Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Monday, December 20, 2010

Kasihmu Ibu..

Assalamualaikum,malam nie hatiku diselebungi sepi, aku baru sahaja selesai membancuh cappucino untuk santapan sebelumku meneruskan penulisan nie, entah mengapa, kadang-kadang aku merindui kasih sayang seorang ibu, malam yang dilalui  tanpa seorang ibu, sukar, sedar tak sedar, dah dekat nak masuk 6tahun aku hidup tanpa seorang ibu.Hati ini seperti digelitek pabila terkenang kisah-kisah lucu bersama ibu tercinta..


Situasi 1
Lokasi, Kampung Mahkota Rengit..
Tujuan: Membeli basikal
Masa: Tahun 1999..

Pada tahun ini, kanak-kanak seusia denganku saban hari mengayuh basikal, ketika ini aku berada di Tahun 5 persekolah sekolah rendah, di pendekkan cerita, kami sekeluarga menaiki kereta yang dipandu ayah dan bergerak menuju ke Rengit, sebuah kawasan di pinggir pantai Pontian yang terkenal dengan barangan terpakai(sep duit beb beli kat cnie) kebetulan, ketika ini umat islam sedang bersama menjalani ibadah puasa.
Sesampainya di sana, keadaan panas terik, maklumlah, dahlah kawasan perkampungan ini di pinggir pantai, dengan suasana terik matahari lagi, huhh, berpeluh!. Kami sekeluarga bergerak dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari basikal, kereta Wira Putih ayah ketika ini menerobos liku demi liku diselaputi debu merah di sepanjang perkampungan Asli ini.Banyak juga pilihan basikal yg ada. Ibu merupakan antara insan yang paling rajin, naluri wanita, pantang shopping :P. Dengan keadaan yg panas terik,aku merasa seperti tidak mampu lagi untuk meneruskan ibadah puasa, nak cari kepala paip. AIRRR.... hahahaa,

Ketika berada di hujung perkampungan ini, ibu telah memilih sebuah basikal Mountain Bike berwarna biru, ada 6 gear belakang, aku ingat lagi basikal pertama yang dimiliki aku, agak cantik juga basikalnya. Sesuai lah dengan lelaki macho seperti aku untuk menunggang :P ayah memasukkan basikal kecil ku ke bahagian bonet belakang manakala ibu membayar harga basikal ini, aku dan adik-adik ku menunggu dengan perasaan girang di dalam kereta, maklumlah dapat basikal baru, hahahahaaha.. Selesai sahaja ibu membayar, dengan keadaan tergesa-gesa, ibu menaiki kereta, hahhh!! jeng jeng jeng..!!

"Ibu, nah air bu, mesti ibu haus kan!!" ujar adik bongsuku Shamil, ketika ini dia berusia lingkungan 4 tahun, hahahahaha, dengan rakusnya, ibu ambil botol air yang memang tersedia di bahagian belakang handbrake n....


Glup Glup Glup Glup!!
Fuh!! sedapnyaaa

Glup Glup Glup Glup!!
Fuh!! nikmatnya

"Ha!!, awak tak puasa ke!! malu anak-anak tengok!" jerkah ayah kepada ibu!, ibu hanya mampu terkesima!!


terkebil-kebil

pejam celik,pejam celik

toleh kanan-toleh kiri.


Kemudian!!

Hilai ketawa memenuhi ruang kereta!!

"ibu tak puasa, ibu tak puasa!!"

hahahaaha, ibu actually lupa kita semua berada di bulan ramadhan, masyukk jerk adik aku hulur air..
aku yang terkebil-kebil tengok.. !!! Hilang haus dapat basikal baru...



i miss u so much mum. :(
Rest In Peace...

by.. Along..

Feel tak?

5 comments:

angah said...

hahah...aku igt da cite nie..:)

angah said...

hahha...aku igt da cite ni...
miss u ibu!!

fazye said...

sabar sayang,ibu mesti senang sebab anak2 dia tak penah lupakan dia ... insyallah satu ari nanti b mesti akan jumpa ibu ...

NuSaNa NoSa 91 said...

kehilangan m'buatkn kita lebih m'hargai.. takziah~ semoga kamu terus sabar.. T__T

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...
This comment has been removed by the author.