Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Sunday, February 22, 2015

Bujang ooo Bujang

"Ibuku sayang, sayangilah aku
Ibuku cinta cintailah aku."
             Download!

              Dendangan lagu daripada kumpulan Tegar ini menggamit seribu satu memori indah tatkala ibu masih lagi ada bersamaku, tahun 2005 ibu pergi meninggalkanku dan bermula dari saat itu, aku mengorak langkah untuk terus maju kehadapan. Kadangkala, kita tidak menghargai apa yang ada di hadapan kita dan apabila ianya pergi, kita seperti tercari-cari dan merindui setiap  patah perkataan yang pernah diungkapkan suatu masa dahulu, apakan daya, semua yang tinggal hanyalah memori indah yang akan sentiasa terpahat di minda sehingga bila-bila...


Sahabat sekalian,

Di dalam kita meniti titian kehidupan, pelbagai pancaroba akan kita tempuhi, gelojak nafsu serakah salah satu ujian yang perlu kita tempuhi, ada kalanya kita tertewas dengan tipu daya syaitan di dalam menuju ke arah kehidupan yang diberkati.Pada topik kali ini, saya ingin menyentuh topik betapa kuatnya tipu daya syaitan di dalam menghasut anak adam ke arah kemungkaran.

Jujur saya katakan, saya bukan seorang insan yang baik, terlalu banyak kekhilafan yang ada di dalam diri ini, Setiap kali tersilap langkah, hati sering memikirkan amankah ibu di sana? Tiada manusia yang sempurna, kerana sempurna itu hanya sifat Allah s.w.t.  Saya takut apabila menuju ke alam abadi, saya dihumban ke dalam api neraka, saya takut dengan azab yang sudah dijanjikan di dalam Al-Quran bagi hambanya yang mungkar. Usai solat, saya sentiasa berdoa untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, tapi mampukah saya pergi lebih jauh dengan apa yang ada sekarang? Tidak semudah itu untuk mencapai satu tahap bila mana saya meninggalkan dunia ini, jemaah berpusu-pusu datang melawat. Salah satu dari 100 impian saya dan merupakan impian utama saya
adalah untuk menjadi seorang insan yang menabur bakti di dalam menegakkan syiar Islam dan menjalinkan perpaduan berbilang agama, Islam itu mudah, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dengan apa yang telah disyariatkan.




                    Tidak salah rasanya saya berkongsi apa yang telah lama saya idamkan, ya, saya idamkan memiliki sebuah keluarga yang bahagia, saya idamkan ingin menjadi seorang ayah yang menjadi pemimpin kepada keluarga, menjadi sebuah keluarga yang akan berkumpul kembali di syurga nan abadi. Hidup di dunia ini hanyalah sebuah persinggahan, bila bila masa sahaja roh akan dicabut keluar daripada jasad. Tanggal 2015 merupakan satu tahun yang amat besar untuk saya. Doa merupakan senjata mukmin, Saya tidak impikan wang berjuta, saya tidak impikan harta melimpah ruah, saya hanya mahukan sebuah keluarga. Seorang isteri yang memahami dan sudi menjadi peneman hidup ini.

Insyallah, pilihan di hati sudah ditetapkan, semoga dengan doa dan usaha yang berterusan ini, mampu menjadi permulaan bagi saya untuk menjadi seorang suami dan ayah kepada sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat nanti. Semoga segala yang diimpikan mampu menjadi kenyataan. :)

Hidup hanya sekali, tapi jikalau kita mengikut segala yang telah diaturkan, sekali itu akan menjadi sangat indah.


Thanks semua, segala salah dan silap datang dari diri saya, yang baik itu hanya dari Allah. Terima kasih kerana sudi bersama saya selama ini. terima kasih......






Feel tak?

1 comments:

Nina Malek said...

Haaa ... Nak Nangis Baca Yg Ni ... :')