Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, August 4, 2010

Kisah Dua

Entri kali ini juz nak cerita tentang seorang yang amat ku kagumi, seorang yang amat tabah, amat setia, amat budiman, siapa lagi kalau bukan tentang ayahku, seorang insan yang telah membesarkanku, yang membimbing aku, aku terlalu kagumi dirimu, tidak pernah aku jumpa orang setabahmu, untuk rakan-rakan sekalian, bersama ini, saya titipkan sedikit rentetan kehidupan ayah yang amat saya kasihi dan saya olah di dalam bentuk sorotan diari, original from Shafiq, Enjoy It at all :)




Masa : sekitar tahun 1999
Tempat : Padang Bola SKSR

"Ehsan, kau jadi goolie jangan bagi diorang gol, kita dah smpai final nie, xkan kita 6Setia kalah dengan budak-budak 6Progesif" kata aku kepada Ehsan, akhirnya pasukan bola sepak 6 Setia berjaya melangkah ke final selepas menewaskan kesemua pasukan lain, pasukan yang aku perlu tumpaskan bagi mendapat gelaran adalah kumpulan daripada 6 Progesif, pasukan pilihan bagi memenangi kejuaraan Piala Sekolah, posisi aku ketika ini ialah penyerang bagi pasukanku, bersamaku adalah teman-teman seperti Ahmad Syamil Samat, Mohd Faizudin,Ehsan,Fahmi,Anwar dan rakan-rakan yang lain, pada hari ini, perlawanan ini akan ditonton oleh YB Parlimen Simpang Renggam, perlawanan yang penting bagi mnegakhiri zaman persekolah rendahku, "Prittttt" wisel permulaan ditiupkan oleh Pak Hamid, yeah, perlawanan telah bermula, seperti yang dijangkakan, pasukan 6 Progesif bermula garang, serangan daripada pasukan yang majoritinya merupakan pemain Sekolah amat tajam, semua sudut dimanfaatkan, pertahanan yang kukuh untuk aku runtuhkan, terlalu kukuh, bermain di hadapan lebih 1000 orang pelajar,guru dan ibu bapa, gemuruh, terdengar jeritan di luar yang menyokong pasukan kami, Pada permulaan separuh masa pertama, pasukan kami telah tumpas, 2 gol berbalas kosong, pasukan lawan telah berjaya membolosi gawang kami, tetapi kami masih tercari-cari gol pembukaan, :( aku sedih, 10minit kami diberikan rehat, aku yakin, strategi mesti di ubah, di saat ini, aku melihat kemunculan ayahku, seorang guru sukan yang berpengalaman, guru sukan yang dikagumi di daerah Kluang melangkah perlahan ke arah kami, "Along, ko main wing kiri, syamil, ko main tengah, Along cross pergi kat Syamil, sepakan kiri ko leh buka permainan, jangan main tengah, keeper ehsan, bagi kat Luqman, badan dia besar, bagi dia keeper, Ehsan keluar" sangat tegas nada ayahku, kami mengikut strategi yang diberikan, Wisel permulaan separuh masa kedua bermula, Sepak mula dimulakan oleh kami, aku mencari sudut kiri, Syamil berjaya mengelecek pemain lawan, ketika itu, aku bermain di sudut kiri, aku berlari kencang, bola sampai ke kakiku, aku membuka permainan, seperti yang di aturkan, Syamil pergi ketengah dibantu oleh Fahmi, aku membawa bola ke bahagian hujung padang, tiba-tiba, " Ahmad Shafiq, hantar bola sekarang!!!" suara ayahku dan ibuku, aku terdengar dengan begitu jelas sekali, aku melihat sudut tengah, Syamil berjaya melepasi pertahanan lawan, bola di kakiku, dengan sepenuh tenaga aku menyepak bola ke bahagian tengah permainan, perlahan-lahan bolaku vollie ke tanah, kali kedua vollie aku melihat Bukhari yang bermain di bahagian midfield berlari kencang dan terus menyepak bola di luar jangkaan penjaga gol dan aku terdengar jeritan GOL bergema di Padang SKSR, aku melihat ayah dan ibu melompat keriangan, aku melihat rakan-rakanku berlari kegirangan, kami berjaya~. Selepas gol pembukaan, kami terus menjaringkan gol, rentak permainan kawan-kawanku bertambah rancak, di akhir permainan, pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 4-2. Hari yang amat bermakna untukku, Wisel penamat di tiupkan, dan aku melihat ayah dan ibu dengan gembiranya mendapatkanku, mereka bangga denganku, Aku Gembira, Aku mempunyai keluarga yang penuh dengan kasih sayang, tuhanku, kau maha agung, aku rindu saat-saat kami sekeluarga bersama :(.


Masa : Sekitar tahun 2003
Tempat : Pejabat SMKA Segamat

Hye Khairy, bape ko dapat PMR?

Feel tak?

0 comments: