Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Friday, September 3, 2010

Untukmu Ibu (Versi Raya)

Salam, pekabar semua? today aku nak kongsi sket, sajak yang aku kemaskini daripada makcik aku, Mak Reha or lebih glamournya Cik Nilam kita, hehehe, aku terbaca kat wall facebook note tentang ibu yang dicoretkan oleh makcik ku, so, jom kita follow note yang my beloved untie nie tulis. :)

SELAMAT HARI IBU by Nilam



wangi ku peluk bau mu ibu..menitis peluh menjaga aku..basah keringat dalam lelah mu.membesarkan aku dalam seribu satu kerenah tampa jemu. ibu..mana jalan untuk aku membalas jasa mu.. ke langit ke 7 tak mampu ku mencari..sedalam 7 lapisan bumi tidak ku temui..untuk aku membalas jasa2 mu melahirkan aku mejaga aku dan menahan duka dalam dada mu.ibu...aku belai rambut mu...helaian tak ku kira satu persatu..bergitu jua tidak ku mampu mengukur pengorbanan diri mu ibu... kesempatan yang ada walau hanya seketika akan ku jaga diri mu ibu..walau tidak semampu kau menjaga aku dulu..panjang usia ibu ku,,,sejahtera hidup mu..kami anak2 sayang pada mu.. selamat hari ibu untuk ibu ku dan untuk semua para ibu sedunia.



bila 1st time aku baca note nie. hatiku sebak.. lalu dengan pantas, aku bukak notepad n try bagi feeling sket ikut mood aku yang tengah sebak nie, tulus dari hatiku, ini semua untukmu ibu, 5tahun dah kami semua beraya tanpamu. :(



Harum mewangi aromamu ibu,
Rintis peluhmu menitik laju,tidak pernah kau hiraukan,
Jerih perihmu membawaku ke alam fana ini,
mana mungkin dapat ku lupakan,
Kau mendidikku bagi mengenali melodi sebuah kehidupan,
Engkau tidak mengenali apa itu erti jemu,apa itu bosan,
kau lindungi diriku,
kau sayangi diriku,
kau asuhi diriku,
Mampukah aku membalas semuanya tuhanku?
"Sedu"

Detik berlalu terlalu pantas,
Manakan jalan untukku membalas jasamu ibuku?
Segala yang kau curahkan tidak mampu ku balas meskipun seribu tahun ku menjagamu, tidak mungkin akan terbalas.tidak mungkin.



Telah ku daki langit ke 7,
"kelam",
Telah ku selami 7 lapisan bumi,
"suram".
Tidak mampu ku membalas jasamu ibuku, engkau melahirkanku
dengan titisan air mata menahan kesakitan yang amat teramat,
nyawamu dipertaruhkan,
tidak sesekali kau pedulikan kesakitanmu,
tidak sesekali kau hiraukan keperitanmu
hanya semata-mata ingin membawaku melihat fatamorgana dunia ciptaan sang pencipta,
mampukah aku menjagamu seperti kau menjagaku?
mampukah ku belai mu seperti kau membelai ku?
Persoalan yang tidak mampu ku jawab,
"Kelu".

Ibu,
Helaian rambutmu ku ulus lembut,
Aku akan berbakti kepadamu,
Aku akan membelai mu
Aku akan mencurah kan segalanya kepadamu,
Selagi nyawaku dikandung badan,
Aku akan mempertahankan mu,
Biar badai melanda kita,
Biar taufan memukul kita,
Biar guruh berdentum garang,
tidak sesekali ku akan meninggalkanmu, hidupku
untukmu, nyawaku untukmu,
kerana.....

engkau ibuku.....




Selamat Hari Raya untuk semua :) Assalamualaikum

Feel tak?

3 comments:

mrs.irwan 2 be said...

Ya Allah..sedihnya akak baca entry nie...Akak pn rindu sgt kat arwah ibu n ayah akak....Shafiq beruntung sebab masih ada ayah..tapi, akak 2 2 dah x der..

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

sabarlah kak, sumenya ada hikmahnya kan.:) ibu akak mesti senyum tgk ape yang akak ada sekarang tau. :) good luck sis

maIra said...

jgn sdey2 ye..