Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Saturday, September 18, 2010

nothing


Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Hari Raya

Sunday, September 5, 2010

Pecutan Habis

Tinggal kurang 2bulan untuk penentuan hidupku. perlu memecut, sunyi seketika my beloved blog nie, tunggu, saya akan kembali. salam semua :)  

PECUT~

Survey: Do Malaysians Concern About Computer Security Issues?


Currently, I am running a survey to determine the level of concern of computer security issues by Malaysians. So, Malaysians~ I need your help! Please take part in this survey. The more data I receive, the more accurate report I can produce.
Overall, there are only 5 questions to be answered. It should take less than a minute to help me out~ So, I hope you can spend that much of time.
Duration: 5th Sept 2010 - 15th Sept 2010


PS: HArap korang semua leh bagi kerjasama, ini untuk kebaikan kita semua tau.!. =]


ORIGINAL POST by Fikri Fadzil

Thx All n Salam Lebaran

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Semua

FAMILY
GAMBAR AKU PUNYA






Friday, September 3, 2010

Untukmu Ibu (Versi Raya)

Salam, pekabar semua? today aku nak kongsi sket, sajak yang aku kemaskini daripada makcik aku, Mak Reha or lebih glamournya Cik Nilam kita, hehehe, aku terbaca kat wall facebook note tentang ibu yang dicoretkan oleh makcik ku, so, jom kita follow note yang my beloved untie nie tulis. :)

SELAMAT HARI IBU by Nilam



wangi ku peluk bau mu ibu..menitis peluh menjaga aku..basah keringat dalam lelah mu.membesarkan aku dalam seribu satu kerenah tampa jemu. ibu..mana jalan untuk aku membalas jasa mu.. ke langit ke 7 tak mampu ku mencari..sedalam 7 lapisan bumi tidak ku temui..untuk aku membalas jasa2 mu melahirkan aku mejaga aku dan menahan duka dalam dada mu.ibu...aku belai rambut mu...helaian tak ku kira satu persatu..bergitu jua tidak ku mampu mengukur pengorbanan diri mu ibu... kesempatan yang ada walau hanya seketika akan ku jaga diri mu ibu..walau tidak semampu kau menjaga aku dulu..panjang usia ibu ku,,,sejahtera hidup mu..kami anak2 sayang pada mu.. selamat hari ibu untuk ibu ku dan untuk semua para ibu sedunia.



bila 1st time aku baca note nie. hatiku sebak.. lalu dengan pantas, aku bukak notepad n try bagi feeling sket ikut mood aku yang tengah sebak nie, tulus dari hatiku, ini semua untukmu ibu, 5tahun dah kami semua beraya tanpamu. :(



Harum mewangi aromamu ibu,
Rintis peluhmu menitik laju,tidak pernah kau hiraukan,
Jerih perihmu membawaku ke alam fana ini,
mana mungkin dapat ku lupakan,
Kau mendidikku bagi mengenali melodi sebuah kehidupan,
Engkau tidak mengenali apa itu erti jemu,apa itu bosan,
kau lindungi diriku,
kau sayangi diriku,
kau asuhi diriku,
Mampukah aku membalas semuanya tuhanku?
"Sedu"

Detik berlalu terlalu pantas,
Manakan jalan untukku membalas jasamu ibuku?
Segala yang kau curahkan tidak mampu ku balas meskipun seribu tahun ku menjagamu, tidak mungkin akan terbalas.tidak mungkin.



Telah ku daki langit ke 7,
"kelam",
Telah ku selami 7 lapisan bumi,
"suram".
Tidak mampu ku membalas jasamu ibuku, engkau melahirkanku
dengan titisan air mata menahan kesakitan yang amat teramat,
nyawamu dipertaruhkan,
tidak sesekali kau pedulikan kesakitanmu,
tidak sesekali kau hiraukan keperitanmu
hanya semata-mata ingin membawaku melihat fatamorgana dunia ciptaan sang pencipta,
mampukah aku menjagamu seperti kau menjagaku?
mampukah ku belai mu seperti kau membelai ku?
Persoalan yang tidak mampu ku jawab,
"Kelu".

Ibu,
Helaian rambutmu ku ulus lembut,
Aku akan berbakti kepadamu,
Aku akan membelai mu
Aku akan mencurah kan segalanya kepadamu,
Selagi nyawaku dikandung badan,
Aku akan mempertahankan mu,
Biar badai melanda kita,
Biar taufan memukul kita,
Biar guruh berdentum garang,
tidak sesekali ku akan meninggalkanmu, hidupku
untukmu, nyawaku untukmu,
kerana.....

engkau ibuku.....




Selamat Hari Raya untuk semua :) Assalamualaikum

Contest-Senyuman-Maneh

Salam...

Sudah masuk bulan September...
Tidak lama lagi nak raya...Hehe...

Kali ini Poest Dusun Bayu hendak menyertai


Yang dianjurkan oleh


Untuk syarat pertandingan ini
sila klik di sini...

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada:


10.10.10
Cantikkan tarikh itu...
Hehe...


Hadiahnya:
Topup RM30

Maklumat lanjut sila jenguk ke blog GKSB k...\
nie lah yang rasanya cam ramai jerk senyum!
hahahahaa. bismillahirahmanirahhim!! fuhh!!!



hahaha. saya yang depan sekali tau!!
mintak2 menang..
nie 2 orang yang telah di tag, ko letak pic feroz!

Feroz


Fazilah

thx kepada penganjur :)





Ten Ways to Shift Your Reality
Our thoughts and feelings change the world around us, whether we're aware of it or
not. We've all had days when we can't find our car keys because they aren't where we
know we put them, or we discover one sock is missing from our load of clothing that
just came out of the dryer. At times like these, it can feel like "Shift Happens! #@$
#@$> ! " The good news is that we don't need to suffer from discordant thoughts and
feelings! With a few pointers, we can learn how to minimize the frustrating reality
shifts, and learn to make more of our favorite dreams come true

Pay Attention - The world seems full of whatever we focus our
attention on. When you're thinking of buying a new car, you see the kind
of car you're thinking of almost everywhere you go. Be sure to start
looking for evidence that indicates your wishes and prayers are being
answered.

Appreciate - Being grateful for what we have is the best way to receive
more of what we most enjoy. Expressing appreciation and thanks feels good
and helps us continue to pay attention to what we most love, allowing more
good experiences to come our way.

Review the Scientific Studies - Reproducible, double-blind scientific
studies conducted by doctors in real-life hospital situations are now
proving that distant healing improves the health of those being prayed
for. The wishes and prayers have come from people with a wide range of
beliefs, indicating that we are all non-locally connected and can influence physical
reality from great distances.

Revise Your Assumptions - The old assumptions that we can be objective
observers without influencing what we're watching or having any longdistance
effects have been disproved with recent quantum physics
experiments. We now know that we can only make predictions in terms of
probabilities, and that we can't disregard consciousness or spirit simply because we can't
measure those things.

Energize Yourself - Take a few minutes to reverse the damage stress
causes to your body every day. Breathe love in, feeling it in your heart,
and recall some of your favorite memories. These feelings of Love will
energize you tremendously, which increases the probability that you'll
experience enjoyable reality shifts.

Reverse Negative Self-Talk - Our inner self-talk is a running dialogue with
the universe. When self-talk consists of put-downs and negativity, it directly
interferes with anything good we wish to observe. We can minimize negative
self-talk by "flipping" each negative statement around, and making an
affirmation out of those reversed statements. Posting these affirmations and reading
them every day is a powerful way to remove the destructive
interference.

Feel Non-Locally Interconnected - Just as quantum particles are
found to be intimately interconnected with twin particles located great
distances away, we also are non-locally interconnected with everything
and everyone we love.

Visualize What You Desire - Visualize what you most desire to experience
in your life -- all your favorite, wildest dreams -- with the idea in mind that we
actually create reality as we observe it

Let Go of Wishes - The best way to make our favorite dreams come
true after we've visualized them is to release them. This gives them the
degrees of freedom required to exist unobserved as pure energy waves,
before our observation collapses the wave functions and one possibility
materializes.

Choose Your Attitude - The most important thing to remember when you
face challenges or seemingly impossible situations is to remember that reality
can shift! You can choose to replace your feelings of stress, fear, or anger and
breathe Love. The more you practice this meditation of "thinking with your
heart", the easier it will be, and the more wonderful reality shifts you'll experience!
















Enhanced by Zemanta

Thursday, September 2, 2010

Kasihnya Ayah

Salam semua,nape lah arinie, perut ak dari malam tadi sakit, bergelora jerk kat dalam :( sebelum2 nie xpenah pun, inilah 1st time, haishh, xp, cubaan di bulan Ramadhan kan, takpelah, yang sakitnya perut, my finger still can taip smbil gosok2 perut yang kesakitan nie, huhu,pekaba? korang semua nie pose x arinie? haahaha, sure ada yg xpose kan, ceh ceh, nak cover-cover lak. :P bercakap tentang bulan ramadhan nie, aku ada sedikit pengalaman nak cite kat korang sume, Kasihnya seorang ayah, hehehe, jom follow cite nie, ak xnak tulis panjang-panjang,perut memulas dah cam ape, seb bek ada "BAM TIGER" :(....

"Long, ko tak g keje ke?? dah pukul 11 nie dan !@#$%^&*(" ahahaha. bebelan ayah aku pagi2.. jam menunjukkan pukul 10 pagi, damn, patutnya pagi tadi kol 6 ak perlu g Pontian untuk melihat rakan-rakanku berbaris sempena hari Kemerdekaan, bebelan ayahku yang macam peluru MachineGun tak berhenti-henti, ahhh, darah mudaku mengelegak, aku bangun-bangun tido terus menggapai sehelai baju yang terkeroyok tah kat celah mana, capai kunci office n kunci moto, terus vroooommm, hahahahaa, yela, bangun-bangun pagi dah kene bebel, agaknya ayah ku lupa, arinie 31 ogos, mana ada office bukak 31 Ogos, aku bengang jerk, pagi-pagi dah kene tembak ngan Machine Gun. sape xbengang, aku tinggalkan jerk ayah aku terus bebel,hahaha, kuang ajo nye anak, sesampainya kat office, pe lagi, haahaha, ak sambung balik tido, lagi best, ada aircond sume, siap ada computer n tenet lagi, malam tadi aku balik sambut merdeka dah dekat kol 4 pagi, mana tahan, huhuhu, tido jerk.sekali sekala kan :)

Tepat pukul 1 petang, mataku celik, huhhh, ramai siot nak lepak office, sume tunggu kat luar, aduhai, malas tol ak nak bukak, hati still tak reda panas lagi dengan bebelan ayah aku pagi tadi, geram gila, mane ada orang keje 31 Ogos, zzzzzz..arghhhhhhhh... padan muka, kemaslah umah sensorang, hahah, ak kan budak kepala batu, keje nak gaduh jerk. kol 2 sahabat-sahabatku dah berkumpul lagi kat office, xcukup ngan malam tadi, aku lak baring depan laptop, nak layan movie, hahaha,buku-buku blaja dah macam katil ak dah kat cnie, bersepah-sepah, haish,, malas gila aku nak kemas, aku ngan luqman baring depan laptop n layan movie baru siap download semalam, hehe tajuk movie tue The Collectable, tak sampai setengah jam tgk, mata aku dah terlelap balik, tido lagi! hahaha, sekali dah tido, memang liat lah ak nak bangun,tidooooooooooooooo....

3jam kemudian - 5 petang.

huh, dasyat aku tido arinie, xpenah-penah lah aku tido lame camnie, even aku tido lama mane pun, bebelan ayah aku petang tadi mane leh ak nak lupa, pagi-pagi dah marah aku, sape suh, arinie aku bertekad xnak buka dekat umah, ak nak beli makanan kat bazar n buka kat office, nasiblah, aku tak kira, (merajuk konon) ahahahhaa. aku siap-siap mandi n pakai baju ensem-ensem nak g bazar Simpang Renggam, office nie dah macam rumah aku dah, segala macam benda ada, aku g bazar sensorang n beli lah lauk pauk yang sesuai, aku beli nasi ambang,murtabak,air dan macam-macam lagi, kononnya nak tunjuk lah still marah kat ayah aku, cett..poodahh.. tepat jerk pukul 7 malam, tetiba....... huhh. xsmpai hati lah pulak.. dah lah ayah aku tinggal sensorang, aritue 9 hari tak buka same coz got even kat PWTC. aduhai, nie lah yang kacau plan, dah plan xnak buka sama sume, tetiba hati aku lak xsmpai nak makan sensorang n tinggalkan ayah aku.. kacau.. maka dengan langkah yang berat sesangat, aku balik umah. =.='...

hmmmm, Ayah tengah masak, aku terus g dapur n tolong basuh sayur, ingatkan smpai2 terus buka, sat lagi kene basuh sayur lak,(kalau dah kene marah, ak memang jadik camnie, pemalas nak mati) hehehe. ak pun basuh, ak jeling tgk lauk kat dapur tue, ayah tengah basuh ikan, huhhhh, asam pedas.. nyum nyum, kalau lah asam pedas kepala mayong, nikmatnya,bisik hati aku, ak pas basuh sayur duduk lah tolong ape yang patut, tapi ak xcakap ape pun, haha, ak tau ayah aku tau aku sakit hati, tue lah, carik pasal lagi, tepat pukul 7.15 malam, ak nak cedok nasi, arghhhhhh,
lagi seminit nak buka, lauk sume dah siap jap lagi....... rice cooker lupa nak tekan cooking.. hahahahaha, shitt...
ak tgk ayah aku terkebil-kebil. aku pun ikut lah terkebil-kebil. huhuhu. dah-dah. aku tekan cooking then aku g mandi sume. waktu berbuka, aku makan kurma ngan air jerk. ok lah. ikut sunnah :) Pukul 7.50 malam, baru nasib siap, dalam tempoh nie, ak still x bercakap dengan ayah aku tau, hahaha, punyalah ego kan. huhh. terhidang kat depan aku, 3bijik telur dadar, sayur bayam marah masak air dan terhidang seketul asam pedas kepala mayong, wahhh, my pebret... hehehehe. perut dah macam tin kosong, pe lagi. melantak lah puas-puas! haahhaahahaha. sedap gila kowt makan asam pedas, jap lagi tgh makan-makan nie, layan beb, aku tanye ngan ayah aku, "ayah, nape pedas sangat asam pedas nie? selalu x pedas?" simple gila ayah aku jawab... "Along kan suka pedas-pedas, Ayah masaklah pedas" :( hurmmph..
takyah tangguh-tangguh, mengalir air mata aku. arghhh, seb bek rambut ak panjang, tak nampak lah titisan air mataku.
pagi tadi marah-marah, jap lagi rupanya ayah aku masakkan lauk yang aku suka, aku beruntung sangat dapat ayah macam nie, xd orang leh challenge. terima kasih ayah. -shafiq-

Wednesday, September 1, 2010

Ada Ape Dengan Merdeka?

Assalamualaikum, sedar tak sedar, kita semua di penghujung Ramadhan, perginya Ramadhan bergantinya Syawal, lumrah dunia, tiada yang akan kekal kecuali Sang Pencipta, hari-hari yang dilalui semakin lama semakin indah, semakin jauh perjalanan kita, semakin luas pemandangan :) sedikit kata-kata yang biasa kita dengar dimana sahajakan. How bout ur preparation 4 Hari Raya? hahaha, puasa pun terlingkup, nak cite pasal preparation raya.(bukan aku ea) ahakz..


                                        
Kebetulan, Hari Kemerdekaan Malaysia jatuh pada bulan Ramadhan,so,aku dapat menyambut hari yang penting di bulan Ramadhan+Syawal+SEPTEMBER dengan meriahnya, pelbagai ragam dapat kulihat sepanjang sambutan di ambang kemerdekaan, 31 Ogos 2010.Actually, aku blur, tak tau nak sambut ambang kemerdekaan kat mane,dahulunya,ketika zaman persekolahan dulu, di SMKA Segamat, kami menyambut detik kemerdekaan di Dewan Besar SMKA Segamat, pelbagai acara diaturkan oleh pelajar senior, pentomen,kiraan detik ambang merdeka dan pelbagai lagi acara berunsur patriotisme, meriah sangat-sangat.
Itu ketika zaman persekolah.Ketika aku di zaman kolej lak, kesemua rakan-rakan rapatku menyambut detik kemerdekaan di Danga Bay, indah sangat-sangat percikan bunga api yang dilancarkan di tengah selat johor, kilauan bunga api yang sangat unik,kami dihiburkan dengan Konsert,nyanyian lagu patriotik dan semuanya yang korang leh bayangkan sendiri bila sebut Danga Bay. Actually, even semuanya best-best belaka, tapi pada aku, tahun nie merupakan tahun yang paling bermakna kepada diriku, ahaa, nak tau katne aku sambut merdeka tahun nie? :) jom. ikut cerita kat bawah.

31 Ogos 2010 10.00pm: Berkumpul

"Along,office bukak x? aku nak layan facebook nie" pesanan ringkas sahabatku, Zulqarnain Maidin, huh, 31 Ogos nie Zul, xhabis-habis ko dengan facebook ko, tapi, okeylah, aku pun nak tengok laman sosialku, ON!. ahaa, pas habis ngeteh di warung bawah, aku dan sahabatku Luqman Hakim melangkah menuju Pejabat di bawah seliaan aku, semua nak check facebook, ceh, mentang2 internet dah ada, komputer sume complete, pantang boring, office, office, office :P
kami semua berkumpul di office, kesemuanya ada lebih kurang 10orang termasuk aku sendiri, di luar tingkap, ratusan motosikal kapcai preengg sana preengg sini, bingit, ahh, inilah erti kemerdekaan bagi mereka, dahulunya Melayu mati di medan peperangan, sekarang Melayu mati digelek lori, itulah dia anak-anak muda kita yang tidak faham apa itu merdeka, sayu aku dengar bebelan rakan-rakanku mengenai mat-mat rempit di luar sana, jauh di lubuk hatiku, aku pasti kami semua boleh mengubah semuanya, kaum melayu pasti dihormati, dijulang tinggi,masanya kan tiba insyallah.


31 Ogos 2010 11.00pm:Bergerak

Rakan kami Fazrul a.k.a Giro mendapat invitation bagi menyambut detik kemerdekaan, yeah~ ini yang kami semua nantikan, ahaa, anggapan kami, pasti kami menyambut detik Merdeka dengan konsert or kiraan detik merdeka, dalam paleotak masing-masing semua ingat pasti sesuatu yg happening menanti kami di sana. best gila, excited, semuanya sudah tersedia di bawah, 2 biji kereta, kesemua rakan-rakan kami bersedia menyambut ambang kemerdekaan, Kami semua akan bergerak ke Kampung Parit Ibrahim Majid,aku ape lagi, terus pecut g rumah, pakai baju bendera Malaysia n bawak sekali Jalur Gemilang, :) excited beb nak sambut merdeka. hehehe.MERDEKA!!!!. Kami semua bergerak bersama untuk menuju ke tapak kiraan detik Merdeka.Di dalam kereta, aku dah imaging macam dekat danga bay :P jauh beb melalut. hahahaa

31 Ogos 2010 11.30pm:Tiba Ke Destinasi (Masjid ,Kampung Ibrahim Majid)

urhh,nape semua budak-budak nie cangkung depan masjid ramai-ramai nie? dah macam pendatang asing aku tengok,hahaha,huh, aku terkesima, semua yang aku melalut dalam kereta tue terbang begitu sahaja di tiup bayu malam, kami semua akan menyambut detik kemerdekaan di hadapan masjid besar kampung ini, kira-kira 60 anak muda tercangkung di hadapan masjid, barisan veteran duduk di bahagian tepi, lebih 40biji motosikal tersusun di bahagaian kiri pintu masuk, ape ini semua, :P tak kisahlah, aku nak sambut gak Merdeka, hmmm, tanpa kusedari, detik Merdeka ini akan menjadi detik paling manis dalam hidupku, :) Zul ngan Amru dan geleng kepala, si Zul berkali-kali mengatakan bapanya iaitu Cikgu Maidin dah call suh dia balik, hahaha, ceh, tadi bukan main semangat, sat lagi tgk macam nie, nak balik, aku tahan dia, kita sambut Merdeka!!!. Pengacara majlis mengumumkan kiraaan detik Merdeka akan bermula, kami semua bangun n countdown, tepat jam 12.00 malam, laungan Merdeka bergema di hadapan Masjid ini, tiba-tiba, hatiku sayu, mengapa mat-mat motor yang ada di hadapan office aku sebentar tadi tiada disini? Mengapa perlu diadakan konsert2 besar di Danga Bay yang memakan kos berjuta-juta tidak ditukar seperti ini? Mengapa bulan Ramadhan yang amat mulia ini dicemari dengan semua yang melalaikan? Sedangkan anak-anak kampung yang jauh daripada hiruk pikuk bandar ini sanggup berkumpul, Golongan veteran yang sudah berdekad-dekad menyambut kemerdekaan ini sanggup berkumpul di hadapan Masjid dan melaungkan kemerdekaan,acara dimulakan dengan ucapan yang amat ringkas dan padat oleh Ketua Pemuda Kampung,Wakil Majlis Belia dan tetamu jemputan iaitu Ketua Misi Pengaman Malaysia yang kemudianya disertai dengan Majlis Qiamulail dan bacaan Yasin disudahi dengan acara yangpaling bermakna, sebuah lori disewa yang mana di belakangnya dipenuhi dengan Ahli Pasukan Kompang Kampung akan berjalan dan mengalunkan selawat disertai dengan pukulan kompang berarak pada pukul 2.30 bagi mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur, aktiviti yang sangat simple tetapi amat bermakna, keikhlasan dan kesungguhan daripada air muka semua peserta yang terlibat, membuat hatiku sayu, inilah merdeka rakan-rakan, sesuatu yang amat ringkas tapi mampu membuat kita semua terkesima, biarlah orang mengatakan aku nie kekampungan or ape pun, pada aku, inilah yang kucari selama ini, sesuatu yang amat mudah tapi akan dikenang selama-lamanya, salam merdeka daripadaku. -shafiq-


untuk lebih terperinci  : http://myluvirwanshidah.blogspot.com/2010/09/sambutan-kemerdekaan-ke-53.html