Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, August 4, 2010

My Life Now

My Office 

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi mu tuhanku, masih lagi dapat melihat keindahan alam yang tak pernah kelam, masih lagi dapat merasa nikmat kehidupan dunia yang sementara ini, lama sungguh aku tidak menulis di dalam blog ini, terlalu lama rasanya, sungguh agung percaturan perjalanan kehidupanku yang telah kau aturkan tuhanku, aku merasa bagaimana susahnya berjalan bersendirian, di setiap perhentian perjalanan pasti ada yang aku tinggalkan dan di perhentian yang lain pasti ada yang ku bawa, manisnya nikmat yang kau beri tiada tandingannya, aku bersyukur dengan kurniaanmu tuhanku.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah, tanpa syafaatmu,pasti aku merangkak di padang mashar kelak,aku umatmu yang jauh darimu Rasulullah, bimbinglah aku, aku ingin menjadi seperti sahabat-sahabatmu yang terlalu setia denganmu, semoga kau dengar rintihan umatmu yang memerlukan bimbinganmu ini. “Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah”
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, kehidupan yang aku lalui sekarang amat berbeza, berbeza yang teramat, tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini, aku akan menempuhi peperiksaan yang besar, yang akan menentukan hala-tuju aku, yang akan menentukan nasib anak-anakku, yang menentukan cerah atau gelap kehidupan aku selepas ini, Alhamdulillah, banyak juga chapter yang dah Berjaya aku selami, syukur, aku masih ada kawan-kawan yang mampu untuk menolong aku, memberikan sokongan dan terutamanya sekali, aku mempunya keluarga yang amat memahami aku, aku mempunya bos yang mempercayai kerja-kerjaku(sumber untukku mendapat sesuap nasi) , aku mempunya “dia” yang sentiasa memberikan sokongan yang tak pernah pudar, dan aku masih mempunya masa lepas yang pasti tidak akan ku lupai,inilah semangat-semangat yang membakarku untuk lebih tekun di dalam proses pembelajaranku.
Insyallah hari ini, aku akan bercerita tentang perjalanan kehidupan seharianku, aku selesa dengan kehidupan yang ku lalui sekarang, tepat pukul 7.00 pagi, pasti mataku akan segar(itupun kalau malam xd main futsal), aku akan balik ke rumah untuk mandi,sarapan dan menonton Buletin Pagi, di rumah, aku akan mengemas bilik,dapur, jemur kain dan membasuh periuk, itu rutin harianku, hahahaha, maklumlah, rumah bujang, pukul 9.00 pagi, aku akan bersiap untuk pergi office, biasanya aku berpakaian casual serta berkasut untuk pergi kerja(konon-konon protocol) :P, smpai jerk office, wat masa nie, perkara pertama aku wat, on kan computer n connect to internet, aku check download movie aku yang malam tadi dah siap or blom  hahaha, after dat, aku akan kemas office aku, sapu,mop, lap tingkap n rekod kedatangan, aku pastikan office clear, ok, skang office dah clear, after dat, ak akan ke sudut tepi office aku, ruangan buku-buku ikhsan daripada kawan-kawanku, berlambak kat cnie, schedule yang aku susun sendiri untuk mengejar masa akan ku lihat, Subjek Pengajian Am Kertas 1, yeahhhh,, im coming, time nie ak dah duduk kat atas meja aku smbil open lagu-lagu kegemaranku like Soundtrack Eclipse,Alice in Wonderland n start blaja, tiada paksaan, tiada tekanan, aku rileks sangat blaja, berseorangan, sejadah dah kain pelikat tersidai di bahagian luar office aku yang telah ku khususkan untuk Solat, di samping itu, kitab alquran yang akan ku baca setiap maghrib sudah masuk ke juzu’ 9, insyallah, sebelum syawal dating, aku nak habiskan bacaanku, hmmm, aku rasa, hidup aku lebih bermakna, biarlah orang nak kata apa, biarlah orang yang dengki denganku, yang pasti, aku sangat bahagia dengan kehidupanku, biasanya aku kat office sampai pagi esoknya, aku berseorangan daripada pagi sehingga esoknya, itulah rutin hidupku, balik pun hanya untuk mandi dan berbasa-basi dengan ayahanda, xplah, ayahanda faham Along tengah blaja untuk ketchup a brightness 4ture for our 4mily kan Alhamdulillah, rezeki aku dimudahkan tuhan, dapat kerja yang simple, gaji untuk ASB dan kehidupanku, still leh tampung, nasib baik lah aku bukan kuat makan. Hahahaha, yeke? Kerang bakar satu k lah, tangan aku dah sesemut, nanti aku post lagi, mesti ada yang tunggu. Bubbye know it.

Feel tak?

0 comments: