Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t,

Wah!! penuh dengan debu dah blog aku nie, haish, lame sangat rasanya tak jengah kat blog nie, maklumlah aku skang nie di dalam minggu peperiksaan, takde banyak masa nak dibuang untuk menulis, nway, update terbaru dari aku ea? nak tau ke? ahahahaa, alhamdulillah, dah lepas 3subjek penting, skang nie tinggal lagi 2 subjerk jerk lagi, dah tak lame lagi dah exam aku, urmh, sedar xsedar, skang dah masuk tahun baru dalam kalendar hijriah,
camne dgn azam baru tahun nie? apa target for dis year? bulan muharram,bulan yang penuh peristiwa bersejarah bagi umat islam.Entry aku kali nie, nak bercerita sket antara peristiwa-peristiwa yang banyak berlaku ketika bulan muharam nie. jom.. layan!!!



PERISTIWA KETIKA BULAN MUHARAM


  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Hah, nie antara peristiwa yang berlaku, selain daripada itu,pada 10 muharam, tarikh nie dipanggil golongan muslim sebagai hari assyura sebabnya, banyak peristiwa yang berkenaan Islam berlaku pada tarikh nie. Masyarakat melayu kat tempat aku nie, diorang akan masak beramai-ramai bubur assyura pada tarikh nie, masak ramai-ramai then kongsi satu taman. sedap tue, ada daging n ayam. hehehe :p. sesetengah orang panggil bubur lambuk(menjilat bibir beb kalau makan bubur nie!!)

16 Muharam...

entah, ada ape ek kat tarikh nie?? plz jgn bangga okieee...~

Feel tak?

1 comments:

zati-zt said...

Selamat menyambut maal hijrah..
:)