Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, October 27, 2010

Puisi Gurindam Jiwa







Antara Paleolitik dan Mesopatamia


Disini bermulanya sebuah perjalanan,
Bermulanya suatu pengertian di dalam suatu kehidupan,
Bermula dengan kosong, berakhir dengan bohong,
Dimana bermulanya tamadun manusia?
Siapa manusia yang pertama menjejakan kaki di muka bumi?
Siapa Habil dan Qabil?
Di mana era madaniah bermula?
Kemananya hilang ilmu yang telah pupus dimamah bumi?
Bagaimana wujudnya Taman Tergantung Babylon?

Sungguh,
Hatiku meronta memikirkan semua ini,
Kemana hilangnya pewaris Ibnu Khaldun?
Di mana pewaris ilmu Al-Farabi?
Di mana semangat Iskandar Zulkarnain?
Tamadun agung kini tinggal kenangan
Islam yang dulunya dipandang tinggi
Kini dipijak tanpa dipeduli,

Semoga suatu hari nanti,
Muncul kembali tamadun Agung ini,
Semoga suatu hari nanti,
Nama kita meniti menjadi pewaris nabi,
Semoga suatu hari nanti,
Tidak islam dihina lagi.


p/s: aku belajar untuk agamamu, ampunkan segala dosa silamku, semoga suatu hari nanti,
muncul kembali pemimpin agung islam, sungguh besar ilmumu tuhanku.berkati segala yang
telah aku pelajari. amin.....

Feel tak?

0 comments: