Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Friday, December 19, 2008

New Soul

Kehidupan adalah satu perjuangan, yang kuat akan ke hadapan, yang lemah akan ditinggalkan. Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas.Terlalu kompleks untuk ku fahami. Secebis ayat yang dulu padaku adalah ayat yang tidak berguna, padaku semua manusia sama, tidak ada bezanya, tidak ada yang kuat, tidak ada yang lemah.Pada diriku semuanya sama!!.. Tetapi.. aku tersilap.. aku tersilap..Betul. yang kuat akan kehadapan, yang lemah akan kebelakang. Kita adalah pejuang dalam mengharungi sebuah peperangan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlalu lama rasanya aku tidak mengirim sebarang coretan baru di dalam blog ini.. Pelbagai perisitiwa suka dan duka telah ku lalui sepanjang tahun 2007-2008,terlalu banyak untuk di ceritakan.. Hilai tawa, titisan air mata sering menemaniku sepanjang mengharungi hidup, Kewujudan insan-insan baru di dalam hidupku, membina karier untuk masa depanku, cabaran dari "sampah-sampah" yang tak pernah menyenangi diriku, sokongan daripada sahabat-sahabat sejatiku yang tak pernah putus.. terima kasih.. Mereka yang menyebabkan aku masih disini dan terus kekal mengharungi kehidupan yang boleh ku klasifikasikan sebagai peperangan... Aku hampir tewas, hampir kecundang di dalam mengharungi perjalanan hidupku.. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada sahabat-sahabatku, merekalah penawar dikala duka,pengubat ketika luka, teman tertawa ketika gembira.. Terima kasih. Hidupku sekarang lebih dipenuhi cabaran, tanpa kehadiran kekasih hatiku yang telah bersama mengharungi suka dan duka. Kehilanganya di dalam hidupku telah banyak mengubah personaliti diriku. Aku tak sanggup kehilangannya, tetapi apakan daya, kuasa tuhan tiada siapa yang mampu melawan. Aku redha dengan ujianmu wahai tuhanku. Engkaulah yang lebih mengetahui.. Hari nie tanggal 11hb Disember 2008. Aku bangun lewat, pukul 8.30 pagi..Celaka Star Movie..Aku tidur malam tadi tepat pukul 6pagi.. Kehebatan deretan movie yang ditayangkan malam tadi sungguh menghiburkan.^^ Cerita yang melewati fantasi seorang manusia..Terlalu banyak jurang yang dapatku lihat di dalam movie-movie Hollywood berbanding movie Melayu yang boleh diibaratkan sebagai "sampah".Industri perfileman Melayu sungguh lembab.. Tidak tahu di mana silapnya, Melayu tetap Me "layu".. Pengarah-pengarah muda wujud dengan idea-idea yang terlalu humoristik.. Kelakar..Aku kecewa dengan industri-industri yang dijalankan oleh kaumku.. Tidak ada perubahan.. Yang kaya akan kaya(kalau x jatuh bankrup coz berjudi),yang miskin akan terus miskin(kalau tiada anak-anak yang diibaratkan bintang yang berkerlipan yang mampu mengubah masa depan keluarga). Pergaduhan merebut tanah, iri hati, busuk hati, dendam.. Ahh,, semuanya Melayu.. Kenapa??? Kaumku dipijak, dihina. Siapa yang ingin membela?? Hurm. pe aku melalut nie.. jauh dah dari tajuk asal. ^^.
Aku nak cerita nie,hish, dengarlah, hehe.. pagi tadi aku dan juga 3sahabatku baru jerk g memancing..rasanya terlalu lama aku x mancing.. dari pukul 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. urm, seronok sangat-sangat.. Aku rasa tenang bila duduk sendirian, memegang joran yang tak dimakan-makan umpannya. bongok btol ikan kat tasik Macap nie..tah nape xnak makan. Geram.Ribuan ikan dalam tasik nie, satu pun xnak makan umpan dedak bercampur roti disalut tepung yang aku gumpalkan di hujung matakailku, anyway, aku xmengharap sgt pun ikan makan, tujuan utama aku datang, juz nak rehatkan badan n tenangkan fikiran aku, semenjak dua menjak nie, aku terlalu tertekan, jiwaku runsing, berbagai-bagai masalah membelenggu hidupku, kita sebagai manusia x mungkin dapat lari dari masalah, aku gagahi diriku mengatasi masalah yang mencurah-curah datang ke dalam hidupku, angin bayu menghembus lembut ke arahku, wah, sungguh tenang rasanya melihat panaroma yang cukup indah ciptaan tuhan, fikiran ku bagaikan dibuai-buai, nyaman. Hurm, tgh seronok-seronok aku menikmati pemandangan yang indah, hatiku tiba-tiba teringat dia, hatiku sayu, Memori-memori sepanjang tiga tahun aku bersamanya kembali berlegar-legar dalam benak fantasiku, aku tak tau, mengapa aku still dapat berdiri, aku xpasti, setitik air mataku menitis diikuti dengan sedu sedan, ah, aku xkuat, mengapa aku jadik macam nie, aku seorang lelaki, lelaki ada ego dan kami akan mempertahankan ego kami, itulah lelaki, rakanku yang 2orang dihujung sebelah sana tidak sedar perilaku ku, mybe coz aku pakai topi, so xbrapa perasan kot. Aku xboleh kalah, aku lah Juara, akulah pemenang, ah, egoku kembali semula. huhu, aku berjanji kepada diriku, tidak akan ada gadis yang boleh mendampingi diriku melainkan dia,tiada, tiada siapa yang mengenali aku lebih dari dia, tiada siapa, dia sahaja, hanya dia.. aku janji... hanya dia..
" Abg, tolong slalu sedarkan Ayg, klu Msg2 dgn abg, abg rase Ayg leka, Abg ingatkan Ayg target Ayg tau.. Ayg nak dapatkan tajaan, nak g oversea dgn abg, nak kawin n bina family yang diredhai, nak sumbang sesuatu dlm masyarakat,untuk Islam" pesanan ringkas yang diterima olehku, hatiku sayu, cita-cita dia tinggi, seorang gadis yang xpandai mengalah, xtau erti kekalahan, seorang gadis yang cukup sempurna, bukan sahaja pada paras rupa, hati yang cukup tulus di dalam penyampaian, itulah dia, seorang yang berwajah polos tetapi mempunyai hati yang tulus murni, ah, aku terlalu merindui dirinya, xmungkin sekali aku lupakan dirinya, jiwaku meronta untuk bersamanya, tetapi itu semua xmungkin berlaku dalam waktu terdekat nie, aku pasrah.... Ya Allah ya tuhanku, sedarkan ku dari lamunan panjangku, tunjukan aku jalan yang diredhaimu, jauhkan aku dari bencanamu, jauhkan diriku dari api nerakamu, sesungguhnya hanya kau yang maha mendengar, yang maha mengasihi... Tuhanku....

Feel tak?

0 comments: