Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Wednesday, January 27, 2010

Inilah hidupku

Yeah, start today, everyday aku nak pos banyak2 kat blog aku nie, aku nak bagi anak2 aku tau kisah suka duka perjalanan kehidupan ayah diorang :) how to survive ur life wif nothing?, i'll wrote everything here, hurm, Today aku nak cite tentang satu topik yg jarang n xpernah aku sentuh selama nie,ibu, ibu ku, aku nak cite tentang ibu aku, seorang wanita yg aku sanjung,yg aku banggai,yg aku sayangi dan yg paling penting,paling ku rindui, Perit hidup tanpa belaian seorang ibu, Zalaha@Zaleha bt. Sahar,jOM. Hayati...

1992 - Ketika ini aku berumur 5 tahun,adik aku ada sorang jerk,Angah,Angah berumur 2tahun, hehehehe, aku selalu menyakat adik aku, ari2 kene kacau jerk, yelah,maklumlah angah adik aku yg 1st, ketika ini aku dan keluargaku tinggal di Taman Simpang Renggam, sebuah kawasan taman yg sedang membangun, jiranku merupakan seorang polis,anak ramai, ahaha, Helmi Hamidon,Hafiz Mahmud,Azwa Md Lazim, antara nama-nama yg berjaya aku ingati, kawan-kawanku ketika usia kanak-kanakku, Kitaorang selalu main beskal roda tiga sama2, aku still ingat lagi, ibu selalu menakutkan aku dengan seorang "aci" india yg agak berumur, setiap pagi dia akan berjalan kaki, ibu selalu mengatakan aci ini suka makan orang coz mulutnya berdarah(padahal dia kunyah sirih)setiap kali aku nampak aci, aku akan berlari masuk ke rumah:p itu cerita aci,nie tok mudim lak, ada seorang pakcik, pakcik midon aku panggil, ayah selalu berkata kepadaku yg pakcik nie tok mudim, huhhh, tiap kali nampak or berselisih dengan Pakcik Midon, aku wajib lari smbil tekup2, menangis2, hahaaha, takut kene sunat, cess,bila aku da boleh fikir betul,sebenarnya dia bukan tok mudim, rupanya dia merupakan staff di Sekolah, mana ada tok mudim, kene tipu jerk aku nie kecik2 , ibu tertawa riang, aku still boleh dengar suara ibu, aku selalu kene bantai dgn ibu, ibu merupakan seorang ibu yg tegas, saudara-saudara,sahabat-sahabat aku semuanya mengetahui bagaimananya ketegasan ibuku di dalam mendidik, disebabkan ketegasan ibu yg mendidik, ibu pergi meninggalkan kami :(, Allah Maha Besar, aku pernah kene bantai dgn ibu coz kacau angah, kene bantai dgn rotan besar, aku ada gambarnya, hahaha, nanti esok aku upload, ehehhee, meraung2, time tue ayah aku kat dapur ketawa, sakit kene sebat, tapi benda tue yg aku rindui hingga saat ini, Ayah aku setiap pagi akan pergi ke sekolah dengan menaiki moto buruk yg menjadi aset keluarga kami selama nie, hahaha, moto Yamaha Yb, warna hijau pada mulanya, tapi skang dah bikin n bertukar kaler biru, cantik :) keluarga kami bukan dari keluarga berada, tapi hidup kami penuh dengan kasih sayang, duit,harta dan kebendaan tidak menjadi penghalang bagi ayah dan ibu melayari bahtera rumah tangga, seumur hidup aku, aku xpernah melihat ibu dan ayah bergaduh teruk, mereka teladan yg terlalu baik sebagai pasangan suami isteri,semua masalah diselesaikan bersama, tiada rahsia, tiada pertikaian, bohong kalau tiada pergaduhan, paling lama pun kurang daripada 1jam, kami terlalu bahagia, ketika umurku 5tahun, aku sudah boleh membaca dengan baik di atas asuhan ibuku, lebam2 tangan n badan kene bantai coz tak tau mengeja, aku perlu dipaksa bagi mendapatkan yg terbaik, terima kasih ibu.Aku berjaya membaca dengan baiknya ketika aku berumur 5tahun, lancar, confident.hah, nie lagi satu,pernah dulu dalam tiwi, keluar iklan a&w, kalau xsilap aku, iklan hamburger n root beer, aku dipimpin ayah,ibu mengendong angah,kami menaiki bas pergi ke Bandar Kluang, ayah bawa kami ke Restoran A&W,kami makan sama2,makan hamburger,sedap gila, aku amek topeng bear tue, hihihih, best sgt, ayah bawak botol 5 liter n tapaw rootbeer bawak balik umah, dalam bas aku mintak jerk air tue,jakun, xpernah jumpa,hihihi,rindunyaa.. hurmm.. dah start meleleh dah nie. :p hati tisu senanya aku nie, ahahaa. Its about ur mother, u should write everything, everything.

1993 - Kami sekeluarga berpindah ke Taman Samudera,Simpang Renggam, sebuah kawasan taman yg baru dibuka, kami diantara penduduk yang menjadi penghuni sulung kawasan ini, Amat strategik, kawasan taman ini berdekatan dengan semua kemudahan awam, sekolah,Balai Polis,Pejabat Pos,Pekan Simpang Renggam,Sungai Berumbung, betul2 di tengah2 kawasan Simpang Renggam, Ketika ini, umurku 6tahun, ibu menumpangkan aku di dalam kelas Darjah Satu, aku xpernah masuk tadika, tatkala aku berumur 6tahun, aku menumpang di dalam kelas darjah satu, Satu Anggerik, Cikgu Haslina yg menjadi guru kelasku, bestnya dapat kawan-kawan baru, aku pandai mengeja,pandai mengira, tapi aku kantol hari 1st sekolah, hahaha, "Murid-murid- tulis nama kamu semua di atas kertas,nama kamu beserta ayah kamu" Cikgu Haslina memberi arahan, aku menelan air liur, memang aku pandai menulis, pandai mengeja, tapi sape nama penuh aku? nama ayah? aduhaiii,, aku tak tau, cam mane aku nak tulis, =.=', korang tau aku tulis ape,hahaha. Along Bin Man Janggut,....kawan2 ayah selalu panggil ayah man janggut, mybe tue kot nama ayah, hahahahaha, Cikgu Haslina merupakan sahabat baik ibu, pabila dia melihat kertas aku, dia ketawa, aku ingat betul, aku ikut ketawa, ya allah, kalau lah aku tau, malunya,, seb bek budak2 lagi time tue :p.Rutin aku ketika darjah satu, hihi, setiap hari sebelum ke sekolah, ibu akan memandikan aku, memakaikan baju,menyikat rambut, menyapu bedak. Semua sekali, kami pergi ke sekolah bersama, setiap hari ibu akan menyium pipiku, setiap pagi ada lipstik ibu melekat di pipiku, aku still masih ingat semuanya, terpahat di dalam memoriku, untuk selamanya.Ibu merupakan isteri dan ibu yg terbaik, tiada siapa dapat menandingi. :(...Setiap kali pulang dari sekolah, ibu akan terus memasak, aku suka sgt masakan ibu,tomyam,asam pedas,ikan keli pecal, lama sangat aku tak rasa, ibu akan aku untuk membaca buku sesudah sekolah, tepat pukul 9, aku akan diarahkan tidur, jadual yg ditetapkan ibu bagi mendisplinkan anak-anaknya, Ketika ini aku dah ada 2orang adik, Aku,Angah n Epi.Aku terlalu rindu dengan semua kenangan-kenangan nie, nape tah. hurmph..


oit.. aku dah penat lah naip. esok lah ea aku smbung, aku upload pic aku yg time tahun nie, comel2. hehehee. :) wait yeah. esok aku smbung lak tahun 1995-1996. everything in my mind, i got a brilliant brain. i'll write it. wait n c :)

Feel tak?

2 comments:

Anonymous said...

salam..

kenangan itu indah.. as a reminder, appreciate everybody u love before its too late to do so..

wallahuallam..

Anonymous said...

humbuger tu bkn daging babi ke.