Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Thursday, February 12, 2015

Rezeki Hanya Dari Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat,

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup nikmat udara dan masih diberikan kekuatan untuk menggalas tugas sebagai seorang dai'e di bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W di atas nikmat iman dan nikmat Islam yang telah dianugerahkan usai membuka mata di bumi ini.

Pada hari ini, saya ingin merungkai persoalan berkenaan Rezeki. Rezeki merupakan satu skop yang amat luas di dalam kehidupan kita, sebelum saya memanjangkan coretan ini, saya tertarik untuk berkongsi suatu kisah yang saya baca ketika sedang melayari laman sosial Facebook seperti di bawah :-


Diceritakan, ada seorang lelaki bermimpi pada suatu malam berjumpa dengan seorang lelaki tua dan memberitahu kepadanya "engkau pergilah ke tempat ini, di bawah batu itu ada duit 100 dinar & ambillah". Lelaki itu bertanya "adakah di dalamnya ada keberkatan?" Jawab lelaki itu "tiada".. Maka dia menolak untuk mengambilnya.
Keesokkan malamnya, dia bermimpi lagi berjumpa dengan lelaki yang sama dan lelaki itu memberitahu kepadanya "engkau pergilah ke tempat ini, di bawah batu itu ada duit 50 dinar & ambillah". Lelaki itu bertanya "adakah di dalamnya ada keberkatan?" Jawab lelaki itu "tiada".. Maka dia menolak untuk mengambilnya.
Keesokkan malamnya, dia bermimpi lagi berjumpa dengan lelaki yang sama dan lelaki itu memberitahu kepadanya "engkau pergilah ke tempat ini, di bawah batu itu ada duit 10 dinar & ambillah". Lelaki itu bertanya "adakah di dalamnya ada keberkatan?" Jawab lelaki itu "tiada".. Maka dia menolak untuk mengambilnya.
Dan seterusnya dia bermimpi, lelaki tersebut menyatakan di suatu tempat ada tersembunyi duit satu dinar, dia bertanya "adakah ada keberkatan padanya?" Dijawab lelaki tersebut "ya, di dalamnya ada keberkatan"..
Keesokan harinya lelaki tersebut pergi ke tempat yang ditunjuk oleh lelaki di dalam mimpinya dan ternyata mimpi itu benar. Dia mengambil satu dinar itu dan digunakannya untuk membeli ikan. Ketika sampai di pasar dia membeli seekor ikan dan membawa pulang ke rumah. Ketika isterinya sedang menyiang ikan tersebut, dijumpai ada sebuah batu permata di dalam perut ikan itu. Terkejut dengan hal itu, si lelaki membawa batu permata tersebut ke bandar dan menjualnya.
Ternyata batu permata tersebut sangat tinggi nilainya dan ia dijual lalu dapat diguna untuk menampung kehidupan keluarganya sehingga mereka meninggal dunia.
Kisah ini diceritakan oleh guru kami Syeikh Zulfiqar Ahmad hafizahullah dan disampaikan kepada kami oleh Brother Nayeem al Bakistani.
* rezeki yg sikit tapi ada keberkatan dalamnya membawa bahagia, rezeki yg banyak tetapi tiada keberkatan adakalanya membawa duka. Amal dhuha setiap pagi boleh memurahkan rezeki serta keberkatan di dalamnya.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, saya ingin berkongsi pengalaman keajaiban yang telah saya alami dan apa yang dimaksudkan dengan keberkatan rezeki. Sebelum saya meneruskan, ingin saya tekankan tiada unsur riak yang ingin saya tampilkan, cumanya sebagai pedoman kita sebagai seorang manusia. Kita hanya insan yang lemah, segalanya telah disuratkan di sisi Allah S.W.T.

Pada permulaan tanggal 2015, tanggal  4,5,6,7,8 January 2015, saya telah terpanggil untuk menyertai aktiviti kesukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, entah bagaimana hati saya digerakkan untuk turut serta di dalam misi ini, hanya Allah yang mampu memberi jawapan, pengalaman selama 5 hari ini banyak mengajar saya sebuah erti kehidupan, saya mengembara lebih daripada 18 jam, Perjalanan menaiki Bas dari Johor ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Kelantan menguji ketahanan fizikal dan mental. Sepanjang tempoh 4 hari berada di Kelantan, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Syukur sekali lagi ke hadrat Allah kerana saya telah ditakdirkan menjadi ahli kumpulan yang dimana kebanyakan daripada anggota kumpulan merupakan tokoh-tokoh perniagaan. Sepanjang misi ini dijalankan, jelas ingin saya nyatakan, sebahagian daripada Rohani saya amat terisi,setiap pagi, kami turun berjemaah Subuh, sebelum sampai ke destinasi Banjir, bas yang kami naiki akan berhenti bagi kami solat Dhuha, pada waktu malam kami akan berkumpul dan berkongsi pengalaman sambil membanca Fadhilat Amal di dalam bentuk perbincangan, sesuatu yang amat saya rindukan hingga ke hari ini.








Usai kembali ke Johor, saya dan rakan rakan di Simpang Renggam telah dipanggil untuk bersemuka dengan Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam bagi mengadakan dialog terbuka, peluang keemasan ini tidak disia-siakan, walaupun jasad kami ada di Johor, hati kami masih tertinggal di Kelantan, selain daripada perbincangan berkenaan infrastuktur,sosiologi dan ekonomi, kami juga telah memohon jasa baik Majlis Daerah Simpang Renggam untuk menyediakan dua buah khemah di Laman Simpang Renggam bagi membolehkan kami untuk mengumpul barang-barang keperluan untuk di hantar ke Kelantan, cadangan kami disambut baik oleh pihak Majlis Daerah Simpang Renggam dan pada 14 January 2015, sebuah khemah tersergam indah bagi kami menjalankan aktiviti tanpa dirancang ini.Saya percaya rancangan Allah adalah sebaik baiknya, keberkatan daripada program ini di luar jangkaan, kami telah berjaya mengetuk hati masyarakat sekitar Simpang Renggam tentang betapa sukarnya hidup masyarakat Kelantan selepas dilanda musibah banjir, biarlah gambar menjadi bukti perjalanan ini :








Kami telah berjaya mengumpulkan sumbangan daripada semua golongan masyarakat Simpang Renggam untuk disampaikan kepada mereka yang berada di Kelantan dan............


Nikmat tuhan yang mana kau nafikan!

Bulan Januari merupakan bulan yang amat padat bagi saya, saban hari berulang alik daripada Johor Bahru ke Simpang Renggam untuk melaksanakan tugas dan menjayakan program Kami Ada Untukmu Kelantan, at least dalam masa satu hari saya berulang alik 2kali bagi menjayakan program ini, saya percaya dengan janji Allah,siapa yang bantu agamaku, akan kubantu dirinya. itu janji Allah. Segala kemanisan sepanjang program ini terbayar! Cukuplah gambar dibawah menjadi bukti keagungan kuasa Allah.. Allahuakbar!





Yurp, saya berjaya membeli sebuah lot Kondominium di Medini Park, kawasan elit di Nusajaya. Terima kasih kepada Saudara Mohd Faeez Mazlan, beliau merupakan seorang guru yang banyak mengajar saya bagaimana menjana ekonomi bagi kehidupan dan segalanya amat dimudahkan,tidak pernah terlintas di dalam hati untuk memiliki asset hartanah hampir setengah million ini. Selain daripada itu, majikan saya juga telah menaikkan gaji saya pada tahun 2015 sebanyak $1200 setiap bulan dan memberi bonus sebanyak $1500+$3200 ringgit tunai kepada saya.

Cukuplah sampai sini. Permulaan yang amat gemilang bagi tahun 2015. Alhamdulillah di atas segalanya. Terima kasih kepada semua pembaca :) Sampai ketemu lagi.

Feel tak?

1 comments:

Anonymous said...

♡ Nikmat Allah Tak Terkira .. Moga Dipermurahkan lagi rezeki saudara ...
Good entri .. ♡