Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Sunday, December 25, 2011

2011 melabuhkan tirainya

Alhamdulillah, syukur ke atas hadrat illahi di atas nikmat dah kurnianya, aku berjaya mengharungi 2011 dengan jayanya, sungguh, aku tidak pernah terfikir boleh sampai ke tahap ini, seperti mimpi menjadi kenyataan, before aku meneruskan Kisah Perjalanan Hidupku ini dengan lebih mendalam, better aku keluarkan tentatif kehidupan aku sepanjang tahun 2011, insyallah, semoga ini menjadi iktibar bagi mereka yang berada di luar sana.


  • Januari 2011
Berbekalkan RM1780 aku memberanikan diri melangkahkan kaki untuk kali keduanya menuju ke ibu kota, kegagalan kali pertama menjadi pengajaran,Kuala Lumpur aku kembali, hanya dengan satu azam,ya, untuk menjadi insan berjaya, jangan disangka hari-hari yang kita lalui cerah,seminggu bergelandangan di kaki lima KL Central merupakan detik-detik yang memeritkan,akhirnya, aku berjaya mendapatkan sebuah bilik kecil di Desa BandarTasik Selatan, Berbekalkan kelulusan yang hanya cukup makan, aku berjaya meloloskan  diri di dalam sesi temuduga Express Rail Link (thx En.Hairul Maharis) bagi memegang jawatan paling rendah ketika itu iaitu sebagai Promoter untuk KLiA Transit di LCCT.Tugasku amat ringkas dan mudah, hanya untuk menerangkan route perjalanan KLiA Transit dari LCCT ke KL Central dan pada masa yang sama memastikan ridership sentiasa meningkat dari masa ke semasa, Bulan pertama yang amat sengsara, tiada sesiapa, tiada kenderaan,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sungguh, perit terasa sehingga aku hampir mengalah.Setiap hari sengsara membadai diri, hanya satu ungkapan yang menjadi kekuatan sehingga sekarang, "Allah tidak akan menduga hambanya denga apa yang tidak mampu dihadapinya" aku tabah meneruskan perjalanan.Anggap sahaja ini ujian ringan daripadamu.

  •  Februari 2011
Duit yang menjadi bekalanku habis, deposit rumah, tambang pergi balik kerja, makanan harian, duit airport tax,tidak lupa topup telefon bimbitku, ya allah,penantian untuk gaji pertama amat menyeksakan,akhirnya gaji pertama masuk pada 7hb Februari, RM 530.98, Allahuakbar, aku bersyukur dengan rezekimu, tetapi, mampu kah aku mengharungi baki-baki kehidupanku di sini, kos hidup amat tinggi, apatah lagi, aku bekerja di lapangan terbang, makanan usah di kata, nasi sepinggan dengan lauk sayur pun berharga RM4.00, ketika ini, nasi menjadi makanan paling berharga, baru ku tau erti harga sebutir nasi, aku masih belum mahu mengalah, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menggadaikan hp Sony Vivaz yang baru ku beli tidak sampai 3 bulan ketika itu. Berat hati, duit hasil titik peluhku, takpelah, insyallah before 2012 akanku tebus kembali apa yang telah hilang sepanjang awal 2011. Hati menangis siapa yang tahu.......

  • March 2011
Akhirnya bulan March menjelma, bulan yang menjadi titik tolak sepanjang 3 bulan aku berada di Kuala Lumpur, kontrak ku bekerja di ERL sudah hampir di hujung noktah, gaji bulan kedua cukup untuk membayar segala hutang piutang, simpanan untuk masa hadapan adalah sedikit  untuk jangka masa pendek,Pada bulan ini, aku menanti, adakah aku berjaya di tempatkan di kalangan Ticketing Officer yang menjadi idaman semua rakan-rakan promoterku ataupun kami semua di tamatkan kontrak pada bulan ini. Debaran semakin memuncak pabila March melabuhkan layarnya.. oh tuhan, apalah nasib diriku... sedih,takut,sayu. semua bermain menjadi satu...seperti biasa, Roti Gardenia Ikan Bilis menjadi santapan harian, jimat cermat untuk hidup,hanya satu kupesan kepada nafsuku, sabar, masanya akan tiba...monologku. "Janganlah menjadi seperti lembu, pantang nampak rumput panjang, pasti akan diredahnya apa sahaja untuk mendapatkannya, akhirnya balik kekandang kelaparan kembali" lembu di ibaratkan kita, rumput panjang diibaratkan kerja. Lompat sana, lompat sini, pulang kosong, tidak, aku tidak mahu menjadi seperti lembu.... apa pun yang akan berlaku, aku percaya, rezeki aku ada disini...

  • April
Segala persoalan akhirnya terjawab,sejarah tercipta, batch pertama promoter yang di ambil kesemuanya dan diserapkan ke dalam bahagian Customer Service Department, akhirnya, aku berjaya di tempatkan di bahagian yang ku idamkan sebelum ini, Apa yang special sangat ko nie jadi ticketing officer jerk kot?, ahaa, soalan tipikal yang sering di ajukan, Why im proud when i got this position? beb, 3 bulan pertama aku dah merasa betapa susahnya duduk di bahagian promoter, when im entitle to been hired to this level, im proud due to wat i do among 3 month seakan - akan mendapat pembalasan, kami semuanya merasa teruja, "oh! macam mane ea nak pegang duit ribu riban?" pabila ditempatkan di position ini, automatic, tanggungjawab dan amanah yang dipikul seakan-akan batu belah batu bertangkup diletakkan di atas bahu, berat, setiap hari aku perlu mengendalikan penjualan tiket dan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, bulan pertama aku menjalankan tugas, failed.. hancuss.. hahahaha, weih, ko wat sales more than 10k and u must make sure u tally and follow a lot of s.o.p, if not, summon will issued to u.. potong gaji lah pe lagi, bukan sket, RM250 for elaun habis bila kita melakukan kesilapan, mulanya ku rasa berat, tapi lama kelamaan, ku pasti, inilah yang mendisplinkan diri kita, im not perfect but im trying to do perfect. hopefully doa keluarga aku yang jauh di sana mengiringi setiap hari-hariku di kaunter tiket ERL. insyallah...
  •  nantilah sambung, aku dah penat....................................... to be continued...

Thursday, December 8, 2011

Perjuangan Seorang Pemuzik Alaf Baru.





Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah jejaka empunya nama Z Ahmad, Beliau merupakan seorang pemuda yang sedang melakar impiannya untuk menjadi seorang penyanyi,penghibur dan pada masa yang sama idola di hati semua lapisan rakyat,dengan berbekalkan semangat ingin berjaya yang tak pernah padam, tekad dan hasrat yang jitu, alhamdulillah akhirnya 2 single Z Ahmad berjaya di manifestasikan di dalam satu irama, Pesona Cinta dan Di Sini merupakan pemacu langkah pertama Z Ahmad di dalam industri muzik tanah air,sungguh, rinduku pada Allayarham Sudirman tidak pernah surut, gemersik suaranya, kepintaran akalnya, keunikan di dalam penampilan sentiasa mengelumit hati ini,kemunculan Z Ahmad mengubah paradigma ku di dalam menilai karisma yang wujud di dalam diri artis Malaysia, justeru, kehadiran Z Ahmad di dalam industri Muzik Tanah Air merupakan penanda aras evolusi artis Malaysia sejagat.Seorang pemuda yang sangat humble, versatile malahan dikala ini beliau sanggup mengorbankan masa dan ketika untuk menghabiskan pengajian di dalam Master of Civil Engineering dan pada masa yang sama melakar nama di dalam industri Muzik Tanah Air.

                              


                              "When I do Music I don't count, I feel it"
Tagline yang simple tapi cukup untuk menilai apa yang sedang tersirat di dalam jiwa anak muda ini, Adakah hati kita senang pabila  melihat anak-anak bangsa kita menjadikan "artis seberang"(bapak-bapak,ibu ibu) sebagai idola mereka?  come on, sudah sampai masanya kita mengubah pemikiran di dalam menilai sejauh mana keupayaan seorang artis, zaman yang serba maju kini, seorang artis bukan diukur daripada segi persembahan dan nyanyian, kewibawaan artis di dalam mengurus masa, keluhuran penyanyi di dalam menyampaikan persembahan dan paling penting tidak pernah mengalah di dalam kehidupan, itulah ciri seorang artis yang layak dijadikan idola, renungkanlah, semoga perjuangan Z Ahmad di dalam menggapai bintang yang bertaburan di atas sana, mendapat sokongan daripada semua pihak, Insyallah.. Aku doakan yang terbaik untuk ko Z Ahmad... click di sini untuk terus ke facebook Z Ahmad
      

Saturday, June 18, 2011

Monolog

*entri ini hanya diimiginasikan oleh penulis,semua yang ada di bawah hanya untuk renungan kita bersama,


Assalamualaikum shafiq, apa khabar kamu? saya sudah lama bersama kamu, sejak kamu lahir sehingga lah di ketika ini, kau adalah aku dan aku adalah kau, semenjak akhir-akhir nie, aku tak faham dengan kau, ke mana hilangnya timbang rasa kau? kemana hilangnya kasih sayang di dalam diri kau? kemana hilangnya kau yang lama? sejak kita dilahirkan, aku sentiasa berdamping dengan kau, susah payah kau, aku ada dengan kau, pandai bodoh kau, aku ada disisi kau, lapar dahaga kau, aku turut sama merasa, macam nie lah, diri kau aku tengok dah jauh sangat dari jalan asal yang kau tuju, cuba kau grab balik apa yang kau terlepas sebelum ini, sampai bila kau nak salahkan orang lain di atas kelemahan diri kau sendiri, tak habis-habis kau salahkan time SPM kau, kau buat alasan kononnya ibu kau meninggal sebagai punca kegagalan kau, nonsense lah beb, xd maknanya, mungkin itu asbab yang dah ditakdirkan tuhan, ingat balik tujuan kau hidup sebagai khalifah di muka bumi ini, ingat,kita bukan hanya ingin  mencapai future untuk berjaya di dunia, nun di akhirat sana, takkan umur kau kalau dah masuk 40-50an kau still camnie, kau nak ke hidup susah? tak nak kan???



Shafiqku,

Kau ingat lagi tak, time tahun 1994, kau baru pindah ke Taman Samudera? ingat lagi tak? ibu mandikan kita di bilik air baru, sambil ibu berus sabun badan kita, ibu tanya, "Along, along dah besar nak jadi apa?" kau jawab kau dah besar nak jadik pensyarah, nak mengajar macam ibu, betul tak? kau ingat tak?? so, apa lagi? kau belum terlewat sayang, umur kau baru 23, lesen untuk kau sambung ke degree terpampang luas depan mata kau, kerjaya yang kau ada sekarang, kalau kau buat belanjawan balik, xd masalah, come on lah, gaji kau leh capai 2k, kau nie boros kau tau tak, pantang ada duit, kau cuba belajar berjimat, ingat masa depan kau, ingat hala tuju diri kau n yang paling penting, ingat family kau, apa yang kau ada sekarang yang boleh kau banggakan? Tuhan tue dah banyak tolong kau, cuma kau yang xnak tolong diri kau, ingat shafiq, hala tuju diri kau, jangan kecundang di tengah jalan, malu... jangan.. sebelum ibu kau meninggal, ingat apa yang ibu pesan pada kita, ingat lagi??

Shafiq,

    Ingatlah, aku nak berjaya shafiq, kejayaan aku ada pada kau, tolong, tolong, tolong, jgn sesekali hidup kau menyusahkan sesapa, jgn lupa tanggungjawab kau, tinggalkan semua yang kau tak perlukan, terus mara kehadapan, landasan ada dihadapan, pilih simpang yang betul, 10tahun. 10 tahun lagi, aku akan lihat di mana kita berada, aku hendak lihat kau berjaya, dunia, akhirat. ingat shafiq... :) aku sayang kau sangat-sangat.


Semoga berjaya. wassalamah.

Wednesday, June 8, 2011

Balasan sebuah keikhlasan.

Assalamualaikum, alhamdulillah, aku still dikurniakan nikmat kehidupan n nikmat nyawa yg dianugerahkan Allah, syukur sangat-sangat, sesungguhnya janji Allah itu benar, setiap hari kehidupan yg aku lalui sentiasa dipermudahkan, ada sahaja yang datang dan pergi, huhu, arinie aku nak cite sket beberapa situation yang telah berlaku n aku terkesima dengan apa yg aku dapat, cash, xd utang-utang, sumpah! JOM ikuti situasi ini bersama-sama!


Situasi 1.

Waktu : Selepas habis bertugas di KL Central


*Habis sahaja waktu bertugas kaunter KLIA Express KL Central, aku mengatur gerak langkah perlahan, keletihan bekerja seharian akan ku balas dengan hidangan Chicken Chop Black Pepper di Level 2 KL Central, sedang hati bergelora membayangkan keenakan juadah yang akan ku santap sebentar lagi,tiba-tiba,
"Adik, saya mahu minta tolong sedikit adik" bicara seorang lelaki India di hadapanku, kaki aku seperti terpaku, lantas ku menjawab "Ada apa uncle? ada masalah ke?", dia menjawab dengan mimik muka polosnya, "Adik, saya mahu cakap pun saya malu adik, saya dari Alor Gajah, wallet saya sudah hilang adik, sekarang saya dengan isteri saya tak tau nak pergi mana, tolong sama saya adik, saya janji, sampai rumah, saya sembahyang sama tuhan saya bagi adik senang adik!" lantas sorotan mataku beralih ke arah wajah si isteri, kusam, dengan pakaian tidak terurus, muka kelaparan yang amat, entah mengapa, tiba-tiba hati ini teringat keluargaku di kampung,pesanan ayahku bermain di mindaku, bagaimana agaknya kalau aku yang berada di dalam situasi ini, apakah daya yang aku mampu buat,kotak fikiranku menganalisis situasi,lantas, " Jom uncle, ikut saya!", aku membawa kedua-dua suami isteri malang ini ke Level 2, hidangan Chicken Chop Black Pepper sudah lama hilang dari fikiranku, yang pasti, aku hendak melihat kedua-dua insan yg berlainan agama, berlainan warna kulit, berlainan bangsa ini hilang daripada  penderitaan yang sedang mereka lalui, kedua-duanya mengalirkan air mata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga dihulurkan sepanjang aku bersama mereka, usai sahaja menghabiskan hidangan, aku menanyakan kepada mereka, berapa tambang yang diperlukan untuk pulang ke Perak, Naik bas dari terminal Jalan Duta = RM  17.50, times 2. Ah, pening kepala nak kira-kira, aku menghulurkan RM 50.00 n ku niatkan wang itu sebagai bantuan bagi ku untuk mereka berdua, Di tengah-tengah khalayak ramai, Uncle india ini meraung dan memaut kakiku, subhanallah, mengalir air mataku, sungguh, aku tidak mengharap apa-apa, dengan langkah pantas, aku meninggalkan kedua-duanya, kepuasan membantu mereka yang di dalam kesusahan memang tidak ternilai harganya, sesungguhnya, janji Allah itu benar, pabila niat kita ikhlas membantu mereka yang dalam kesusahan, Allah akan membalasnya dengan 1001 kebaikan, hati ku puas dengan apa yg telah ku lakukan. 2hari selepas itu..









--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
Sent: Tuesday, June 07, 2011 6:19 PM
To: 'monajib@gmail.com'; Ahmad Shafiq@CSM
Cc: CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
Subject: RE: Disappointment with service

Dear Dr Mohamed Najib,



We would like to say sorry for the unexpected failure in our Ticket Vending Machine (TVM) in BTS on 06Jun11 to dispense your change in the normal manner. This should not be the case as the TVM was never programmed to dispense coins in such large quantity.



We have reported this matter to our Technical Support Team to do an immediate check on the machine and we certainly agree with you that our customer should not be subjected to the same unfortunate experience that you had this morning. Our service wasn't designed for such surprises and when it happens, we are just as disappointed over the unfortunate incident.



Thank you for bringing it to our attention as it now gives us a chance to correct our service shortcoming without incurring further inconvenience to other customers.



On the same note, we would like to thank you for the compliments you paid to our ticketing officer Ahmad Shafiq for his good customer service attitude in spite of the less then perfect morning. On behalf of Ahmad and the management, we would like to say thank you for your understanding and we assure you that no effort will be spared to correct whatever shortcoming we have.



We hope you will continue to support us and we would like to say sorry for having let you down this morning.



Thanks.

Regards,

Bernard KL Ong

Customer Enquiry

EXPRESS RAIL LINK SDN BHD

Tel:       +603- 2267.8000
DID:      +603- 2267.8023

Fax:      +603- 2267.8910



http://www.KLIAekspres.com

https://www.VIPservice.com.my







DISCLAIMER:
This e-mail may be used for information and co-ordination purposes only and does not legally bind Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB) in any contractual and financial way whatsoever





-----Original Message-----
From: monajib@gmail.com [mailto:monajib@gmail.com]
Sent: Tuesday, June 07, 2011 12:46 AM
To: CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
Subject: Disappointment with service



Dear Sir,



I'm Dr Mohamed Najib from Kuala Lumpur. On 6.6.2011, I used your KLIA transit from Bdr Tasik Selatan to KLIA. I arrived at 9.55am plannning to board the 10.10am train as my flight was at 11.45 am to Kuching. I used the ticketing machine as there was a short queue at the ticketing counter.

My complaint is that the machine dispensed me RM 13.50 change in coins!  I was travelling alone, with 2 bags and 1 handluggage and it was such a nuisance to be given RM 13.50 in coins! I then had to go to the ticketing counter to change the coins. In the end, my whole ticketing process took 12 minutes as the ticketing guy had to count the coins too and i missed the 10.10am train! I subsequently missed my flight to Kuching and it cost me RM 365 !

The ticketing machine is for convenience and not to make one's life more difficult! It is sad to see that we have first class facilities but 3rd class delivery! It is also ridiculous that for a 30 minute journey , the ticketing process took 12 minutes! To be fair, thankfully the staff manning the counter at that time was apologetic and helpful . Unfortunately i was not able to get his name but he was courteous and helpful.  I hope incidents such as this will not recur as it will erode the confidence of the public in your system and bring bad name to your company. Thank you for your kind attention. Submitted By: Dr Mohamed Najib bin Mohamed Unni




Janji Allah itu benar rakan-rakan.

Thursday, May 19, 2011

Mengorak langkah semakin pantas

Samekom sume!! Pe kabar?? lame dah xupdate my messy blog nie, mesti ramai yang tertunggu-tunggu perkembangan diri aku kan :) ngeeee... So far, sejak naik pangkat nie, banyak sangat2 keje kene buat, automatic jam biologi dalam badan aku kene set balik, kadang-kadang bangun pagi seawal pukul 3pagi juz untuk grab train kol 4.30 ke KLIA, kenkadang balik lewat sehingga 1 pagi, itu biasa, :) alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, seronok, seronok sangat-sangat mempunyai rakan-rakan kerja yang mempunya 1001 karenah,asal usul daripada pelbagai jenis latar belakang yang menakutkan sampaikan hingga satu masa,aku rasa kerdil di kelilingi mereka,daripada model,stewardess,best student university, mekanik, it literate, pelbagai lah! semuanya ada dalam ERL, ERL is the best!My duty make me to deal wit a ton of money, Everyday aku handle dengan wang puluhan ribu, its my job to make sure all of the money pass by to my manager, sumpah, rasa amanah yang diberikan sangat2 besar, hilang walaupun sehelai not kertas warna warni yang kita panggil duit nie, automatic duit poket melayang! huhuhu,biak p same diorang..

Nway, skang nie makin lama semakin laju aku bergerak, senang sangat jalan yg dah terbentang depan mata, so far nie, aku stay dengan kawan aku, hmmm, bestlah, pasnie aku nak cerita lak kengkawan yg aku ada sekarang depan mata n perangai masing2 ;) terlampau banyak nak cerita nie, tak habis nak scroll sampai bawah kang, tadi aku jenjalan kat youtube, sekali jumpa lagu layan blues plak, jom layan jap, best tau, mata cam nak lelap xnak lelap jerk dengar! ngeee.. layan kengkawan!








Sunday, April 10, 2011

Glory Day

Assalamualaikum. :)

Wah, dis is my 1st post at April, penat jerih aku selama last 3 month nie sangat berbaloi.di maki hamun dengan passenger, berlari2 kejar xnak terlepas train, balik umah malam-malam sume, sume mendapat balasan yang setimpal, tuhankan maha adil ye tak.. :) hahaha, nak tau ape yg bestnya?? emmm, emmm,, emmm, yeah!! aku dapat naik pangkat! syukur alhamdulillah, sekejap jerk, 3bulan keje, now im being 1 of ERL big family, rasa amat bertuah sangat, ada 6 orang yang berjaya untuk kenaikan pangkat nie, so, terpaksalah masuk training selama sebulan, in my opinion, ERL merupakan sebuah company yang sangat2 kukuh, segalanya dilakukan secara sistematik, for dis early 6 month, we all still in practical, so, gaji xdlah besar sgt, but!~~ after 6 month, meletop2. hahaha, aku target next year aku nak beli vios!! by hook viosssss.. insyallah.. so, meh tgk pic2 kitaorang masuk training macam zaman2 sekolah dulu.. mempersembahkan!!!

dalam meeting room, macam2 perangai budak2 nie.
3orang jejaka yg dapat nek pangkat!


pemanis our company
yg tengah tue bukan aku tau
yeah!! nama kitaorang dekat2 sama jerk :P



saje letak gambar nie, bagi orang tue sakit ati :P                        
Nie lah serba sedikit gambar yang aku leh upload. handsome gak rupanya aku kan :p ops..
untuk para stalker yg ntah dari mana ntah terutamanya daripada yennapoya, sape cakap aku xleh berjaya..
lecturer, tue impian aku.. 3month i still can stand by myself... after 3 year, tengok ape jadik. :)
insyallah, semoga segala matlamat aku, menjadi kenyataan.. thx semua.

Tuesday, March 29, 2011

Termenung Sendirian

Deru angin bertiup sepi,
Sepilu hibanya hati ini,
Sakit yang tiada terperi,
Sejenak ku merenung kembali diri sendiri,
Sudah jauh ku mengorak kaki,
Bersama usia yang tidak akan berhenti,
Segala yang diidami masih belum mampu dikecapi
Adakah aku mampu bertahan di sini?
Mencapai impian yang masih belum pasti

Ketika insan lain lena diulit mimpi,
Aku terkesima di sini bersama fajar pagi,
Hari berganti hari,
Minggu ke minggu terus berlalu pergi,
Bulan ke bulan datang bersilih ganti,
Pahit,Manis,Pedih,Jerih,Ketawa,Menangis,Sedih di hati,
Warna-warni kehidupan yang pasti,
Mampukah aku bertahan di sini,
Mengharungi onak dan juga duri,
Di Kota Metropolitan yang penuh dengan hasad dengki,
Andai silap langkah kaki ini,
Teguri,
Ajari,
Agar aku mampu meggapai apa yang pernah ku idami...

Gendang gendut tali kecapi
Pegang amanat yang telah diberi
Semoga kejayaan akan mengiringi
Hingga sampai ke akhir hayat nanti ..........



5.30pagi, 3.6c
Cendi,
Universiti Tenaga Nasional,
Ahmad Shafiq Othaman.

Monday, March 14, 2011

Cutiiii

Wah~! sedar x sedar, dah dekat 3bulan gak aku keje kat airport nie, best sgt smpai langsung tak terasa dah nak habis dah waktu2 best aku nie, :( bulan 3 nie company akan transferkan aku dari airport pergi tah mane tah diorang nak letak, haish, dah xleh nak menjuling mata tgk org lalu lalang kat airport nie, stewardess kat cnie mesti rindu xnampak muka aku lagi. huhuhuhu, last week, aku ada g appointment interview dekat one utama, interview paling susah dalam sejarah hidup aku, damn it. ada 5 stage.. gila r.

1st stage, amek kertas english macam soklan paper spm tue pastue jwab = pass dengan kepujian
2nd stage, jawab soklan kompenen komputer = pass lagi cemerlang
3th stage, menaip plak, hadohai = excelent. 50wpm
4th stage, carik jawapan soklan tersembunyik = tiru kawan, malas nak carik lagi dah sebab perut aku dah lapo.
5th stage, face 2 face.. = kantoi!!


hahahaha, siot tol, aku nyaris lepas interview nie, damn gila r, down sangat2 coz xdpt keje tue, haishh. gaji besar tue, mane ada org nak kc 2500 basic for 1st month job, sayang sgt2.. xplah, +ve minded, rezeki aku bukan kat ctue. ada lagi baik tgh tunggu kat depan nunnnn saneee!!~~~..... sejak dari 1st stage ada 32 org candidate, masuk stage last, tinggal 6 orang, kekosongan jawatan ada dua.. hahaha, kira jauh lah gak aku pergi, quite impressive even aku xdok lah sehebat pelajar2 degree yang majoriti conquer interview tue, alhamdulillah, exprience selama aku bekerja n survive life nie banyak membantu, xp xp, air asia!! i coming, datacom australia, bubbyee!!!...

today, ermm, arinie aku nak cerita ape yerk, tadi aku ada lah singgah 2-3 blog yg selalu aku baca, sorry sgt2 dude, aku memang xd masa sangat sekarang nie, ahaa, fyi, berat aku dah turun 4kg, dari 70 kg skang dah 66, omg~!~ gila lahhhh.. haishh, tah lah, mybe sebab aku cut budget untuk makan kot. sehari makan sekali jerk, tue pun kalau macam nak makan. teruk dah badan aku sekarang nie, haish, nanti tau badan, nanti kalau kita dah senang, hari2 kita g jakuzi kat klia tue ea, nanti ada rendam kaki kat air panas, ada gym, tunggu tau, tapi kene lah sabar sket, dalam 4-6 bulan lagi, ala, xlama mana pun, owh yaa, cik otak,!!! jgn lupa tau, bulan 5 nie saya akan mengunakan anda kembali.. already reg for degree at dis May, jgn lupa, kita gabung dengan cik badan, belajar smbil kerja tau!! cakap nak jadik manager. xleh lah malas-malas, mana ada orang senang, senang senang jadik senang, kenelah payah sket sket, ala, xbanyak mana pun!!


yessss, aku berjaya memotivasikan kembali diri aku, huhhh, berat sungguh cabaran hidup bersendirian nie, xplah, dis is exprience yang sentiasa akan matured kan ko shafiq, :) doakan aku berjaya!!


p/s lame rasanya x upload gambar aku yg baru2.. ahaaa, quite ensem gak lah, dah lah kurus, rambut pun mohawk skang. awww, ko jgn perasan lah shafiq!!, berlagak lebih. cite nak gempak jerk.. wassalamaah!!~

Saturday, March 5, 2011

Travel~~

Aku sangat suka mengembara, hahaha, tak kesahlah kene campak kat mane pun, insyallah boleh hidup, advanterous is my nature, fact, sgt2, jelez aku tengok backpacker2 yang reramai datang Malaysia nie, takpe korang , tunggu, belum tiba lagi masanya, sampai satu saat, i wanna go all over the world, nak tgk tibet, nak tgk india, nak jenjalan depan tasik taj mahal, nak pusing2 kat depan times square new york, nak g mesir, wahh, banyak!~~~ 5month in my life, aku akan spend untuk travel, pusing2 tengok tempat orang,sensorang pun sensorang lah, ape ada hal :) idop aku pun memang sekarang tak pernah bergantung dengan org, sume by my own.. i love my lifeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!

Friday, March 4, 2011

Interview o0o0 Interview...

Salamun alaikum!!~. ape aku nak bebel yerk arinie. hehehe,!! erm, last nite aku tido kol 3pagi, ngam2 kol 5.30 pagi aku dah tersedar! dah siap2 sume, today i will attend interview with airasia! rasa macam xsabar lak, serius shit before this, aku langsung xpernah nak study bila aku attend any interview, tapi alhamdulillah, setakat nie, apa yang aku aim, dimudahkan tuhan, Mr. Blog o Mr Blog, hari nie beta mengharapkan keajaiban yang selalu ko buat tau! hihihi, kepada kengkawan sume, doakan aku berjaya lepas interview nie, my brightness future ada blakang keje nie, xp, xp, jgn pk dlu, focus Shafiq for ur interview, ada 4stage ko kene lepas before pass interview nie, ala, kacang jerk, orang lain boleh, y u cant?


HUAAA!! sumpah aku takut, :( ntah bleh ke tak dapat nie, dah mcam-macam aku study, dah update pengetahuan am sume, jgn si penginterview tanye soklan merepek sudahlah! hahahaha, aku dah bina macam2 jenis ayat dah nak describe myself, why join airline company, long term future target, what i wanna be, senang kata sumelah, insyallah, niat aku ikhlas untuk bekerja demi agama aku, kalau dapat kerja cnie, aku dah rancang nak wat kenduri kesyukuran :) xp yah, totally Along support, hehehehe, Dear god, berkati lah perjalanan hidup aku nie, kau mudahkan tau. huhuhu, :) i know u hear me, Thx god for everything.

Thursday, February 24, 2011

Umur makin tua beb~~

2hari lepas, time aku otw balik keje, aku dok lah elok-elok dalam ketapi, sat lagi,tiba dekat hentian Putrajaya/Cyberjaya, naik 2 orang gadis comel arab, huhh,, gila, mata diorang cokelat pekat, rambut perang gulung-gulung kat bawah, mak ai, termenung kejap tengok. hahahaha, takpe takpe, seb bek lah aku baru balik keje, xd mood sangat nak ngorat-ngorat nie, hehehe, gadis berdua nie duduk betul2 berhadapan dengan aku, aku dok sebelah tingkap sambil menikmati panaroma tepi rel yang ari2 aku lalu, lantak ko lah arab, malas aku nak layan, tiba sahaja di sebelah UPM, aku pun toleh kedepan, sekali gadis yang betul-betul depan aku tenung mata aku, mak ai,gentle gila, haahaha, selalu aku kalau men tenung-tenung mata orang num 1. so ape lagi, dia ingat aku takut lah tue nak lawan mata, so, aku tenung balik dalam-dalam, mak aiii, mata kami tak beralih lebih kurang 30second, tiba tiba........


"How old are u man?" spontan keluar dari pempuan arab nie, aku cam caye tak caye lak, betul ke dia tegur aku nie?? hahaha, "Pardon miss, am u talking to me?" hahahaha, soklan bodoh lak aku tanye, dah aku jerk ada, xkan dia tanye kat cushion sebelah tue, sat lagi arab nie tergelak, "yeah, im talking to u, how old are u?"
"owh, im 23, how bout u?" arab nie betulkan kaki dia, silangkan, eleh, dah selesa lah tue, " im 25 and this is my little sister, 22 years old." pantas jawapannya.."really?u face looked like u 28, im guess u 28" mata bundar aku beralih ke arah sorang lagi, "hi! where u come from?", adik arab nie tersenyum manja, " im from iran dude",
damn, pejadahnye, orang iran ada ke hot camnie?, terkejut gak aku, gila r, tiba-tiba lak aku terhabis idea nak tanye ape, kepala cepat-cepat, reka soklan, dah nak sampai nie, "erm,what do u do at Putrajaya? how bout Malaysia? where u stay at Kuala Lumpur? how bout ur country?" hahahaha, sume soklan tue yg mampu aku cipta dalam masa kurang 2saat, so, aku ajukan lah satu persatu, huhh, jawapan yang aku terima jelas menunjukkan kedua-dua orang gadis nie merupakan golongan Elit yang membenci Presiden Ahmanijad..
banyak conversation aku dengan kedua-dua gadis nie membahaskan hal semasa yang membabitkan Malaysia and Iran, hahahaa, yang paling aku tak tahan, diorang cakap ingatkan umur aku baru 19, owh gosh, muka aku nie muda sangat keeee..... hahahaha, tapi okeylah, muka tak dimamah usia, opss. jgn jelezz yerkk..seb bek handset canggih aku dah jual, tunggu aku gaji nanti, aku nak beli balik.aku amek gambo sorang-sorang puas-puas.


Kita tinggalkan jap tajuk iran tue, aku sekarang nie tengah melakar balik aim aku, Lecturer, aku nak sangat jadik lecturer, tapi, xd jalan mudah untuk berjaya, itu pasti, takpe, aku akan merangkak, berjalan, berlari dan terus berlari, biarlah, kalau rezeki kita dah ditulis di luh mahfuz, tanggungjawab kita untuk mengejar cita-cita kita, Pensyarah, itu cita-cita aku.. bye bye sume. tunggu episod akan datang, lagi beshhhh :P bye byeeee

Sunday, February 20, 2011

Perkataan Inggeris yang sering aku gunakan

ahaa. entry kali nie paling simple, aku nak share sket dialog dialog harian aku pakai kat tempat kerja aku..
hehehehe.. dah hafal dahhh~~~



PASSENGER
 How this going? im thought u have KLIA Express only, how it work from Lcct??

LELAKI MACHO
 Okey sir, actually we provide you 2 difference services, from KLIA to KL Central,you
 can use KLIA Express, a journey will take 28 minutes only and it cost only RM35.00
 but from here, we provide u KLIA Transit.

 PASSENGER
 Really??? what is differences between both of this mike?? (tah bila masa name aku tukar jadik Mike)

LELAKI MACHO
From LCCT????(sambil buat muka konon2 tengah berfikir)okey,is goes like this, this is a new airport, so sir, we dont have a direct station from here, dat y we provide u our shuttle bus that will bring u to the nearest train station, so, when u reach at there our train will come and u will be jump into our train, a journey with our services approximeatly will take 55 minutes, 20minute by shuttle bus, 6 minutes interchange times and 29 minutes by a train....so? where ur next destination when u reach at KL Central sir dan bla bla bla bla..


hahaha, aku dah hafal dah dialog aku, dat y lah cakap fluence jerk.. ngeh ngeh ngeh... nway, if u all looking for a reliable transportion with a comfortable and convinient service, pe salahnye korang try,inilah satu-satunya servis yang mampu kita kat Malaysia nie banggakan, jauh standard dengan subway subway lain yang ada di Kuala Lumpur nie, even aku keje kat cnie sementara, tapi aku rasa bangga sangat dengan sistem erl nie, sangat-sangat punctual, huhhh.. nway.. nie hah sedikit banner yg leh aku kongsi bersama, jeng jeng jeng..

Friday, February 18, 2011

Lcct Vs Klia

Ops, tajuk macam gempak jerk kan, hahahaha, sekarang nie, currently aku bekerja di Lcct, huhh,, dah xd masa dah nak menghadap komputer x macam tahun lepas, as i mention, tahun nie tahun mengumpul duit, so, aku kene lah bekerja keras sket, hahahaha, wah!! tahun nie aku nak g Krabi, lantak lah, ape nak jadik, jadiklah, skang nie pun dalam proses mengumpul duit sket sket, takpelah, sket-sket lame lame jadi bukit ye tak, tapi kalau duit jadik bukit, xd guna gak, ok, xlawak, uhuuu...

Sepanjang proses aku kerja kat cnie, pelbagai karenah manusia aku dah jumpa, yang hitam, yang putih, yang gay, yang lesbian, yang baby, yang tua, senang kata, semuanya ada, semakin hari, fluence aku dalam english semakin bertambah baik sehinggakan ada customer Malaysian sendiri memuji fluence aku dalam english, hahaha, ko suh aku cite pasal job scoop aku, memang lah lancar ngoi, ko cuba bukak cite len sket, berpeluh-peluh dahi nak jawab, lalalalalallaa :P...

Every weekend aku akan lepak kat The Domains Cyberjaya, ohooo, such a great place, untuk pengetahun korang, aku men gym tau, hahahaha, sekali pandan, leh lah macam Arnold Schwanteger tue,(aku malas nak eja), berketak-ketak. hahahaha.. ok, aku tipu lagi. dahlah, skang nie dah kol 6 pagi, solat jap, pastu nak g jogging pastue swim smpai kecut.. alrite orang kampung. bubbyeee

Friday, January 21, 2011

Precious Moment

ops, lame sangat rasanya aku xupdate my blog nie... ok, nie skang nie dah masuk tahun 2011, dah macam-macam peristiwa terjadik, alhamdulillah, permulaan 2011 bermula dengan agak baik,every foreigner yg datang ke Malaysia sure akan jumpa muka ak dulu, ngengengenge :P..