Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Saturday, November 27, 2010

Coretan Hati

Assalamualaikum, okey, entry kali nie, entry serius, nak layan, baca dari mula sampai habis erkh :)

Kadang-kadang, time aku duduk sendirian,rasa sunyi datang menikam kalbu, entahlah mengapa,semakin lama, umur aku semakin meningkat naik, hari yang lepas, aku still teringat-ingat ketika aku darjah satu, main tolak-tolak dengan kawan aku, acah galah,baling selipar,beli tikam sama-sama, sedar-sedar sekarang, umur aku dah masuk 22,lagi 2-3 bulan masuk 23, aku dah dewasa, pelbagai jenis orang aku dah jumpa, pelbagai jenis kerja aku dah kerja,pelbagai jenis kawan aku dah berkawan,

entahlah, kita as manusia takkan pernah puas dengan kita ada, cuba renungkan.


-berapa ramai kawan yang ada di sekeliling kita?
-berapa ramai yang mencemburui apa yang kita ada?
-sampai mane tahap ability diri kita?
-apa yang kita dah sumbangkan kepada negara,keluarga n agama kia?


dalam usia aku sekarang nie,

-masyarakat Sparta dah jadik pegawai perang
-Sultan Muhammad Al-Fateh dah menakluk Asia Barat
-Hassan Al-Banna dah menuntut dengan ratusan guru
-Laksamana I-Ching dah mengelilingi dunia

apa yang aku dah buat dalam lingkungan usia ini? nothing, teruknya rasa kalau nak comparekan dengan apa yang aku ada sekarang. haish, kalau nak kawin?

-mampukah aku jadik ketua keluarga yang akan membimbing sebuah
institusi yang bahagia?
-bagi kehidupan keluarga aku lebih bermakna?
-menjadi contoh tauladan seperti Luqman Al-Hakim kepada anak-anakku?
-membimbing dan mencorakkan anak-anak dengan warna-warni agama Islam

isteri aku? apa yang aku harapkan tak besar mana pun..

-dapat memahami diri aku yang amat-amat fleksibel
-memberi kepercayaan yang tak berbelah bagi kepada aku.
-sentiasa ada dengan aku even aku dah dihujung nyawa
-melahirkan anak-anak yang berguna untuk nusa bangsa.

Aku xmengharapkan ape, cukuplah, aku dah terlalu puas enjoy,masa sentiasa berjalan,
aku nak kejar balik apa yang aku dah tertinggal selama nie, aku nak berumah tangga,
aku nak hidup aku diredhai tuhan, come on man, smpai bila nak tgk org berjaya kita still kat tampuk lama, Allah dah bukakan pintu rezeki kita, cumanya, pandai atau tak pandai mencari keredhaan, rajin atau malas menghadapi dunia seharian,setiap manusia pasti ada kelebihan masing-masing, semoga hidupku mendapat rahmat daripadanya. Wallahualam

Feel tak?

0 comments: