa-apa, kita selusuri,segalanya tak kira daripada  sudut teknologi,geologi,astronomi,metasains, semuanya lenyap begitu tanpa meninggalkan apa-apa kesan, bagaimana dasyatnya satu tamadun terhapus dalam sekelip mata,
mereka yang dimaksudkan di atas ini dihapuskan kerana membuat kerosakan dimuka bumi, berperang sesama sendiri, mengunakan teknologi termaju yang tak dapat kita bayangkan pada masa kini, ikuti surah di bawah teman-teman,

Ingatlah ketika RABB Mu berKalam kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU?" KalamNYA: "Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak Kamu ketahui." (QS al Baqarah : 30)


 Ayat ini terbit pabila Sang Pencipta berdialog dengan Malaikat, apa maksud khalifah? Khalifah membawa maksud "menggantikan" ini membawa maksud yang Nabi Adam akan menggantikan satu kaum yang di mana dulu telah membuat kerosakan yang maha dasyat di muka bumi Allah s.w.t, kaum yang di mana mempunyai peradaban yang terlalu tinggi, berperang sesama sendiri dengan menggunakan teknologi yang terlalu canggih teman-teman, nas yang menyokong pernyataan ini, hayati


Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka ALLAAH sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)

ya, saya akan menyelongkar mitos barat yang mengatakan wujudnya 2 tamadun yang pupus pada masa
dahulukala, Tamadun Atlantis dan Tamadun Lemuria, satu keajaiban yang jelas menunjukkan kekuasaan Sang Pencipta, semoga dengan semua di atas, kita sama-sama dapat mengukuhkan ketakwaan kepadanya,

bersambung......









Feel tak?

0 comments: