Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, December 24, 2008

2009 yang akan menjelma..

Nampaknya tahun 2008 sudah hampir sampai ke penghujung, Bagaimana nasibku pada tahun akan datang? Adakah segala impian yang hanya kucoretkan di atas sekeping kertas berjaya dicapai? Siapakah lagi yang akan menemaniku sepanjang perjalanan tahun 2009? Semuanya masih kabur, aku tidak pasti, impian yang kusemaikan terlalu tinggi, mampukah aku terus bertahan, Ku titipkan doaku di sepanjang perjalanan hidupku, tuhanku, kau berkatilah perjalanan hambamu ini Ya Allah, berikan aku kekuatan mengharungi hari-hari yang amat mencabar bersama redha mu.
Hari ini, tanggal 24/12/2008, hari-hari terakhir sebelum terhapusnya tahun 2008 di dalam hidupku, entah mengapa, sayu hati ini bila mengingati segala yang aku lalui sepanjang 2008, tahun yang pada kiraku membawa titik perubahan di dalam hidupku, Entah mengapa, tiba-tiba aku merindui masakan ibuku, suara ibuku, kawan-kawan lamaku yang telah berjaya, yang masih menuntut ilmu, semuanya seperti bermain-main di benak fikiranku, aku perlukan perubahan, aku perlukan anjakan paradigma, aku ingin berjaya, aku ingin kebahagian berada di dunia ini,
Aku lelaki, aku lah pemimpin, suatu hari nanti sudah pasti aku akan menjadi Ketua Keluarga, memimpin sebuah Keluarga, mampukah aku untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, aku bukan lelaki yang baik, tetapi aku mencuba yang terbaik dalam mengharungi hidupku, ah, hard to explain, aku terlalu abstrak, tidak ramai yang dapat mengenali diriku dengan baik malahan diriku sendiri kadang-kadang seperti tidak sedar siapa aku, Split Personality? gampangan, tidak, aku tidak ada masalah seperti itu, aku adalah aku, aku adalah Shafiq, smpai mati aku adalah Shafiq, seorang egois,seorang yang tidak suka diarah, seorang yang membuat kerja tanpa memikirkan pandangan orang lain, yah, itu aku, seorang yang lahir pada 13.09.88.. Kajian metafizik banyak menghuraikan personaliti aku, Entah betul entah tidak, aku tidak pasti, Albert Einstein telah menghabiskan detik-detik di dalam hidupnya untuk kajian ini, tapi sikit pun aku tak percaya, semuanya seperti ramalan, ramalan yang ku anggap "sampah",hahaha,keras kepala kan aku nie, semua orang aku blame, diorang xd wat hal ngan aku pun, aku boleh xsuka. ^^.Itulah aku.
Wah, terlalu lama rasanya aku tak memegang buah catur, Since sekolah rendah,lama kan.. Akhir sekali aku masuk pertandingan pada tingkatan tiga, ketika itu aku bersekolah di SMKA Segamat, Di dalam kejohanan catur peringkat daerah Segamat bawah 15tahun, Alhamdulillah aku berjaya menjadi Johan seluruh daerah Segamat, sememangnya aku mempunyai bakat di dalam permainan ini, itu kenyataan, satu statement yang boleh ku klasifikasikan sebagai takbur, ^^. hehe, Aku terpilih memasuki peringkat Negeri, tapi apakan daya, time tue trial form 3,aku terpaksa reject,sedih,akuxleh lupa time aku main catur, mentang-mentang aku wakil dari Sekolah AGAMA, malu lah time tue kononnya nak lawan ngan gadis-gadis dari sekolah lain, yeah, sepanjang tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, rasanya boleh dikira mengunakan jari berapa ramai perempuan yang aku tegur, malu, entah mengapa tah, so, berbalik ketika Pertandingan Catur, time kat dewan sebelum Pertandingan bermula, ada gadis dari Sekolah Menengah Tenang tak silap aku, dia mempelawa aku berlawan suka-suka dengan dia, menggigil beb pegang deretan buah catur, huhuhuhu, sepanjang permainan aku xangkat muka tgk muka dia, gabra, ahahaha.. kelakar bila dikenang balik.. Zaman kanak-kanak lah katakan.. hehehe. best kalau diingat balik, semuanya macam terlalu sekejap, aku rindu zaman sekolah, banyak sgt peristiwa yang berlaku, next post, aku nak ceritakan zaman peralihan sekolah from Sekolah Asrama ke Sekolah Harian, lagi best, tunggu yerk, korang mesti teruja baca coz sume post aku nie, benda yang betul-betul berlaku dalam hidupku, korang mesti x sabarkan. Banyak lagi nie aku nak cite, tapi mata aku dah cam terlelap-lelap lah pulak, huhu.. next post kita jumpa lagi k..tq coz sudi membuang masa menatap blog aku. tq.. As'kum. -shafiq-

Feel tak?

3 comments:

Anonymous said...

Dear Author shafiqothaman.blogspot.com !
I congratulate, the remarkable message

Anonymous said...

I want to quote your post in my blog. It can?
And you et an account on Twitter?

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

of coz..who r u?
no problem :)