Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Pengembaraan sudah bermula

Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini

Sunyiku tuhan sahaja tahu

Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan

Buat sehingga berjaya

Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan

Manisnya sebuah kejayaan

Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan

Kebahagian dunia dan akhirat

Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam

Monday, August 13, 2012

Perjalanan Hidup Ini

                    Salamunailaikum, setiap orang mempunyai impian, impian merupakan salah satu faktor untuk kita mengapai cita-cita yang tinggi mengunung, kadangkala apabila terkenangkan perjalanan hidup ini, hati bagai digeletik, betapa besarnya kuasa sang pencipta,tidak pernah terlintas di hati ini, aku mampu sampai ke tahap ini, satu tahap yang mampu untuk membanggakan keluargaku, inspirasi kepada rakan-rakanku, harapan untuk mereka yang masih mencari hala tuju di luar sana, coretan ini bertintatakan air mata, suka duka, hilai tawa, sedu sedan, maka terciptalah sebuah melodi kehidupan.. semoga kebahagian abadi bertandang pasti..

                 Kehidupan merupakan anugerah yang dikurniakan daripada Allah kepada kita, setiap insan bernyawa pasti melalui detik kehidupan.Hidupku penuh dengan warna warni, aku bersyukur dengannya di atas segala yang telah ku kecapi.Satu masa dahulu, aku sama seperti remaja lain, hidupku di cybercafe, sehari almost 18jam menghabiskan masa di hadapan screen komputer, tiada hala tuju, tiada masa depan, muzik merupakan hiburanku, rokok perisa hidupku, wang ringgit entah daripada mana sumbernya, hidupku hitam, Tatkala insan lain sibuk berkerja, aku di rumah berselebung selimut.Ketika insan lain lena di ulit mimpi, aku bermaharajalela di setiap pelosok jalanan, hidup ini tiada erti, kiblat entah ke mana, pandangan masyarakat terhadapku kosong, namun di sebalik semua ini, tiada siapa tahu bahawa hati ini mengimpikan sesuatu yang tinggi melangit, aku mempunyai impian, cumanya aku tidak pasti bagaimana untuk menggapai impian yang telah ditanam sejak dari dahulunya..

                 November  2010, tarikh ini merupakan detik keramat bagiku, sahabat karibku selama ini ditawarkan untuk menganggotai barisan hadapan pertahanan negara, hatiku tersentap, dulunya kami kesana kemari bersama, makan minum sepinggan, susah senang bersama, kini dia pergi untuk mencapai impian yang sudah pasti, pemergian beliau menyedarkan aku, membangunkan aku daripada tidur yang panjang, lantas, satu langkah berani mati diambilku, langkah yang masih tidak pasti, segala harta yang ada pada diriku ku gadaikan, dalam masa seminggu aku merancang sesuatu yang pasti akan merubah diriku untuk selamanya, impianku yang telah lama diselebungi sepi, kini mulaku gilapi. Ramai memandang sinis langkah ini, tetapi aku pasti, tuhan ada disisi..

                Januari 2011, berbekalkan sedikit wang ringgit, aku mengorak langkah ke Kuala Lumpur, beralaskan lengan ku lelapkan mata selama 7hari di pinggir KL Central, mandi di tandas, makan meggi di 7 Eleven.Aku mula mencari pekerjaan dan bilik untuk disewa, mulanya sukar kerana semuanya ku lakukan sendiri, tetapi pabila terkenangkan sorotan mata ayah ketika mengiringiku pergi, aku tahu ada cahaya di hujung sana, Alhamdulillah, aku lepas interview untuk menjadi Promoter di KLIA Express(thanks En.Khairul), dengan permulaan gaji yang hanya cuma RM400, ku terima dengan hati terbuka, rezeki tuhan ada di mana-mana, aku mendapat bilik kecil di Desa Tasik dengan harga RM200, maka bermulalah langkahku di Kuala Lumpur, hari berganti hari hinggakan tidak ku sedari sudah memasuki bulan ke tiga kehidupanku di Kuala Lumpur..  Dengan rekod yang agak baik, aku ditawarkan ke fasa seterusnya untuk menjadi seorang Ticketing Officer, berita baik ini ku sambut dengan air mata, Ya Allah, mudahnya jalan yang telah kau lakarkan, bulan berganti bulan, pendapatanku semakin hari semakin bertambah baik. Sesungguhnya perjalanan ini sedang bermula...

                September 2011. Bachelor in Business Management with Honour, Open University Malaysia Subhanallah, aku tidak percaya secepat ini aku mampu mengumpulkan wang untuk menyambung pengajian tinggiku, pertama kali mendaftar, tangan ini mengigil, ayah tergamam, ayah terkesima, sungguh, semuanya ini untuk ayahku, bukan untuk diriku, untuk adik-adik ku, aku merupakan anak sulung, tanggungjawab di bahu ini berat, Nada suara ayah sayu, langkahku semakin pantas ku hayunkan, ya, ini untuk ayah, Along nak ayah datang di PWTC tengok Along ambil segulung 1st class degree, nak ayah simpan gambar along dalam rumah utnuk tunjukkan kepada kawan-kawan ayah, anak ayah jadi orang berguna, Ayah mendidik Along penuh dengan kasih sayang, ini harga yang mampu Along bayar..

             Ogos 2012 Semester 5 Tahun Pertama 3.25 CGPA


Dan sekarang.. MBA di Harvard merupakan impianku, impian yang masih kelam, tetapi ini yang ku impikan.. usaha merupakan tangga untuk kita berjaya. yakinlah rakan-rakan. ada jalan di luar sana. tukar mind set anda, anda pasti berjaya :) sebenarnya dah penat nak tulis. kihkihkih..  nie gambar aku ngan ayah baru baru ini. I love u Dad...








Wednesday, July 18, 2012

Salam, aku rasa letih sangat semenjak dua menjak nie, macam-macam perkara berlaku dalam hidupku, dahlah dah nak raya, nak kene kumpul ribuan ringgit untuk bayar yuran pengajian sem depan, nak celebrate raya lagi, nak beli kan baju adik-adik, bagi duit raya kat ayah, beli tiwi baru letak kat umah, ya allah, banyaknya nak kene buat. huhuhu, tapi aku bersyukur sangat dengan tuhan coz kurniakan aku akal. Usaha yang gigih, insyallah akan membuahkan hasil.

Semalam ketika aku bertugas, ada seorang mat salleh dari denmark, dia lehh tanye nape ramai  yg dok kat Malaysia nie lack of respect, hehehe, maybe sebab dia bengang dengan pihak imagresen klia yang layan dia when he reach at the gate, so, aku explain lah sebenarnya dah memang tue tugas diorang, diorang pressure agaknya coz handle with a lot type of people, huhh, nape aku rasa english aku makin lame makin poor ek bila cakap dgn org? xfaham aku.. anyway, 28.29.30 Julai, ada peperiksaan besar menanti aku di hadapan, doakan yg terbaik untukku.. doakan pintu hati ku dibuka, doakan pintu rezeki ku terbuka, doakan hatiku senang menerima ilmu, doakan aku menjadi insan yang berjaya, doakan semua! sampai sini sahaja, beta mengundur diri, wassalamah..

Tuesday, July 17, 2012

Permulaan dunia perniagaan

Alhamdulillah, tak lama lagi menjelmalah bulan Ramadahan, huh, pantas sungguh masa berlalu, diam tak diam, aku dah masuk semester ke empat pengajian PJJ program Bachelor aku, tak terasa detik yang sentiasa berlalu. Actually, tak ada ape sangat aku nak share in this post, macam biasalah, bangun pagi, keje, balik keje , baca buku. tido balik bangun balik pastu, tue lah rutin harian aku, Hidup kita nie penuh dengan warna warni, nikmatilah selagi hayat di kandung badan..

Hahh, lagi satu, akhir-akhir nie, pelbagai business aku buat, hahaha, tak tau nape, tapi macam best plak, kengkawan keliling aku ramai yang support apa yang aku buat, Thanks Guys, u r very helpfull, without all of you, mustahil business aku akan berjalan, yelah, 90% rezeki datang dari perniagaan kan, so, kat cnie aku nak share, template advertise yang aku wat untuk tatapan sume, jeng jeng jeng.

The golden rule for every business man is this: “Put yourself in your customer’s place. – Orison Swett Marden

Saturday, July 7, 2012

Punctuality

Salamunalaikum, sejak akhir akhir nie, aku tak tau, kenapa performance aku merundum jatuh, haish, orang office keliling mulut dah start berbunyi, tension~ even aku tido awal pun, tetap bangun lambat, biasanya setiap pagi aku akan bangun se awal pukul 4 pagi, tapi semenjak dua menjak nie, kol 6 baru tersedar dari tido, Shafiq, please changed yourself! I miss the old of you. Gratious!! Aku akan pastikan 3rd quarter for company achievement aku akan dapat. Ape nak jadi, jadilah! Chow~

Saturday, May 12, 2012

Rentetan Hari Ibu

Bayu menyanyi menerobosi kesunyian malam, aku duduk termanggu mengenangkan peristiwa lama,kenangan lalu yang masih terpahat di hati, wajah itu perlahan lahan muncul di dalam anganku, oh tuhan, sungguh ku rindukan belaian dan kasih sayangmu, lama sudah kita terpisah, manakan mungkin ku lupakan kau ibuku, bertintakan air mata ku ukir sebuah nukilan hati yang tak mungkin hilang dari lubuk sanubari, semuanya untukmu ibuku..
********************************************************************************
Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 petang, kakiku melingas ingin melangkah keluar daripada ruang rumah untuk bermain layang-layang bersama temanku, “ko nak pergi mana? Ko tak nampak jam baru pukul berapa!!?” tajam suaranya sambil menjeling sinis ke arahku.. ah, hampa! Rupa-rupanya pergerakanku sedang diperhatikan olehnya, ku usap layang-layang yang dibelikan ayah, hatiku meronta, aku teringin terbangkan layang-layang ini nun jauh di atas sana, mana mungkin terjadi jikalau kakiku dirantai di dalam ini, otak geligaku pantas mencari solusi untuk keluar segera daripada rumah, berputar dan terus berputar…hampa..”ibu tak sayang Along, kawan sebelah mak dia tak pernah pun nak marah-marah keluar pukul berapa pun, orang nak main pun tak boleh!” protesku dalam sepi.. angan layang-layangku terbang ditiup hembusan angin..

Kedua-Dua Ibu Jari Kakinya Diikat Perca Kain Putih

Ketegasan ibu sering menjadi kegusaran hati, siapa yang tidak kenal dengan ibu, seorang pendidik yang sangat tegas di dalam mendidik anak bangsa, pabila marah, suaranya umpama ngauman singa, pabila tersenyum indahnya seperti bulan penuh di malam hari, kami empat beradik sangat takut dengan ibu, baginya, jikalau seorang daripada kami membuat kesilapan, semua mendapat habuan, tidak adil. Sakit…
Birat di badan sudah menjadi makanan, lagi-lagi anaknya yang antagonis ini, sudah biasa bagiku menerima sebatan dan libasan tali pinggang, sudah penat aku berlari-lari bagi mengelakan diri dari dibedal ibu,keperibadian ibu amat berbeza dengan ayah yang lembut serba serbinya, Setiap seorang daripada kami diberikan tanggungjawab harian yang perlu disempurnakan, contohnya tugasan bagiku, semenjak kecil,setiap malam aku wajib menyalakan ubat nyamuk Fumakkila sebanyak 3kepingan di dalam rumah, menyapu sampah tepat pukul 9pagi, menyiapkan kerja-kerja sekolah setiap malam walaupun sudah siap. (tak tau aku siapkan ape lagi). “pergilah suruh angah, dia bukan buat apa pun,Along jer kene buat semua nie hari-hari,entah apa-apa” monologku sendirian. Ibu hanya tersenyum manis di depan timbunan kain yang sedang dilipatnya tatkala melihatku terkinja-kinja meleraikan kepingan ubat nyamuk, hatiku berbulu.

Deretan kereta memenuhi setiap pelusuk laman rumah.

Aku leka memakan tomyam yang disediakan ibu,usai sahaja pulang dari sekolah,lauk pauk sudah menantiku di rumah, tanggungjawab yang dipikul oleh ibu tidak pernah diabaikan walaupun sesibuk mana ibu bekerja,Sedang ku lahap meratah ayam tiba-tiba,“Along,petang nanti ikut ibu pergi kedai baju, ibu nak tempah baju melayu untuk Along”, ujar ibu tenang, “Hah? Rasanya raya dah lama lepas, mengapa nak tempah baju melayu? Ibu nak tempah baju melayu nak suruh standby raya tahun depan ke? Colour ape bu? Seluar dia ada kocek tak? Nanti ajak angah,epi ngan ami sekali kan? Along nak baju Melayu yang macam kungfu malam tadi kat TV2 tue tau”petahku berbicara, “Ko ikut jelah, nak buat baju pun susah!” jerkah ibu, ok, fine, aku diam. Baju melayu pun baju melayulah. Ku hirup perlahan tomyam air tangan ibuku perlahan. Nyum Nyum..
2bulan kemudian.
“Beliau telah mengharumkan nama sekolah bagi pertandingan catur di peringkat kebangsaan, menjadi johan bagi pertandingan bercerita peringkat negeri, mewakili sekolah di dalam pasukan bola sepak peringkat daerah, menjadi Pengerusi Kelab Bahasa Melayu, Pengerusi Kelab Catur dan Ajk Tertinggi Badan Pengawas, walaupun berbadan kecil, bakat yang dimilikinya cukup besar, dengan ini saya mempersilakan Ahmad Shafiq Othaman untuk menerima Anugerah Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam tahun 2000 di atas jasa yang telah disumbangkan kepada sekolah!”  wajah polosku tergamam! Patutlah ibu beria ia menyuruhku memakai baju melayu yang ditempahnya dahulu, gemuruh tepukan bergema di dalam dewan, dari jauh ku lihat ibu menyeka air mata, bangga melihat pencapaian anak yang sering dilibas dan dibedalnya. Jiwa kecilku gembira kerana mendapat Piala kerana bagiku ketika itu, Piala lebih penting, sungguh tidak matang!

Haruman Kasturi dan Kapur Barus Menusuk Hidung.

“Ibu! Along dapat sambung belajar masuk asrama!, lepas nie Along dah tak pasang ubat nyamuk lagi, Along dah tak kene libas lagi, Along dah besar! Hehehehe! Padan muka ibu tak dapat kejar Along lagi” ujahku kepada ibu sinis, Padaku, selepas ini aku bebas untuk main layang-layang, bebas untuk keluar pada bila bila masa, bebas untuk beli apa-apa sahaja, oh sungguh indahnya, tanpaku sedari titik hitam bermula seawal ku menapak keluar daripada pintu rumah. Aku tidak cukup bersedia untuk berjauhan dengan limpahan kasih sayang libasan ibu, aku tidak cukup bersedia meninggalkan tugasan harianku, aku tidak cukup bersedia untuk berlari-lari dari dibedal ibu, sepi.. bermulalah detik di mana ku rindukan belaian seorang ibu.
Kehidupan di asrama mengajarku erti berdikari, tiada lagi baju yang boleh dicampak-campak sesuka hati, tiada lagi kereta menjadi pengangkutanku pergi dan balik sekolah, tiada lagi kerja rumah yang ingin disiapkan walaupun sudah siap, diriku berubah bertemankan rakan-rakanku , nun jauh di sana ibu mengharapkan kepulanganku menjadi anak yang boleh dibanggakan dan menjadi contoh untuk adik-adikku, tetapi aku semakin lama semakin jauh dari landasan yang sudah diatur ibu, bodoh sungguh aku ketika ini, di sini aku mula mengenal rokok, di sini aku mula mengenali ketandusan dunia luar, di sini aku mencari erti menjadi seorang dewasa sedangkan masanya bukan sekarang. Anak yang dulunya berbakat mula tenggelam di dalam mengharungi arus kehidupan…… 3tahun yang menjengkelkan..

Mendung pagi mengiringi kesuraman hati,lantunan Yasin bergema sayu

“Ibu, tadi kawan satu bilik dengan Along family dia bawakan sandwich, sedap sangat Along makan tadi bu, ada inti Tuna dalam sandwich tue, siap ada mayonis dengan timun, ibu sihat? Doakan Along jawab exam tak lama lagi, kirim salam adik-adik semua yerk” gagang telefon ku letakkan lemah, aku rindu masakan ibu, sungguh, selalunya, setiap hari lauk-pauk sentiasa berubah, menu masakan penuh dengan khasiat, penuh dengan kasih sayang, berbeza lidahku, sesedap mana pun makanan yang dihidangkan, manakan mungkin mampu menandingi ibu, sorotan mataku memandang sepi hilai tawa rakanku yang sedang dilawati keluarga di hujung dataran dewan makan. Azan berkumandang memanggilku melaksanakan tanggungjawab Muslim. Langkah ku atur perlahan menuju ke surau.
“Perhatian,perhatian kepada Ahmad Shafiq, dorm Al-Razi, sila turun ke surau kerana keluarga anda sedang menanti di bawah, diulangi sekali lagi ……. “ ah~  baru 2 hari aku menghubungi ibu, mustahil ibu datang sepantas ini, pantas ku siapkan diri, dari jauh sudah kelihatan adik-adik ku berlari-lari di sudut luar surau, hatiku gembira tidak terkata, bukannya dekat jarak rumahku dan asrama, hampir 90km jauhnya, ku lihat ibu tersenyum seperti kebiasaannya, “Along, pergi ambil sandwich kat bonet kereta, ibu ada bawakkan, kita nak makan dekat luar ke dekat dalam?” bicara ibu lembut, aku terkesima, rasa bersalah yang amat, mengapa begitu kuat sekali naluri keibuaan, keegoaan lelaki yang ku simpan hancur lebur, air mataku berderai laju, sejauh ini ibu datang hanya untuk memberikanku sandwich yang ku idamkan tetapi tidak pernah kupinta. Ibu terlalu memahami anaknya ini.

Jemaah bersilih ganti bertukar saf di dalam surau kecil, gemersik suara imam memecah suasana

“Jom wrestling ayah!!” jerit ibu, kami 4beradik sudah lali dengan arahan ini, pantas ami memaut kaki ayah, angah panjat belakang ayah, epi tarik badan ayah dan aku terus mengigit telinga ayah manja, jeritan ayah meminta tolong tidak kami endahkan, ibu memaut manja pinggang ayah, rutin kami sekeluarga pabila  ada kelapangan bersama, suasana gamat,hiruk pikuk di dalam rumah tidak kami ambil kira, bahagia yang tiada penghujungnya, “ha, jgn ha~, geli!, wrestling ibu pula!!”,ibu pula digomol kami sekeluarga, hilai tawa mewarnai kehidupan kami sekeluarga, masih segar dalam ingatanku bagaimana ibu berbual kosong dengan ayah selepas membeli tilam queen berharga RM450 untuk menggantikan tilam lama di rumah kami, “ayah, ayah pernah terbayang tidak, kita dah ada kereta, kita dah ada rumah, kita dah ada televisyen, sekarang nie pun ayah dah nak beli tanah untuk rumah baru kita nanti” ujar ibu, tau ape jawapan ayah? Simple dan easy “ ha’ah, tak pernah pun terbayang arinie dapat beli tilam sampai harga RM450, kan bagus kalau kita beli 2nd hand jerk semua tue”, kami sekeluarga tertawa, sudah lali dengan sikap ayah yang sangat berjimat cermat hinggakan sayang untuk keluarkan duit, berbeza dengan ibu yang sentiasa merancang sebelum membeli sebarang item, aku kagum dengan perancangan kewangan ibuku, ibu sangat teratur, setiap langkah yang ingin diambil akan diselidik dan dikaji sedalam-dalamnya. Lumrah seorang wanita yang memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Dan pabila datang 2 malaikat bertanyakan kamu……..

Hidup tidak selalunya indah, kadangkala sinar mentari yang bersinar, tidak semestinya terbit hingga ke petang, hasad dengki seringkali menular di dalam kehidupan umat manusia sejak dahulu kala.
April 2005 segalanya berubah……
“ayah,ibu rasa ada orang terbang dalam bilik malam tadi” ujar ibu ringkas, “awak nie, malam tadi sebelum tidur ambil air sembahyang tidak? Mana ada orang boleh terbang malam-malam”.
“ayah, kenapa ibu tak boleh buang air besar? Perut bagaikan di ikat, selera makan ibu pun tidak sama macam dahulu, apa yang jadi dekat ibu?”
“ayah, ibu mimpi pelik setiap malam, kenapa dengan ibu, seluruh inci tubuh ibu bagaikan dicucuk jarum, ibu salah makan ke ayah?”

Mei 2005 bertandang
Kesihatan ibu berubah drastik, dahulunya ibu terkenal dengan ketangkasanya kini hanya mampu terbaring sahaja, tubuh ibu yang dulunya gempal berisi kini mula susut perlahan-lahan, selera makan ibu yang dahulunya normal kini hilang entah ke mana, baju berlonggok tidak berlipat, rumah bersepah tiada penyeri, menu restoran menjadi hidangan, Aku rindukan ibu.. Puas sudah ayah bawa pelusuk tempat, daripada perubatan termoden hinggakan perubatan tradisional, semuanya dijelejahi kami sekeluarga Impian kami hanya satu, untuk melihat ibu kembali pulih seperti biasa,

Jun,Julai,Ogos
Ibu terus bertahan.. ya allah. Kalau ini yang dicaturkan olehmu, kami terima dengan redha, aku tidak mampu untuk menulis..walaupun sudah lama berlalu, semuanya segar di dalam ingatan..terperinci. biar ku bogelkan disini.

September
“Doktor jangan ingat saya bodoh! Anak –anak saya semuanya pandai-pandai, otak mereka semua cerdik, satu hari nanti,jaga doctor, biar anak saya yang tebus semuanya,doctor bodoh!! jerkah ibu, kondusi ibu terlalu teruk, pipinya cengkung, tangannya melidi, ya tuhan, mengapa tidak aku yang menanggung semua ini, bukan ini yang dipinta, puas sudah doktor mendialisis ibu,pinggang ibu ditebuk, darah ibu diambil entah kali yang ke berapa, tapi penyakit yang menimpa ibu tidak mampu dikenalpasti, apakah ini semua..

Oktober 2005
Peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia kuharungi tanpa sebarang persediaan, tiada kelengkapan, jiwaku kosong, aku tidak tahu apa yang perlu ku jawab, usai peperiksaan, aku terus ke Johor Bahru untuk berjumpa ibu, hanya satu yang ku inginkan, ku ingin melihat senyuman ibu yang amat kurindui, aku ingin lihat ibu lepas dari seksaan, Hari Raya menjelma tiba, aku terkenang senyuman ibu kerana dibenarkan kembali ke rumah, pesan doctor kepada ayah, “jaga ibu sebaik-baiknya” , “Ayah,Along,Angah,Epi,Ami, ini mungkin raya ibu yang terakhir, ibu dah ampunkan semua dosa anak-anak ibu, ibu nak lihat anak-anak ibu Berjaya, Along, kau yang sulung, jaga ayah, jaga adik-adik, jadi insan yang Berjaya, ibu minta maaf, ibu tak mampu untuk bersama, jangan kecewakan ayah Along” sayu ibu bersuara, “ayah, nanti bila leha dah tiada, ayah juallah semua emas,cincin dan rantai leha, leha minta maaf dengan ayah, gunakan untuk belajar anak-anak, jadikan anak kita insan berjaya dunia dan akhirat, leha sentiasa ada dengan ayah”. Raya terakhir kami dapat bersama,tiada baju raya seperti kebiasaannya, tiada samping yang diikat kemas oleh ibu, tiada ketupat mahupun rending, keluarga lain gembira, kami semua berduka,setia meneman ibu untuk bertemu Ya Rabbi.. “Ustaz,jikalau sebelum ini saya pernah tinggalkan solat, apa yang perlu saya buat ustaz, jikalau ini yang ditakdirkan, saya redha ustaz, semoga keluarga saya terus bersama hingga ke akhir hayat, saya rindukan syurga tuhan ustaz” tingkah ibu sayu..

28 November 2005
9.30 malam, ibu menghembuskan nafas yang terakhir, ku lihat senyuman mengukir di wajahmu, ku lihat cahaya putih ada di wajahmu, janji tuhan itu pasti. Kita terpisah di dunia, satu hari nanti ketemu juga di alam sana. Selamat Hari Ibu. Semoga ibu mampu tersenyum di sana melihat anakmu disini yang sedang mengejar kejayaan di penghujung perjalanan. Sepi hati ayah genap 7 tahun tidak pernah dapat diisi, Along sayang sangat-sangat ibu.. Selamat Hari Ibu…

Sunday, December 25, 2011

2011 melabuhkan tirainya

Alhamdulillah, syukur ke atas hadrat illahi di atas nikmat dah kurnianya, aku berjaya mengharungi 2011 dengan jayanya, sungguh, aku tidak pernah terfikir boleh sampai ke tahap ini, seperti mimpi menjadi kenyataan, before aku meneruskan Kisah Perjalanan Hidupku ini dengan lebih mendalam, better aku keluarkan tentatif kehidupan aku sepanjang tahun 2011, insyallah, semoga ini menjadi iktibar bagi mereka yang berada di luar sana.


  • Januari 2011
Berbekalkan RM1780 aku memberanikan diri melangkahkan kaki untuk kali keduanya menuju ke ibu kota, kegagalan kali pertama menjadi pengajaran,Kuala Lumpur aku kembali, hanya dengan satu azam,ya, untuk menjadi insan berjaya, jangan disangka hari-hari yang kita lalui cerah,seminggu bergelandangan di kaki lima KL Central merupakan detik-detik yang memeritkan,akhirnya, aku berjaya mendapatkan sebuah bilik kecil di Desa BandarTasik Selatan, Berbekalkan kelulusan yang hanya cukup makan, aku berjaya meloloskan  diri di dalam sesi temuduga Express Rail Link (thx En.Hairul Maharis) bagi memegang jawatan paling rendah ketika itu iaitu sebagai Promoter untuk KLiA Transit di LCCT.Tugasku amat ringkas dan mudah, hanya untuk menerangkan route perjalanan KLiA Transit dari LCCT ke KL Central dan pada masa yang sama memastikan ridership sentiasa meningkat dari masa ke semasa, Bulan pertama yang amat sengsara, tiada sesiapa, tiada kenderaan,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sungguh, perit terasa sehingga aku hampir mengalah.Setiap hari sengsara membadai diri, hanya satu ungkapan yang menjadi kekuatan sehingga sekarang, "Allah tidak akan menduga hambanya denga apa yang tidak mampu dihadapinya" aku tabah meneruskan perjalanan.Anggap sahaja ini ujian ringan daripadamu.

  •  Februari 2011
Duit yang menjadi bekalanku habis, deposit rumah, tambang pergi balik kerja, makanan harian, duit airport tax,tidak lupa topup telefon bimbitku, ya allah,penantian untuk gaji pertama amat menyeksakan,akhirnya gaji pertama masuk pada 7hb Februari, RM 530.98, Allahuakbar, aku bersyukur dengan rezekimu, tetapi, mampu kah aku mengharungi baki-baki kehidupanku di sini, kos hidup amat tinggi, apatah lagi, aku bekerja di lapangan terbang, makanan usah di kata, nasi sepinggan dengan lauk sayur pun berharga RM4.00, ketika ini, nasi menjadi makanan paling berharga, baru ku tau erti harga sebutir nasi, aku masih belum mahu mengalah, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menggadaikan hp Sony Vivaz yang baru ku beli tidak sampai 3 bulan ketika itu. Berat hati, duit hasil titik peluhku, takpelah, insyallah before 2012 akanku tebus kembali apa yang telah hilang sepanjang awal 2011. Hati menangis siapa yang tahu.......

  • March 2011
Akhirnya bulan March menjelma, bulan yang menjadi titik tolak sepanjang 3 bulan aku berada di Kuala Lumpur, kontrak ku bekerja di ERL sudah hampir di hujung noktah, gaji bulan kedua cukup untuk membayar segala hutang piutang, simpanan untuk masa hadapan adalah sedikit  untuk jangka masa pendek,Pada bulan ini, aku menanti, adakah aku berjaya di tempatkan di kalangan Ticketing Officer yang menjadi idaman semua rakan-rakan promoterku ataupun kami semua di tamatkan kontrak pada bulan ini. Debaran semakin memuncak pabila March melabuhkan layarnya.. oh tuhan, apalah nasib diriku... sedih,takut,sayu. semua bermain menjadi satu...seperti biasa, Roti Gardenia Ikan Bilis menjadi santapan harian, jimat cermat untuk hidup,hanya satu kupesan kepada nafsuku, sabar, masanya akan tiba...monologku. "Janganlah menjadi seperti lembu, pantang nampak rumput panjang, pasti akan diredahnya apa sahaja untuk mendapatkannya, akhirnya balik kekandang kelaparan kembali" lembu di ibaratkan kita, rumput panjang diibaratkan kerja. Lompat sana, lompat sini, pulang kosong, tidak, aku tidak mahu menjadi seperti lembu.... apa pun yang akan berlaku, aku percaya, rezeki aku ada disini...

  • April
Segala persoalan akhirnya terjawab,sejarah tercipta, batch pertama promoter yang di ambil kesemuanya dan diserapkan ke dalam bahagian Customer Service Department, akhirnya, aku berjaya di tempatkan di bahagian yang ku idamkan sebelum ini, Apa yang special sangat ko nie jadi ticketing officer jerk kot?, ahaa, soalan tipikal yang sering di ajukan, Why im proud when i got this position? beb, 3 bulan pertama aku dah merasa betapa susahnya duduk di bahagian promoter, when im entitle to been hired to this level, im proud due to wat i do among 3 month seakan - akan mendapat pembalasan, kami semuanya merasa teruja, "oh! macam mane ea nak pegang duit ribu riban?" pabila ditempatkan di position ini, automatic, tanggungjawab dan amanah yang dipikul seakan-akan batu belah batu bertangkup diletakkan di atas bahu, berat, setiap hari aku perlu mengendalikan penjualan tiket dan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, bulan pertama aku menjalankan tugas, failed.. hancuss.. hahahaha, weih, ko wat sales more than 10k and u must make sure u tally and follow a lot of s.o.p, if not, summon will issued to u.. potong gaji lah pe lagi, bukan sket, RM250 for elaun habis bila kita melakukan kesilapan, mulanya ku rasa berat, tapi lama kelamaan, ku pasti, inilah yang mendisplinkan diri kita, im not perfect but im trying to do perfect. hopefully doa keluarga aku yang jauh di sana mengiringi setiap hari-hariku di kaunter tiket ERL. insyallah...
  •  nantilah sambung, aku dah penat....................................... to be continued...

Thursday, December 8, 2011

Perjuangan Seorang Pemuzik Alaf Baru.





Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah jejaka empunya nama Z Ahmad, Beliau merupakan seorang pemuda yang sedang melakar impiannya untuk menjadi seorang penyanyi,penghibur dan pada masa yang sama idola di hati semua lapisan rakyat,dengan berbekalkan semangat ingin berjaya yang tak pernah padam, tekad dan hasrat yang jitu, alhamdulillah akhirnya 2 single Z Ahmad berjaya di manifestasikan di dalam satu irama, Pesona Cinta dan Di Sini merupakan pemacu langkah pertama Z Ahmad di dalam industri muzik tanah air,sungguh, rinduku pada Allayarham Sudirman tidak pernah surut, gemersik suaranya, kepintaran akalnya, keunikan di dalam penampilan sentiasa mengelumit hati ini,kemunculan Z Ahmad mengubah paradigma ku di dalam menilai karisma yang wujud di dalam diri artis Malaysia, justeru, kehadiran Z Ahmad di dalam industri Muzik Tanah Air merupakan penanda aras evolusi artis Malaysia sejagat.Seorang pemuda yang sangat humble, versatile malahan dikala ini beliau sanggup mengorbankan masa dan ketika untuk menghabiskan pengajian di dalam Master of Civil Engineering dan pada masa yang sama melakar nama di dalam industri Muzik Tanah Air.

                              


                              "When I do Music I don't count, I feel it"
Tagline yang simple tapi cukup untuk menilai apa yang sedang tersirat di dalam jiwa anak muda ini, Adakah hati kita senang pabila  melihat anak-anak bangsa kita menjadikan "artis seberang"(bapak-bapak,ibu ibu) sebagai idola mereka?  come on, sudah sampai masanya kita mengubah pemikiran di dalam menilai sejauh mana keupayaan seorang artis, zaman yang serba maju kini, seorang artis bukan diukur daripada segi persembahan dan nyanyian, kewibawaan artis di dalam mengurus masa, keluhuran penyanyi di dalam menyampaikan persembahan dan paling penting tidak pernah mengalah di dalam kehidupan, itulah ciri seorang artis yang layak dijadikan idola, renungkanlah, semoga perjuangan Z Ahmad di dalam menggapai bintang yang bertaburan di atas sana, mendapat sokongan daripada semua pihak, Insyallah.. Aku doakan yang terbaik untuk ko Z Ahmad... click di sini untuk terus ke facebook Z Ahmad
      

Saturday, June 18, 2011

Monolog

*entri ini hanya diimiginasikan oleh penulis,semua yang ada di bawah hanya untuk renungan kita bersama,


Assalamualaikum shafiq, apa khabar kamu? saya sudah lama bersama kamu, sejak kamu lahir sehingga lah di ketika ini, kau adalah aku dan aku adalah kau, semenjak akhir-akhir nie, aku tak faham dengan kau, ke mana hilangnya timbang rasa kau? kemana hilangnya kasih sayang di dalam diri kau? kemana hilangnya kau yang lama? sejak kita dilahirkan, aku sentiasa berdamping dengan kau, susah payah kau, aku ada dengan kau, pandai bodoh kau, aku ada disisi kau, lapar dahaga kau, aku turut sama merasa, macam nie lah, diri kau aku tengok dah jauh sangat dari jalan asal yang kau tuju, cuba kau grab balik apa yang kau terlepas sebelum ini, sampai bila kau nak salahkan orang lain di atas kelemahan diri kau sendiri, tak habis-habis kau salahkan time SPM kau, kau buat alasan kononnya ibu kau meninggal sebagai punca kegagalan kau, nonsense lah beb, xd maknanya, mungkin itu asbab yang dah ditakdirkan tuhan, ingat balik tujuan kau hidup sebagai khalifah di muka bumi ini, ingat,kita bukan hanya ingin  mencapai future untuk berjaya di dunia, nun di akhirat sana, takkan umur kau kalau dah masuk 40-50an kau still camnie, kau nak ke hidup susah? tak nak kan???



Shafiqku,

Kau ingat lagi tak, time tahun 1994, kau baru pindah ke Taman Samudera? ingat lagi tak? ibu mandikan kita di bilik air baru, sambil ibu berus sabun badan kita, ibu tanya, "Along, along dah besar nak jadi apa?" kau jawab kau dah besar nak jadik pensyarah, nak mengajar macam ibu, betul tak? kau ingat tak?? so, apa lagi? kau belum terlewat sayang, umur kau baru 23, lesen untuk kau sambung ke degree terpampang luas depan mata kau, kerjaya yang kau ada sekarang, kalau kau buat belanjawan balik, xd masalah, come on lah, gaji kau leh capai 2k, kau nie boros kau tau tak, pantang ada duit, kau cuba belajar berjimat, ingat masa depan kau, ingat hala tuju diri kau n yang paling penting, ingat family kau, apa yang kau ada sekarang yang boleh kau banggakan? Tuhan tue dah banyak tolong kau, cuma kau yang xnak tolong diri kau, ingat shafiq, hala tuju diri kau, jangan kecundang di tengah jalan, malu... jangan.. sebelum ibu kau meninggal, ingat apa yang ibu pesan pada kita, ingat lagi??

Shafiq,

    Ingatlah, aku nak berjaya shafiq, kejayaan aku ada pada kau, tolong, tolong, tolong, jgn sesekali hidup kau menyusahkan sesapa, jgn lupa tanggungjawab kau, tinggalkan semua yang kau tak perlukan, terus mara kehadapan, landasan ada dihadapan, pilih simpang yang betul, 10tahun. 10 tahun lagi, aku akan lihat di mana kita berada, aku hendak lihat kau berjaya, dunia, akhirat. ingat shafiq... :) aku sayang kau sangat-sangat.


Semoga berjaya. wassalamah.

Wednesday, June 8, 2011

Balasan sebuah keikhlasan.

Assalamualaikum, alhamdulillah, aku still dikurniakan nikmat kehidupan n nikmat nyawa yg dianugerahkan Allah, syukur sangat-sangat, sesungguhnya janji Allah itu benar, setiap hari kehidupan yg aku lalui sentiasa dipermudahkan, ada sahaja yang datang dan pergi, huhu, arinie aku nak cite sket beberapa situation yang telah berlaku n aku terkesima dengan apa yg aku dapat, cash, xd utang-utang, sumpah! JOM ikuti situasi ini bersama-sama!


Situasi 1.

Waktu : Selepas habis bertugas di KL Central


*Habis sahaja waktu bertugas kaunter KLIA Express KL Central, aku mengatur gerak langkah perlahan, keletihan bekerja seharian akan ku balas dengan hidangan Chicken Chop Black Pepper di Level 2 KL Central, sedang hati bergelora membayangkan keenakan juadah yang akan ku santap sebentar lagi,tiba-tiba,
"Adik, saya mahu minta tolong sedikit adik" bicara seorang lelaki India di hadapanku, kaki aku seperti terpaku, lantas ku menjawab "Ada apa uncle? ada masalah ke?", dia menjawab dengan mimik muka polosnya, "Adik, saya mahu cakap pun saya malu adik, saya dari Alor Gajah, wallet saya sudah hilang adik, sekarang saya dengan isteri saya tak tau nak pergi mana, tolong sama saya adik, saya janji, sampai rumah, saya sembahyang sama tuhan saya bagi adik senang adik!" lantas sorotan mataku beralih ke arah wajah si isteri, kusam, dengan pakaian tidak terurus, muka kelaparan yang amat, entah mengapa, tiba-tiba hati ini teringat keluargaku di kampung,pesanan ayahku bermain di mindaku, bagaimana agaknya kalau aku yang berada di dalam situasi ini, apakah daya yang aku mampu buat,kotak fikiranku menganalisis situasi,lantas, " Jom uncle, ikut saya!", aku membawa kedua-dua suami isteri malang ini ke Level 2, hidangan Chicken Chop Black Pepper sudah lama hilang dari fikiranku, yang pasti, aku hendak melihat kedua-dua insan yg berlainan agama, berlainan warna kulit, berlainan bangsa ini hilang daripada  penderitaan yang sedang mereka lalui, kedua-duanya mengalirkan air mata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga dihulurkan sepanjang aku bersama mereka, usai sahaja menghabiskan hidangan, aku menanyakan kepada mereka, berapa tambang yang diperlukan untuk pulang ke Perak, Naik bas dari terminal Jalan Duta = RM  17.50, times 2. Ah, pening kepala nak kira-kira, aku menghulurkan RM 50.00 n ku niatkan wang itu sebagai bantuan bagi ku untuk mereka berdua, Di tengah-tengah khalayak ramai, Uncle india ini meraung dan memaut kakiku, subhanallah, mengalir air mataku, sungguh, aku tidak mengharap apa-apa, dengan langkah pantas, aku meninggalkan kedua-duanya, kepuasan membantu mereka yang di dalam kesusahan memang tidak ternilai harganya, sesungguhnya, janji Allah itu benar, pabila niat kita ikhlas membantu mereka yang dalam kesusahan, Allah akan membalasnya dengan 1001 kebaikan, hati ku puas dengan apa yg telah ku lakukan. 2hari selepas itu..









--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
Sent: Tuesday, June 07, 2011 6:19 PM
To: 'monajib@gmail.com'; Ahmad Shafiq@CSM
Cc: CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
Subject: RE: Disappointment with service

Dear Dr Mohamed Najib,



We would like to say sorry for the unexpected failure in our Ticket Vending Machine (TVM) in BTS on 06Jun11 to dispense your change in the normal manner. This should not be the case as the TVM was never programmed to dispense coins in such large quantity.



We have reported this matter to our Technical Support Team to do an immediate check on the machine and we certainly agree with you that our customer should not be subjected to the same unfortunate experience that you had this morning. Our service wasn't designed for such surprises and when it happens, we are just as disappointed over the unfortunate incident.



Thank you for bringing it to our attention as it now gives us a chance to correct our service shortcoming without incurring further inconvenience to other customers.



On the same note, we would like to thank you for the compliments you paid to our ticketing officer Ahmad Shafiq for his good customer service attitude in spite of the less then perfect morning. On behalf of Ahmad and the management, we would like to say thank you for your understanding and we assure you that no effort will be spared to correct whatever shortcoming we have.



We hope you will continue to support us and we would like to say sorry for having let you down this morning.



Thanks.

Regards,

Bernard KL Ong

Customer Enquiry

EXPRESS RAIL LINK SDN BHD

Tel:       +603- 2267.8000
DID:      +603- 2267.8023

Fax:      +603- 2267.8910



http://www.KLIAekspres.com

https://www.VIPservice.com.my







DISCLAIMER:
This e-mail may be used for information and co-ordination purposes only and does not legally bind Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB) in any contractual and financial way whatsoever





-----Original Message-----
From: monajib@gmail.com [mailto:monajib@gmail.com]
Sent: Tuesday, June 07, 2011 12:46 AM
To: CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
Subject: Disappointment with service



Dear Sir,



I'm Dr Mohamed Najib from Kuala Lumpur. On 6.6.2011, I used your KLIA transit from Bdr Tasik Selatan to KLIA. I arrived at 9.55am plannning to board the 10.10am train as my flight was at 11.45 am to Kuching. I used the ticketing machine as there was a short queue at the ticketing counter.

My complaint is that the machine dispensed me RM 13.50 change in coins!  I was travelling alone, with 2 bags and 1 handluggage and it was such a nuisance to be given RM 13.50 in coins! I then had to go to the ticketing counter to change the coins. In the end, my whole ticketing process took 12 minutes as the ticketing guy had to count the coins too and i missed the 10.10am train! I subsequently missed my flight to Kuching and it cost me RM 365 !

The ticketing machine is for convenience and not to make one's life more difficult! It is sad to see that we have first class facilities but 3rd class delivery! It is also ridiculous that for a 30 minute journey , the ticketing process took 12 minutes! To be fair, thankfully the staff manning the counter at that time was apologetic and helpful . Unfortunately i was not able to get his name but he was courteous and helpful.  I hope incidents such as this will not recur as it will erode the confidence of the public in your system and bring bad name to your company. Thank you for your kind attention. Submitted By: Dr Mohamed Najib bin Mohamed Unni




Janji Allah itu benar rakan-rakan.

Thursday, May 19, 2011

Mengorak langkah semakin pantas

Samekom sume!! Pe kabar?? lame dah xupdate my messy blog nie, mesti ramai yang tertunggu-tunggu perkembangan diri aku kan :) ngeeee... So far, sejak naik pangkat nie, banyak sangat2 keje kene buat, automatic jam biologi dalam badan aku kene set balik, kadang-kadang bangun pagi seawal pukul 3pagi juz untuk grab train kol 4.30 ke KLIA, kenkadang balik lewat sehingga 1 pagi, itu biasa, :) alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, seronok, seronok sangat-sangat mempunyai rakan-rakan kerja yang mempunya 1001 karenah,asal usul daripada pelbagai jenis latar belakang yang menakutkan sampaikan hingga satu masa,aku rasa kerdil di kelilingi mereka,daripada model,stewardess,best student university, mekanik, it literate, pelbagai lah! semuanya ada dalam ERL, ERL is the best!My duty make me to deal wit a ton of money, Everyday aku handle dengan wang puluhan ribu, its my job to make sure all of the money pass by to my manager, sumpah, rasa amanah yang diberikan sangat2 besar, hilang walaupun sehelai not kertas warna warni yang kita panggil duit nie, automatic duit poket melayang! huhuhu,biak p same diorang..

Nway, skang nie makin lama semakin laju aku bergerak, senang sangat jalan yg dah terbentang depan mata, so far nie, aku stay dengan kawan aku, hmmm, bestlah, pasnie aku nak cerita lak kengkawan yg aku ada sekarang depan mata n perangai masing2 ;) terlampau banyak nak cerita nie, tak habis nak scroll sampai bawah kang, tadi aku jenjalan kat youtube, sekali jumpa lagu layan blues plak, jom layan jap, best tau, mata cam nak lelap xnak lelap jerk dengar! ngeee.. layan kengkawan!