Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Friday, December 26, 2008

Be urself.


aku benci hipokrit




Be Yourself
by Ellen Bailey



Why would you want to be someone else

When you could be better by being yourself

Why pretend to be someone you are not

When you have something they haven't got

Cheating yourself of the life you have to live

Deprives others of that only which you can give

You have much more to offer by being just you

Than walking around in someone else's shoes

Trying to live the life of another is a mistake

It is a masquerade; nothing more than a fake

Be yourself and let your qualities show through

Others will love you more for being just you

Remember that God loves you just as you are

To Him you are already a bright shining star

Family and friends will love you more too

If you spent time practicing just being you

Bola yang bulat~~~



Adoylah, badan aku letih sangat arinie, penat yang teramat, aku tak pasti nape tetiba badan aku leh jadik selemah nie, Pinggang sebelah kanan aku terasa bisa yang amat, haiz, nape lah aku nie, actually last nite aku sajerk menggatal nak g urut badan dgn Wak Nasir, rumah wak nie kira-kira 22km from rumah aku, huhuhu, kira jauh lah, memang puas urut ngan dia, Dkt 2jam gak aku membebel bercerita dgn dia, dari topik keris sakti smpai ke demam chikunya sume kuar, hahahaha, boring aku kalau mulut nie x menenyeh, alhamdulillah, aku still boleh dikategorikan seorang yang boleh berkomunikasi dengan baik ngan golongan warga emas nie, ^^ Hormat hak dia, sure kita leh beramah mesra, itu prinsip aku..
Hehehe, korang mesti pelik kan, nape lak aku nak g urut sume, sakit ke aku nie, sengal-sengal sendi ke? huhu, sebenarnya hari nie aku ada masuk Pertandingan Futsal antara Daerah,so kiranya kalau g urut cam dapat power lah, leh jalan daaaa, hihi,aku merupakan Ketua Pasukan bagi SR FC, nama club yang diambil sempena nama Simpang Renggam, senanya time letak nama pasukan, aku agak blur gak, rakan-rakanku mencadangkan nama Suka-Suka FC, lolx, nama yang xd nilai komersil langsung, hahahaha, ngarot jerk budak-budak nie, huh, seawal kol 6.30 pagi aku terjaga, mandi,solat sume tup tup tau-tau dah pkul 7.30, match pada asalnya dijadualkan kol 8 pagi, argh, aku risau kami terlewat, Pasukanku yang dibawah pengurusan Md Rashid bin Rahim or -acit- bergerak dgn megah, 2kereta n 3moto. Kene bawak penyokong ramai sket, coz game yang ada Yuran pendaftaran nie, sure Ceh, konon-konon konvoi r langkah berjaga-jaga coz sure ada gaduh punya, lagipun anak-anak Simpang Renggam tidak berapa ngam sangat ngan budak-budak Macap, tak taulah apa sejarahnya, so, we all risau kalau ada pergaduhan, sekurang-kurang nya ada gak penyokong-penyokong yang rela dibelasah bersama dengan kami. hurm, tekaan kami tepat.
Team aku diwakili 6pemain yang terdiri daripada aku n 2adikku, Epi n Angah, 2orang budak kampung awek aku iaitu dwan n Anash yang juga merangkap ex awek aku. hahaha, ngam beb kitaorang, padahal aku kenal awek aku dulu baru kenal ngan mamat nie, dia okey, layan jerk, dan rakan baikku Sharil, Team yang aku wujudkan nie kira leh tahan r, we all letak harapan tinggi coz sume sekali di dalam pasukan memang merupakan budak-budak sukan, rasanya complete kot ciri-ciri kitaorang as Pemain Bola, cewah~~..Game start kol 10, ah, memang lewat, pihak penganjuran tidak peka, pengurusan yang terlalu lemah, 1st time aku jumpa jadual yang amat pelik bagiku, pihak penganjur pada asalnya nak wat kalah-mati, tapi pas taklimat pengurus pasukan, diorang tukar jadik double knockout, aku pening, tak paham ngan susun atur jadual mereka, Tapi kami pasti, pasukan kami ditindas, kami ditekan, haiz, bayangkan 3perlawanan dalam masa kurang 2jam, logik??Ketika di peringkat separuh akhir, kami terkejut, pasukan yang akan kami tentang hanya bermain Satu perlawanan dan kemudian berjaya terus ke peringkat separuh akhir sedangkan kami melalui 3perlawanan sebelum ke pringkat separuh akhir, adil kah?? Perlawanan pertama kami berjaya mendapat jaringan 3-1, perlawanan kedua melalui sepakan penalti, huhu, seram sejuk amek penalti n perlawanan ketiga kami berjaya mendapat jaringan sebanyak 4-2. Pasukan kami kecundang di peringkat separuh akhir, Penganjur bersifat terlalu menipu.
Ah, nak diingatkan balik, aku yang sakit hati, xplah, smpai separuh akhir pun orite gak, coz bukan calang-calang team yang main arinie, lagipun, aku puas, badan sakit-sakit tapi hati puas, seronok coz kami bermain as team, xd tekanan di dalam pasukan, seronok yang amat, aku terlalu puas.oh yah, balik jerk dari main bola, aku tgk hs aku, wah,, ada 6 misscall, Hurm, damn, aku terlepas peluang nak teman Ustaz Hussin g Nilai, ish, rugi btol rasanya, Beliau merupakan seorang Prof di Kuittho,mempunyai PhD di dalam bidang kaunseling, setiap hari pada Malam Rabu dan Malam Jumaat, aku membantunya di Pusat Perubatan Darul Syifa. haiz, ruginya, kalau x leh curik sket ilmu wat simpanan di akhir hayat. ^^ Aku nak jadik terbaik, seorang yang baik dari segi luaran n dari segi dalaman, aku nak memimpin sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat, korang doakan yerk.k lah, puas dah aku bebel, pada korang yang xminat bola, layankan jerk cite aku tue, wat-wat paham jelah k.tue gambo yang sempat aku suh adik aku amek, time tue baru pas menang 4-2. tue yang sume kepenatan.. chiow.. as'kum semua. -shafiq-

Wednesday, December 24, 2008

2009 yang akan menjelma..

Nampaknya tahun 2008 sudah hampir sampai ke penghujung, Bagaimana nasibku pada tahun akan datang? Adakah segala impian yang hanya kucoretkan di atas sekeping kertas berjaya dicapai? Siapakah lagi yang akan menemaniku sepanjang perjalanan tahun 2009? Semuanya masih kabur, aku tidak pasti, impian yang kusemaikan terlalu tinggi, mampukah aku terus bertahan, Ku titipkan doaku di sepanjang perjalanan hidupku, tuhanku, kau berkatilah perjalanan hambamu ini Ya Allah, berikan aku kekuatan mengharungi hari-hari yang amat mencabar bersama redha mu.
Hari ini, tanggal 24/12/2008, hari-hari terakhir sebelum terhapusnya tahun 2008 di dalam hidupku, entah mengapa, sayu hati ini bila mengingati segala yang aku lalui sepanjang 2008, tahun yang pada kiraku membawa titik perubahan di dalam hidupku, Entah mengapa, tiba-tiba aku merindui masakan ibuku, suara ibuku, kawan-kawan lamaku yang telah berjaya, yang masih menuntut ilmu, semuanya seperti bermain-main di benak fikiranku, aku perlukan perubahan, aku perlukan anjakan paradigma, aku ingin berjaya, aku ingin kebahagian berada di dunia ini,
Aku lelaki, aku lah pemimpin, suatu hari nanti sudah pasti aku akan menjadi Ketua Keluarga, memimpin sebuah Keluarga, mampukah aku untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, aku bukan lelaki yang baik, tetapi aku mencuba yang terbaik dalam mengharungi hidupku, ah, hard to explain, aku terlalu abstrak, tidak ramai yang dapat mengenali diriku dengan baik malahan diriku sendiri kadang-kadang seperti tidak sedar siapa aku, Split Personality? gampangan, tidak, aku tidak ada masalah seperti itu, aku adalah aku, aku adalah Shafiq, smpai mati aku adalah Shafiq, seorang egois,seorang yang tidak suka diarah, seorang yang membuat kerja tanpa memikirkan pandangan orang lain, yah, itu aku, seorang yang lahir pada 13.09.88.. Kajian metafizik banyak menghuraikan personaliti aku, Entah betul entah tidak, aku tidak pasti, Albert Einstein telah menghabiskan detik-detik di dalam hidupnya untuk kajian ini, tapi sikit pun aku tak percaya, semuanya seperti ramalan, ramalan yang ku anggap "sampah",hahaha,keras kepala kan aku nie, semua orang aku blame, diorang xd wat hal ngan aku pun, aku boleh xsuka. ^^.Itulah aku.
Wah, terlalu lama rasanya aku tak memegang buah catur, Since sekolah rendah,lama kan.. Akhir sekali aku masuk pertandingan pada tingkatan tiga, ketika itu aku bersekolah di SMKA Segamat, Di dalam kejohanan catur peringkat daerah Segamat bawah 15tahun, Alhamdulillah aku berjaya menjadi Johan seluruh daerah Segamat, sememangnya aku mempunyai bakat di dalam permainan ini, itu kenyataan, satu statement yang boleh ku klasifikasikan sebagai takbur, ^^. hehe, Aku terpilih memasuki peringkat Negeri, tapi apakan daya, time tue trial form 3,aku terpaksa reject,sedih,akuxleh lupa time aku main catur, mentang-mentang aku wakil dari Sekolah AGAMA, malu lah time tue kononnya nak lawan ngan gadis-gadis dari sekolah lain, yeah, sepanjang tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, rasanya boleh dikira mengunakan jari berapa ramai perempuan yang aku tegur, malu, entah mengapa tah, so, berbalik ketika Pertandingan Catur, time kat dewan sebelum Pertandingan bermula, ada gadis dari Sekolah Menengah Tenang tak silap aku, dia mempelawa aku berlawan suka-suka dengan dia, menggigil beb pegang deretan buah catur, huhuhuhu, sepanjang permainan aku xangkat muka tgk muka dia, gabra, ahahaha.. kelakar bila dikenang balik.. Zaman kanak-kanak lah katakan.. hehehe. best kalau diingat balik, semuanya macam terlalu sekejap, aku rindu zaman sekolah, banyak sgt peristiwa yang berlaku, next post, aku nak ceritakan zaman peralihan sekolah from Sekolah Asrama ke Sekolah Harian, lagi best, tunggu yerk, korang mesti teruja baca coz sume post aku nie, benda yang betul-betul berlaku dalam hidupku, korang mesti x sabarkan. Banyak lagi nie aku nak cite, tapi mata aku dah cam terlelap-lelap lah pulak, huhu.. next post kita jumpa lagi k..tq coz sudi membuang masa menatap blog aku. tq.. As'kum. -shafiq-

Friday, December 19, 2008

New Soul

Kehidupan adalah satu perjuangan, yang kuat akan ke hadapan, yang lemah akan ditinggalkan. Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas.Terlalu kompleks untuk ku fahami. Secebis ayat yang dulu padaku adalah ayat yang tidak berguna, padaku semua manusia sama, tidak ada bezanya, tidak ada yang kuat, tidak ada yang lemah.Pada diriku semuanya sama!!.. Tetapi.. aku tersilap.. aku tersilap..Betul. yang kuat akan kehadapan, yang lemah akan kebelakang. Kita adalah pejuang dalam mengharungi sebuah peperangan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlalu lama rasanya aku tidak mengirim sebarang coretan baru di dalam blog ini.. Pelbagai perisitiwa suka dan duka telah ku lalui sepanjang tahun 2007-2008,terlalu banyak untuk di ceritakan.. Hilai tawa, titisan air mata sering menemaniku sepanjang mengharungi hidup, Kewujudan insan-insan baru di dalam hidupku, membina karier untuk masa depanku, cabaran dari "sampah-sampah" yang tak pernah menyenangi diriku, sokongan daripada sahabat-sahabat sejatiku yang tak pernah putus.. terima kasih.. Mereka yang menyebabkan aku masih disini dan terus kekal mengharungi kehidupan yang boleh ku klasifikasikan sebagai peperangan... Aku hampir tewas, hampir kecundang di dalam mengharungi perjalanan hidupku.. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada sahabat-sahabatku, merekalah penawar dikala duka,pengubat ketika luka, teman tertawa ketika gembira.. Terima kasih. Hidupku sekarang lebih dipenuhi cabaran, tanpa kehadiran kekasih hatiku yang telah bersama mengharungi suka dan duka. Kehilanganya di dalam hidupku telah banyak mengubah personaliti diriku. Aku tak sanggup kehilangannya, tetapi apakan daya, kuasa tuhan tiada siapa yang mampu melawan. Aku redha dengan ujianmu wahai tuhanku. Engkaulah yang lebih mengetahui.. Hari nie tanggal 11hb Disember 2008. Aku bangun lewat, pukul 8.30 pagi..Celaka Star Movie..Aku tidur malam tadi tepat pukul 6pagi.. Kehebatan deretan movie yang ditayangkan malam tadi sungguh menghiburkan.^^ Cerita yang melewati fantasi seorang manusia..Terlalu banyak jurang yang dapatku lihat di dalam movie-movie Hollywood berbanding movie Melayu yang boleh diibaratkan sebagai "sampah".Industri perfileman Melayu sungguh lembab.. Tidak tahu di mana silapnya, Melayu tetap Me "layu".. Pengarah-pengarah muda wujud dengan idea-idea yang terlalu humoristik.. Kelakar..Aku kecewa dengan industri-industri yang dijalankan oleh kaumku.. Tidak ada perubahan.. Yang kaya akan kaya(kalau x jatuh bankrup coz berjudi),yang miskin akan terus miskin(kalau tiada anak-anak yang diibaratkan bintang yang berkerlipan yang mampu mengubah masa depan keluarga). Pergaduhan merebut tanah, iri hati, busuk hati, dendam.. Ahh,, semuanya Melayu.. Kenapa??? Kaumku dipijak, dihina. Siapa yang ingin membela?? Hurm. pe aku melalut nie.. jauh dah dari tajuk asal. ^^.
Aku nak cerita nie,hish, dengarlah, hehe.. pagi tadi aku dan juga 3sahabatku baru jerk g memancing..rasanya terlalu lama aku x mancing.. dari pukul 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. urm, seronok sangat-sangat.. Aku rasa tenang bila duduk sendirian, memegang joran yang tak dimakan-makan umpannya. bongok btol ikan kat tasik Macap nie..tah nape xnak makan. Geram.Ribuan ikan dalam tasik nie, satu pun xnak makan umpan dedak bercampur roti disalut tepung yang aku gumpalkan di hujung matakailku, anyway, aku xmengharap sgt pun ikan makan, tujuan utama aku datang, juz nak rehatkan badan n tenangkan fikiran aku, semenjak dua menjak nie, aku terlalu tertekan, jiwaku runsing, berbagai-bagai masalah membelenggu hidupku, kita sebagai manusia x mungkin dapat lari dari masalah, aku gagahi diriku mengatasi masalah yang mencurah-curah datang ke dalam hidupku, angin bayu menghembus lembut ke arahku, wah, sungguh tenang rasanya melihat panaroma yang cukup indah ciptaan tuhan, fikiran ku bagaikan dibuai-buai, nyaman. Hurm, tgh seronok-seronok aku menikmati pemandangan yang indah, hatiku tiba-tiba teringat dia, hatiku sayu, Memori-memori sepanjang tiga tahun aku bersamanya kembali berlegar-legar dalam benak fantasiku, aku tak tau, mengapa aku still dapat berdiri, aku xpasti, setitik air mataku menitis diikuti dengan sedu sedan, ah, aku xkuat, mengapa aku jadik macam nie, aku seorang lelaki, lelaki ada ego dan kami akan mempertahankan ego kami, itulah lelaki, rakanku yang 2orang dihujung sebelah sana tidak sedar perilaku ku, mybe coz aku pakai topi, so xbrapa perasan kot. Aku xboleh kalah, aku lah Juara, akulah pemenang, ah, egoku kembali semula. huhu, aku berjanji kepada diriku, tidak akan ada gadis yang boleh mendampingi diriku melainkan dia,tiada, tiada siapa yang mengenali aku lebih dari dia, tiada siapa, dia sahaja, hanya dia.. aku janji... hanya dia..
" Abg, tolong slalu sedarkan Ayg, klu Msg2 dgn abg, abg rase Ayg leka, Abg ingatkan Ayg target Ayg tau.. Ayg nak dapatkan tajaan, nak g oversea dgn abg, nak kawin n bina family yang diredhai, nak sumbang sesuatu dlm masyarakat,untuk Islam" pesanan ringkas yang diterima olehku, hatiku sayu, cita-cita dia tinggi, seorang gadis yang xpandai mengalah, xtau erti kekalahan, seorang gadis yang cukup sempurna, bukan sahaja pada paras rupa, hati yang cukup tulus di dalam penyampaian, itulah dia, seorang yang berwajah polos tetapi mempunyai hati yang tulus murni, ah, aku terlalu merindui dirinya, xmungkin sekali aku lupakan dirinya, jiwaku meronta untuk bersamanya, tetapi itu semua xmungkin berlaku dalam waktu terdekat nie, aku pasrah.... Ya Allah ya tuhanku, sedarkan ku dari lamunan panjangku, tunjukan aku jalan yang diredhaimu, jauhkan aku dari bencanamu, jauhkan diriku dari api nerakamu, sesungguhnya hanya kau yang maha mendengar, yang maha mengasihi... Tuhanku....

Tuesday, June 10, 2008

Men Bowling

Hohoho, As'kum dan selamat Sejahtera aku ucapkan kepada sume,, arggggggggghhhhhh.. hahaha..arinie ari 1st aku men bowling.. huhu, sukar dipercayai.. balingan pertama aku berjaya mendapat strike!!!hahahaha.. pstue yang seterusnya sume kelongkang, ces... tapi memang best, ramai gila dak dak kolej men, memang meriah sesangat, aku g pun coz free, housemate aku yang anjurkan, then kira aku nie merangkap ajk x rasmi kejohanan lah, eceh.. daripada 80 participant, aku berjaya mendapat tempat ke 48!!! sesuatu yang amat membanggakan, hahahha. senonya nak blajo men boling coz nak bawak awek aku men time cuti raya kang, boleh lah, tgk macam senang,rupanya men bowling nie perlukan bakat, macam aku.. hahahhaa...
hmmm. tinggal baper hari jerk umat2 islam nak menyambut ramadhan, kepada sume muslim, Selamat Menyambut Ramadhan, gunakanlah sepenuhnya bulan mulia nie dengan memperbanyakkan amal ibdah, insyaAllah, hmm, rasa lame dah xg kubur ibu aku, aritue ada gotong royong kat kubur, tapi aku ada kelas, xleh nak datang, dah dkt 3x raya aku tanpa bonda tercinta, masih ingat lagi kata2 ibu, "mungkin ini raya terakhir ibu dengan anak2 ibu" rindu nak panggil ibu.... Alhamdullilah hidup kami sekeluarga still bertahan, dah banyak sangat ayah berkorban untuk anak2 nya. nanti sampai masa,aku akan blas sumenye.
huhuhu.. hahahaha. tarikh ramadhan jatuh pada 13/09/2007.. yess.. leh g men bunga api... hahhahaha.. ces.. pose pun belum nak main bunga api.. tah pape jerk, kepada sume pengunjung blog nie, Selamat Berpose bagi sume muslim, jgn pose yak yok pepagi bukak periok sudah.. :P okeylah.. smpai cnie jerk aku nak bebel. Bye sume.. Assalamualaikum.

Raya!!

Assalamualaikum sume..
huh.. rasa macam sekejap jerk.. taun lepas punya raya still in my mind..tetau taun nie nak raya lagi.. aduhai..lajunya masa... tak tau nak cakap ape.. aku pun dah nak masuk sem 5. hmm. sekejap sgtlah..pas habis blaja nak kje.
then blaja lagi.. then keje.. then kawin.. aduhai.. pening2 kalau pk pasal future nie..ntah kat mane masa depan aku.. Alhamdullilah.. taun nie aku nak pose penuh. =] hehehe.. owh..baju raya?? ape makna baju raya ek? ada orang cakap baju raya tue baju yang kita beli kat hyper2 market then 1st raya baru pakai..yeke??? ntah2 aku tak tau ler.. pada aku baju raya adalah sepasang pakaian yang akan dipakai pada pagi raya.. same lah tue ek.. :P ahahaha. banyak gak lah taun nie baju raya aku beli.. Alhamdullilah ekonomi keluarga aku taun nie berada pada tahap yang memberangsangkan.. aku ingat nak tuko moto. tapi nanti dululah.. mto lame dah season gila ar.. hahaha. dah leh campak longkang, longkang muntah balik :p hahaha. xlah. mane der.. okeylah.. takder moto satu tue.. susah aku. nak g kuliah nak nek teksi..sakit ar..lagipun moto tue ada kenangan t'sndirik.. takpelah.. ada rezeki tukarlah.. erm.. k lah..smpai cnie jerk aku bebel. kang senang2 aku post lagi.. Pada sume rakan2 aku.. jemput2 datang umah.. jgn segan2.. Taun nie kami sefamily juz raya kat umah.. datang jerk anytime.. duit2 raya tarak2.. nak duit g carik sendirik.. kalau takat air oren f&n tue.. leh ar sponsor barang segelas dua.. hahahah .bye sume.. as'kum

Pertemuan pasti Berakhir dgn Perpisahan

Assalamualaikum semua, erm.. aduhai.. tinggal kurang seminggu lagi nak raya.. preparation for raya taun nie sume dah siap. tinggal umah aku lagi sket nak siap chat. huh.. rindu rasanya kat umah sewa aku yang satu kat senai tue.. daripada 10 orang tinggal 9 then tinggal 8 tup tap tup tap dah tinggal 6.. 2orang roommate aku dah habis study..=[
aduhai.. banyak sgt rasanya kenangan ngan diorang time mula2 masuk blajo..=[ mula2 time kenal dgn dak dua ekor nie.ingatkan mat skema (pstt tapi memang btol pun)=] ahakz. kira macam xleh blah lagi. tapi pas dekat 2 tahun tinggal bersama.. rasa macam ada ikatan antara sume dalam umah tue.. hmm. sedih sesangat.. haha. 2 orang roomate aku nie ada len macam sket. gay mengada2=P ahakz.. sket2 nak pegang aku.. ingat aku ape.. hahaha. memang happening gila bilik aku.. sume ada.. kom,laptop, meja n macam2 ar yang seangkatan dengannya. tapi skang dah tinggal kom aku sorang jerk.. aduhai.. sedih gila.. tapi nak wat macam mane.. ha. nie aku nak cite pasal roommate aku nie..erm.. dua-dua budak nie amek coz dihm.. means diploma in hotel managmnt.. wow.. dua2 budak pandai tue.. cgpa tak silap aku dah 3.5 ke atas.. tak campur ngan praktikal lagi.. kira dak2 terbilang lah.. huh.. sorang name aie n sorang lagi khai.. yang aie nie dak Kuala Lipis Pahang.. hahaha.. slalu kalau nak makan ke ape ke itu ke ini ke mesti ikot bonto member satu kampung ngan aku si Luqman.. hehehe.. boleh dianggap cple lah.. yang bagusnya dia nie.. x selfish,jujur n adalah lurus2 cap ayam sket.. :P opss. sory. terlepas cakap..almari yang aku pakai skang kira hadiah perpisahan dari dia r.. aduhai.. xd dia bosan dah bilik aku tue coz aku slalu gadow ngan dia ar. aku cakap2 sket nanti wat muka blur, pastue cakap xsupport xsupport.. paleotak dia.. pastue nanti mesti jadik adegan kejo mengejo n aksi 18s tutttttt.. adohai. klako lak kalau ingat. erm. lagi sorang lak Khai. ha. dia nie ada psycho sket.. kalau time dia datang bulan. huh.. sumpah aku guling atas tar panas2 kalau time dia period dia tegur orang.. :p sorang pun dia xtego.. psycho gila. kalau orang yang belum kenal dia nie.. mesti ingat dia smbong gila.. tapi x.. dia nie baik, bagus n pandai.Slalu pk pasal future dia.. hmmm.. slack tue ar..minat gila kat Mawi.. aku pun xpaham ar ape yang dia suka kat Mawi tue.. haha. lupa lak dia gay gedik.. patut ar suka kat Mawi. habis kat dinding bilik aku penuh ngan gambo mawi.. layankan.. Kalau macam time2 sahur mesti kitaorang satu rumah kuar same2 carik kedai Mamak yang berdekatan nak makan. Meriah sesangat time tue.. aduhai. rindu ar kat ur all guys.. bila lah agaknya kita nak jumpa lagi..=[. hmm. sume pertemuan pasti berakhir ngan perpisahan.. berat nak terima. Hope we will meet n unite together again.. kang kawin jgn lupa anto kad kat aku.. kompom aku silat time korang kawin. ahakz:P k lah.. smpai cnie jerk aku bebel. As'kum sume.. wassalam