Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, September 1, 2010

Ada Ape Dengan Merdeka?

Assalamualaikum, sedar tak sedar, kita semua di penghujung Ramadhan, perginya Ramadhan bergantinya Syawal, lumrah dunia, tiada yang akan kekal kecuali Sang Pencipta, hari-hari yang dilalui semakin lama semakin indah, semakin jauh perjalanan kita, semakin luas pemandangan :) sedikit kata-kata yang biasa kita dengar dimana sahajakan. How bout ur preparation 4 Hari Raya? hahaha, puasa pun terlingkup, nak cite pasal preparation raya.(bukan aku ea) ahakz..


                                        
Kebetulan, Hari Kemerdekaan Malaysia jatuh pada bulan Ramadhan,so,aku dapat menyambut hari yang penting di bulan Ramadhan+Syawal+SEPTEMBER dengan meriahnya, pelbagai ragam dapat kulihat sepanjang sambutan di ambang kemerdekaan, 31 Ogos 2010.Actually, aku blur, tak tau nak sambut ambang kemerdekaan kat mane,dahulunya,ketika zaman persekolahan dulu, di SMKA Segamat, kami menyambut detik kemerdekaan di Dewan Besar SMKA Segamat, pelbagai acara diaturkan oleh pelajar senior, pentomen,kiraan detik ambang merdeka dan pelbagai lagi acara berunsur patriotisme, meriah sangat-sangat.
Itu ketika zaman persekolah.Ketika aku di zaman kolej lak, kesemua rakan-rakan rapatku menyambut detik kemerdekaan di Danga Bay, indah sangat-sangat percikan bunga api yang dilancarkan di tengah selat johor, kilauan bunga api yang sangat unik,kami dihiburkan dengan Konsert,nyanyian lagu patriotik dan semuanya yang korang leh bayangkan sendiri bila sebut Danga Bay. Actually, even semuanya best-best belaka, tapi pada aku, tahun nie merupakan tahun yang paling bermakna kepada diriku, ahaa, nak tau katne aku sambut merdeka tahun nie? :) jom. ikut cerita kat bawah.

31 Ogos 2010 10.00pm: Berkumpul

"Along,office bukak x? aku nak layan facebook nie" pesanan ringkas sahabatku, Zulqarnain Maidin, huh, 31 Ogos nie Zul, xhabis-habis ko dengan facebook ko, tapi, okeylah, aku pun nak tengok laman sosialku, ON!. ahaa, pas habis ngeteh di warung bawah, aku dan sahabatku Luqman Hakim melangkah menuju Pejabat di bawah seliaan aku, semua nak check facebook, ceh, mentang2 internet dah ada, komputer sume complete, pantang boring, office, office, office :P
kami semua berkumpul di office, kesemuanya ada lebih kurang 10orang termasuk aku sendiri, di luar tingkap, ratusan motosikal kapcai preengg sana preengg sini, bingit, ahh, inilah erti kemerdekaan bagi mereka, dahulunya Melayu mati di medan peperangan, sekarang Melayu mati digelek lori, itulah dia anak-anak muda kita yang tidak faham apa itu merdeka, sayu aku dengar bebelan rakan-rakanku mengenai mat-mat rempit di luar sana, jauh di lubuk hatiku, aku pasti kami semua boleh mengubah semuanya, kaum melayu pasti dihormati, dijulang tinggi,masanya kan tiba insyallah.


31 Ogos 2010 11.00pm:Bergerak

Rakan kami Fazrul a.k.a Giro mendapat invitation bagi menyambut detik kemerdekaan, yeah~ ini yang kami semua nantikan, ahaa, anggapan kami, pasti kami menyambut detik Merdeka dengan konsert or kiraan detik merdeka, dalam paleotak masing-masing semua ingat pasti sesuatu yg happening menanti kami di sana. best gila, excited, semuanya sudah tersedia di bawah, 2 biji kereta, kesemua rakan-rakan kami bersedia menyambut ambang kemerdekaan, Kami semua akan bergerak ke Kampung Parit Ibrahim Majid,aku ape lagi, terus pecut g rumah, pakai baju bendera Malaysia n bawak sekali Jalur Gemilang, :) excited beb nak sambut merdeka. hehehe.MERDEKA!!!!. Kami semua bergerak bersama untuk menuju ke tapak kiraan detik Merdeka.Di dalam kereta, aku dah imaging macam dekat danga bay :P jauh beb melalut. hahahaa

31 Ogos 2010 11.30pm:Tiba Ke Destinasi (Masjid ,Kampung Ibrahim Majid)

urhh,nape semua budak-budak nie cangkung depan masjid ramai-ramai nie? dah macam pendatang asing aku tengok,hahaha,huh, aku terkesima, semua yang aku melalut dalam kereta tue terbang begitu sahaja di tiup bayu malam, kami semua akan menyambut detik kemerdekaan di hadapan masjid besar kampung ini, kira-kira 60 anak muda tercangkung di hadapan masjid, barisan veteran duduk di bahagian tepi, lebih 40biji motosikal tersusun di bahagaian kiri pintu masuk, ape ini semua, :P tak kisahlah, aku nak sambut gak Merdeka, hmmm, tanpa kusedari, detik Merdeka ini akan menjadi detik paling manis dalam hidupku, :) Zul ngan Amru dan geleng kepala, si Zul berkali-kali mengatakan bapanya iaitu Cikgu Maidin dah call suh dia balik, hahaha, ceh, tadi bukan main semangat, sat lagi tgk macam nie, nak balik, aku tahan dia, kita sambut Merdeka!!!. Pengacara majlis mengumumkan kiraaan detik Merdeka akan bermula, kami semua bangun n countdown, tepat jam 12.00 malam, laungan Merdeka bergema di hadapan Masjid ini, tiba-tiba, hatiku sayu, mengapa mat-mat motor yang ada di hadapan office aku sebentar tadi tiada disini? Mengapa perlu diadakan konsert2 besar di Danga Bay yang memakan kos berjuta-juta tidak ditukar seperti ini? Mengapa bulan Ramadhan yang amat mulia ini dicemari dengan semua yang melalaikan? Sedangkan anak-anak kampung yang jauh daripada hiruk pikuk bandar ini sanggup berkumpul, Golongan veteran yang sudah berdekad-dekad menyambut kemerdekaan ini sanggup berkumpul di hadapan Masjid dan melaungkan kemerdekaan,acara dimulakan dengan ucapan yang amat ringkas dan padat oleh Ketua Pemuda Kampung,Wakil Majlis Belia dan tetamu jemputan iaitu Ketua Misi Pengaman Malaysia yang kemudianya disertai dengan Majlis Qiamulail dan bacaan Yasin disudahi dengan acara yangpaling bermakna, sebuah lori disewa yang mana di belakangnya dipenuhi dengan Ahli Pasukan Kompang Kampung akan berjalan dan mengalunkan selawat disertai dengan pukulan kompang berarak pada pukul 2.30 bagi mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur, aktiviti yang sangat simple tetapi amat bermakna, keikhlasan dan kesungguhan daripada air muka semua peserta yang terlibat, membuat hatiku sayu, inilah merdeka rakan-rakan, sesuatu yang amat ringkas tapi mampu membuat kita semua terkesima, biarlah orang mengatakan aku nie kekampungan or ape pun, pada aku, inilah yang kucari selama ini, sesuatu yang amat mudah tapi akan dikenang selama-lamanya, salam merdeka daripadaku. -shafiq-


untuk lebih terperinci  : http://myluvirwanshidah.blogspot.com/2010/09/sambutan-kemerdekaan-ke-53.html

Feel tak?

2 comments:

mrs.irwan 2 be said...

Shafiq - akak nak betulkan fakta blh x?hehehe..Bukan Masjid kampung BAsri yer sayang..Masjid kg Ibrahim Majid tue.....TQVM kat Rakan Muda coz sudi hadir ke majlis kami yang tak seberapa tue...Mungkin sambutan kami tak sama macam yang lain, TApi..itu jer yg mampu kami buat...N akak bangga sangat ngan budak2 muda kampung akak..Walaupun akak tau masing2 mat rempit, tapi..diorang bersemangat besar tuk sambut kemerdekaan....

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

alrite..hehehe. dah tukar dah kak.. btw thx.. salah tgk. biasalah. dah malam kan. :P nway.. best sgt2 aktiviti kat sane. bermakna bagi saya. good effort untuk membasmi masalah sosial yang teruk sekarang nie. tahniah untuk akak dan rakan-rakan. :)