Sorry sesangat, terlalu bz, xd masa nak blogwalking or everything,
insyallah, bulan 12, saya akan aktif sepenuh masa!!
Sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri dinukilankan di dalam ini
Dalam kita mengejar impian, adakalanya kita tersasar, betulkan niat dan belajarlah dari kesilapan
Pengalaman pasti akan mendewasakan kita, jangan pernah mengalah, orang berjaya belajar daripada kesilapan
Sebelum kita merasa kemanisan sesuatu, belajarlah merasai pahit. Asam garam sebuah kehidupan
Senyuman ini tidak akan kekal lama, bila dihujung nanti, hanya amalan menjadi pengganti. Wallahualam
Ingatlah ketika RABB Mu berKalam kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU?" KalamNYA: "Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak Kamu ketahui." (QS al Baqarah : 30)
(19:98) Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?
Penciptaan Manusia Sebagai Khalifah di Bumi, Diikuti Pernyataan Kehairanan Para Malaikat (Seolah-olah seperti pernah menyaksikan perilaku tingkah manusia sebelumnya, ungkapan kerisauan para malaikat akan datangnya kembali murka Allah pada manusia hingga dibinasakannya) - QS. 02:30 (Al Baqarah),"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan di muka bumi itu orang yang akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah padanya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.
Adanya umat lain selain Nabi Adam a.s. - QS. 3:33 (Aali ‘Imraan),"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat."
Bagaimana penciptaan orang-orang terdahulu? - QS. 04:01 (An-Nisaa’),"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu diri dan daripadanya Allah menciptakan pasangan (suami)-nya, dan berkembang dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta (dengan menyebut nama)-Nya, dan peliharalah keluarga. Sesungguhnya Allah adalah sangat memperhatikanmu."
Sudah adakah orang-orang terdahulu? - QS. 56:10 (Al Waaqi’ah),"Dan orang-orang terdahulu dari yang dahulu."
Kemanakah orang-orang terdahulu itu? - QS. 54:49 (Al Qamar),"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan kadar."
QS. 54:50 (Al Qamar),"Dan tiadalah urusan Kami kecuali satu kalimat seperti sekejap mata."
QS. 54:51 (Al Qamar)"Dan sungguh telah Kami binasakan orang-orang yang serupa dengan kamu, maka apakah orang mau mengambil pelajaran?"
QS. 20:128 (Thaahaa),"Maka apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat yang Kami binasakan sebelum mereka, mereka berjalan pada (bekas) tempat tinggal umat itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah sebagai tanda bagi orang yang mempunyai akal."
Allah menetapkan kehancuran umat dahulu dan terdahulu yang (walaupun) telah memiliki Peradaban Tinggi, Lebih Banyak dan Kuat.QS. 50:36 (Qaaf),"Dan berapa banyak umat telah Kami binasakan sebelum mereka? Mereka lebih besar kekuatannya maka mereka telah menjelajahi negri-negri. Adakah tempat lari?"
QS. 40:82 (Al Mu’min),Maka apakah mereka tidak berjalan di bumi, lalu mereka perhatikan bagaimana akibat orang-orang yang sebelum mereka? Adakah mereka (umat terdahulu) lebih banyak dan lebih kuat dan bekas-bekasnya di bumi dari mereka? Maka tidak bergunalah bagi mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.
(19:98) Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?
(19:74) Berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka , sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap di pandang mata.
Ingatlah ketika RABB Mu berKalam kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU?" KalamNYA: "Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak Kamu ketahui." (QS al Baqarah : 30)
Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka ALLAAH sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)
Ingatlah ketika RABB Mu berKalam kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU?" KalamNYA: "Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak Kamu ketahui." (QS al Baqarah : 30)
Antara Paleolitik dan Mesopatamia
Disini bermulanya sebuah perjalanan,Bermulanya suatu pengertian di dalam suatu kehidupan,Bermula dengan kosong, berakhir dengan bohong,Dimana bermulanya tamadun manusia?Siapa manusia yang pertama menjejakan kaki di muka bumi?Siapa Habil dan Qabil?Di mana era madaniah bermula?Kemananya hilang ilmu yang telah pupus dimamah bumi?Bagaimana wujudnya Taman Tergantung Babylon?
Sungguh,Hatiku meronta memikirkan semua ini,Kemana hilangnya pewaris Ibnu Khaldun?Di mana pewaris ilmu Al-Farabi?Di mana semangat Iskandar Zulkarnain?Tamadun agung kini tinggal kenanganIslam yang dulunya dipandang tinggiKini dipijak tanpa dipeduli,
Semoga suatu hari nanti,Muncul kembali tamadun Agung ini,Semoga suatu hari nanti,Nama kita meniti menjadi pewaris nabi,Semoga suatu hari nanti,Tidak islam dihina lagi.
Selepas itu, muncul pelbagai lagi tamadun-tamadun yang ada tercatat di dalam Al-Quran, selepas ini, saya akan menghuraikan kemana hilangnya Kerajaan Saba', kerajaan yang wujud di dalam Al-Quran, dipimpin oleh Ratu Balqis, ketika adanya Nabi Sulaiman a.s, siapa pula Nabi Sulaiman yang ditakrifkan oleh sarjana barat, Di mana "Temple Of Sulaiman" sebenarnya, jikalau kita kaji dengan lebih mendalam Al-Quran, pelbagai ilmu tersirat yang boleh kita dalami, sesungguhnya, ilmu yang lahir pada hari ini, terlalu sedikit jika kita bandingkan dengan ilmu yang dimiliki Sang Pencipta, subhanallah.. insyallah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengupas sedikit sejarah yang telah kita baca sejak zaman kanak-kanak tapi kita tidak pernah mengambil pusing sedikit pun.Salam.Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai "Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".
"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.
Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.
Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.
Surah 30, Surah al-Rum (Bangsa Rum) : 60 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
30-1: Alif, Lam, Mim.
30-2: Telah dikalahkan bangsa Rumawi.
30-3: Di bumi yang dekat, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan mengalahkan.
30-4: Dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah jualah urusan sebelum dan sesudahnya. Dan di hari itu bergembiralah orang yang beriman.
30-5: Kerana pertolongan Allah. Dia (Allah) menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah). Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
30-6: Janji Allah! Allah tidak akan menyalahi janji-Nya (Allah), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
30-7: Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) daripada kehidupan dunia, sedang mereka terhadap akhirat adalah lalai.
30-8: Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya melainkan dengan kebenaran dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Rab (Tuhan) mereka.
30-9: Dan apakah mereka tidak berjalan di bumi dan memperhatikan bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka? Orang itu adalah lebih kuat daripada mereka, dan telah mengusahakan bumi serta memakmurkannya lebih banyak daripada apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka para rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi mereka yang berlaku zalim kepada diri sendiri.
30-10: Kemudian, akibat orang yang mengerjakan kejahatan adalah (azab) yang lebih buruk, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-olokkannya.
30-11: Allah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya, kemudian kepada-Nya (kepada Allah) kamu dikembalikan.
30-12: Dan pada hari berdirinya kiamat, orang yang berdosa berputus asa.
30-13: Dan tidak ada bagi mereka syafaat daripada apa yang mereka persekutukan, dan mereka mengingkari apa yang mereka persekutukan itu.
30-14: Dan pada hari berdirinya kiamat, di hari itu mereka berpisah-pisah.
30-15: Adapun orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka di dalam taman (syurga) bergembira.
30-16: Adapun orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Allah) dan pertemuan akhirat, maka mereka tetap berada di dalam seksaan.
30-17: Maka Subhana’llah (Maha Suci Allah, iaitu bertasbihlah) di waktu petang kamu dan di waktu pagi kamu.
30-18: Dan bagi-Nya (Allah) jua segala puji-pujian di langit dan di bumi, dan di waktu Isya’ kamu dan di waktu Zuhur kamu.
30-19: Dia (Allah) mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan.
30-20: Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan kamu daripada tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
30-21: Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikan-Nya (Allah) antara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
30-22: Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah penciptaan langit dan bumi, dan berlain-lainan bahasa-bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya pada yang demikian (terdapat) tanda-tanda bagi orang yang berpengetahuan.
30-23: Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah tidur kamu di waktu malam dan siang hari dan usaha kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.
30-24: Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah Dia (Allah) memperlihatkan kepada kamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia (Allah) menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumi dengannya (air itu) sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.
30-25: Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah berdirinya langit dan bumi dengan Iradat (kehendak)-Nya (Allah). Kemudian apabila Dia (Allah) memanggil kamu sekali panggil daripada bumi, seketika itu (juga) kamu keluar.
30-26: Dan kepunyaan-Nya (Allah) apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk patuh.
30-27: Dan Dia (Allah) yang memulai penciptaan, kemudian mengembalikannya, dan itu adalah lebih mudah bagi-Nya (Allah). Dan bagi-Nya (Allah) perumpamaan (sifat) yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
30-28: Dia (Allah) membuat perumpamaan untuk kamu dari diri kamu sendiri. Apakah ada antara hamba-hamba yang dimiliki oleh tangan kananmu, sekutu bagi kamu pada rezeki yang Kami (Allah) berikan kepada kamu, maka kamu sama-sama (berhak) padanya, kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut kepada diri kamu sendiri? Demikianlah Kami (Allah) jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang berakal.
30-29: Tetapi orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolong pun.
30-30: Maka tegakkanlah wajah engkau dengan lurus kepada al-din (agama). Fitrah Allah yang menciptakan manusia atasnya (menurut fitrah itu). Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Demikian itulah al-din (agama) yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
30-31: Dalam keadaan kembali kepada-Nya (kepada Allah), dan bertakwalah kepada-Nya (kepada Allah) serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang yang mempersekutukan.
30-32: (Iaitu) orang yang memecah belah al-din (agama) mereka, dan mereka menjadi beberapa golongan; tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada mereka.
30-33: Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Rab (Tuhan) mereka dengan kembali kepada-Nya (kepada Allah). Kemudian apabila Rab (Tuhan) merasakan kepada mereka rahmat daripada-Nya (Allah), tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Rab (Tuhan) mereka.
30-34: Sehingga mereka mengkufuri apa yang telah Kami (Allah) berikan kepada mereka. Maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui.
30-35: Atau pernahkah Kami (Allah) menurunkan kepada mereka keterangan, lalu ia (keterangan itu) menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan-Nya (Allah)?
30-36: Dan apabila Kami (Allah) rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengannya. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan pekerjaan tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
30-37: Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan menyempitkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang beriman.
30-38: Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, dan orang miskin dan ibnu’l-sabil (orang yang dalam perjalanan). Itulah yang lebih baik bagi orang yang menghendaki wajah Allah, dan mereka itulah orang beruntung.
30-39: Dan riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka ia (riba itu) tidak bertambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan daripada zakat yang kamu mengharapkan wajah Allah, maka itulah orang yang melipat gandakan.
30-40: Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberikan kepada kamu rezeki, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu. Adakah antara yang kamu persekutukan itu dapat berbuat sesuatu seperti yang demikian itu? Subhanahu (Maha Suci Dia/Allah) dan Ta’ala (Maha Tinggi) daripada apa yang mereka persekutukan.
30-41: Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, sehingga dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali.
30-42: Katakanlah: "Berjalanlah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang terdahulu. Kebanyakan daripada mereka itu adalah musyrik.”
30-43: Oleh itu, tegakkanlah wajahmu kepada al-din (agama) yang lurus sebelum datang daripada Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu mereka terpisah-pisah.
30-44: Sesiapa yang kafir, maka atasnya kekafirannya itu; dan sesiapa yang beramal salih, maka untuk diri mereka sendirilah mereka mempersiapkan.
30-45: Agar Dia (Allah) memberi balasan kepada orang yang beriman dan beramal salih daripada kurnia-Nya (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang yang kafir.
30-46: Dan antara tanda-tanda ialah bahawa Dia (Allah) mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu (sebahagian) daripada rahmat-Nya (Allah), dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya (Allah), dan supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya (Allah); mudah-mudahan kamu bersyukur.
30-47: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan sebelum engkau beberapa orang rasul kepada kaum mereka, maka mereka (para rasul itu) datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan, lalu Kami (Allah) menyeksa orang yang berdosa. Dan Kami (Allah) berkewajipan menolong orang yang beriman.
30-48: Allah yang mengirim angin, lalu ia menggerakkan awan dan membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya (Allah), dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu melihat hujan keluar daripada celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya (Allah) yang dikehendaki-Nya (Allah) tiba-tiba mereka menjadi gembira.
30-49: Dan sesungguhnya sebelum (hujan) diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.
30-50: Maka perhatikanlah bekas-bekas rahmat Allah, bagaimana Dia (Allah) menghidupkan bumi yang sudah mati. Sesungguhnya demikianlah (Allah) menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan Dia (Allah) atas segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa).
30-51: Dan sungguh, jika Kami (Allah) mengirimkan angin, lalu mereka melihatnya (tumbuh-tumbuhan itu) menjadi kuning (kering), maka tetaplah mereka sesudah itu menjadi orang yang kafir.
30-52: Maka sesungguhnya engkau tidak akan mampu menjadikan orang yang mati itu mendengar, dan menjadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka itu berpaling membelakang.
30-53: Dan engkau tidak akan mampu memberi petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatannya. Dan engkau tidak mampu menjadikan mendengar, melainkan orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami (Allah), mereka itulah Muslimun (orang yang berserah diri).
30-54: Allah yang menciptakan kamu daripada (keadaan) lemah, kemudian Dia (Allah) menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu (menjadi) kuat, kemudian Dia (Allah) menjadikan (kamu) sesudah kuat itu (menjadi) lemah (kembali) dan beruban. Dia (Allah) menciptakan apa yang dikehendaki-Nya (Allah), dan Dia (Allah) adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Qadir (Maha Kuasa).
30-55: Dan pada hari berdirinya kiamat, bersumpahlah orang yang berdosa; Mereka tidak tinggal melainkan sesaat (sahaja). Seperti demikianlah mereka dipalingkan.
30-56: Dan berkata orang yang diberikan ilmu pengetahuan dan keimanan: "Sesungguhnya kamu telah tinggal dalam (menurut) ketetapan Allah, sehingga hari kebangkitan; maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi kamu tidak mengetahui.
30-57: Maka pada hari itu tidak bermanfaat bagi orang yang zalim permintaan uzur mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan lagi.
30-58: Dan sesungguhnya Kami (Allah) membuat dalam al-Qur’an ini pelbagai perumpamaan untuk manusia. Dan sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang yang kafir itu akan berkata: "Tidak lain kamu ini, kecuali orang yang membuat kepalsuan.”
30-59: Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang tidak (mahu) memahami.
30-60: Maka bersabarlah engkau, sesungguhnya janji Allah adalah benar, dan janganlah (sampai) orang yang tidak meyakini itu menggelisahkan engkau.