Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Friday, August 6, 2010

Duit Duit Duit?



Sinar mentari membakari tubuhku, hari Jumaat yang mulia ini,pelbagai karenah manusia yang telah kutemui pada hari nie, suhu di luar berada di tahap 35 darjah celcius,sangat-sangat bahang,aku baru selesai menguruskan segala keperluan bagi officeku yang tercinta ini,hehehe, Alhamdulillah, kerja aku sangat-sangat dipermudahkan tuhan, semuanya insyallah akan settle hari Isnin ini, Hehehe, xsabar nak tgk office ku yang akan siap direnovate dengan air tangan aku sendiri, insyallah,dalam 2-3 hari lagi, full glasses door, vertical blind dan yang paling penting sekali iaitu mengecat office akan selesai tidak lama lagi, tersergam indahlah office aku nie :) xsabarnya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, huhh, hari nie, aku rasa jadi macam orang kaya tau :) nape ak cakap camtue? harinie jerk dalam kocek aku ada 12 ribu cash money, hahahaha, banyak x? tapi tue lah, malangnya, semuanya bukan duit aku =.=' RM10,000 duit Yb Liang Teck Meng, RM2000 milik syarikatku, aku? gaji xmasuk lagi lah. hahaha.
Korang pernah rasa tak? bila kita jalan dengan membawa nilai duit yang banyak, kita akan rasa megah, ( xtaulah). Hihi, macam aku kan, bila aku bawak duit sebanyak tue, aku rasa macam ada suatu kuasa spiritual tau, rasa macam kita pandang orang yang berjalan sekeliling kita, kecikkk jerk. hahaha(honestly), duit pasti mengkhayalkan kita, tak kira macam mane pun kita, pasti ada perasaan ini even itu bukan duit kita, kenapa yerk? nafsu kan, mana ada insan "MaksuM", pasti ada kekurangan, Bila aku rasa semua ini,aku nilai dalam-dalam, konsep iman dan islam aku masukkan, aku rasa sangat bersyukur, tuhan xnak aku lupa diri, semua yang telah diaturkan tuhan berhikmah, bila aku ada duit, aku lupa diri, lupa segalanya, memanglah senang jika ada duit, tapi jiwa kita kosong, rasa makin jauh dengan tuhan, tue faktanya, biarlah aku susah sekarang, biar aku tau macam mane peritnya untuk mengumpul duit, biar aku tau perasaan orang-orang fakir miskin, kelak kemudian, aku tidak akan lupa bagaimana dengan kesusahan-kesusahan yang aku alami, haishhh, bestnya nikmat dunia yang sementara ini, penuh warna warni, aku betul-betul xpaham orang yang rasa lose dengan lifenya, tak tau ke diorang semua, life nie terlalu indah, macam pelangi, macam pasang surut air, macam pusingan roda, diorang senang-senang suicide, terjun bangunan semua, takde otak kan.Duit-duit.Sedangkan Abdul Rahman Auf, 10 sahabat yang dijamin syurga pun masuk merangkak ke dalam syurga, sebabnya, harta,duit. :)

Aku nak berangan lah, haha, sape nak join, jom masuk sekali, bayangkann......

SITUASI 1

"Ayah, cikgu dah mintak duit yuran sekolah, tak lama lagi minggu peperiksaan yah", bicara anak sulungku kepadaku, aku mengurut-mengurut dahiku yang sedikit basah dek peluh, sorotan mataku melihat lesu wajah isteriku yang tekun melipat kain, permintaan anak sulungku sungguh menyayat hatiku,"Ayah belum masuk gaji lagi nak, nanti ayah bagi Along duit"ujarku lemah, bukan ini yang kupinta, dahulunya, aku membayangkan, keluarga yang akan kubina tidak akan sesekali terjebak didalam masalah kewangan, tidak akan sesekali, tapi kerana sifatku ketika remaja, ketika zaman sekolah, semuanya terpaksa ditanggung anak isteriku, sumber kewangan yang terlalu terhad, tidak pernah dapat menampung perbelanjaan kami sekeluarga, titisan air mata bergenang di pipi ku, pesanan arwah ibu yang sentiasa mengingatkanku tentang pentingnya ilmu pembelajaraan, bermain-main di benak fikiranku, semua ini balasan dunia untukku, tapi mengapa mereka yang tidak pernah bersalah menerimanya, aku kaku. :(.

SITUASI 2

"Pak Mat, hari-hari lambat ambil Along, lembap Pak Mat nie bawak kereta" tengking anak kesayanganku kepada pemandu keluarga kami, "Pak Mat siram pokok tadi Along,Maafkan Pak Mat" lemah bicara Pak Mat kepada Along, Alhamdulillah, aku mempunya segalanya pada hari ini, sebuah syarikat komputer yang berkembang maju seiring dengan pembangunan kerajaan, borang-borang tender pembaikpulihan kerajaan yang beratus-ratus memenuhi pejabatku yang mempunyai tenaga kerja melebihi ratusan orang,anak-anak syarikat yang sedia mengambil tempahan komputer di serata dunia, Siapa yang tidak kenal dengan ShaFaz Holding, sebuah syarikat bumiputera yang menjadi lagenda di negara Malaysia tercinta ini, aku mempunya segala-galanya,tuhan telah mengurniakan segala-galanya berkat ketekunan aku dalam mengapai cita-citaku, malangnya, rutin harianku yang terlalu sibuk telah menghancurkan impianku untuk memiliki sebuah keluarga sempurna,anak-anakku hilang di dalam timbunan harta, isteriku tenggelam dalam lautan duit, aku diawang-awangan hinggakan lupa tanggungjawab dan amanah yang telah tuhan kurniakan kepadaku.Budi bicara,sopan santun, tatasusila, bertukar kepada kebiadapan,ketamakan,keegoaan dan penipuan. semuanya kerana kulupa tanggungjawabku sebagai ketua keluarga yang gagal membentuk sebuah keluarga sakinah yang bahagia di dunia dan sempurna di akhirat.. sayu.

hahaha, korang pilihlah mana satu korang nak, aku nak SITUASI 3 :)

Feel tak?

5 comments:

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

Betul tak kawan-kawan? :)

Anonymous said...

Situasi 1 dan 2 boleh menjadi sama sekiranya kita tidak memberi bimbingan dan agama pada anak anak.Siapa kata anak orang miskin tak nakal ? siapa pula kata anak orang kaya lupa daratan ? tak semua sama.. kerana itu kita kena membimbing anak anak dunia dan akhirat.sahabat saya memilki business sendiri dan mempunyai 2 orang anak.yang sulong lelaki dan kedua pempuan.walaupun mereka mampu tapi ibunya tidak pernah memberikan duit saku sekolah lebih dari Rm 2 sehari dan pergi balik sekolah pun naik bus sekolah sama mcam anak2 orang lain walaupun diorang ada driver .. low profile

Anonymous said...

pasal x da duwet ang pikir allah saja x nak bagi ang leka, megah, xnak ang jauh dari tuhan. tapi bab lain, ang x kisah pulak. x takut dosa pulak kan

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

xlah, duit aku ada jerk untuk semuanya,cukuplah untuk makan :)
apa yang cuba saya ingin sampaikan,
camne pun keadaan kita, pasti ada hikmah yang tersirat yang hanya diketahui oleh Allah sahaja, harap saudara memahami. salam.:)

fazrul said...

kita kena ingat dlm dunia ni segala galanya bukan duit..tp segala galanya memerlukan duittttt