Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Saturday, December 7, 2013

Menuju ke arah kehidupan yang diredhai

Tatkala ku mengelamun sendirian, mengimbau kembali  apa ertinya sebuah kehidupan, kisah suka dan duka,hilai tawa dan tangisan, datangnya seperti angin bayu, lembut tapi hilangnya dalam sekelip mata.Hidup  ini terlalu banyak pancaroba, bagi yang lemah, pasti akan terkulai, bagi yang tabah, kebahagian menanti di hadapan.Itulah adat resam sebuah kehidupan.

Kadangkala memori lama menggamit kembali kenangan silam, apa yang pasti, hidup perlu diteruskan, apa jua rintangan, pasti kuharungi kerana inilah masa depan yang telah ku lakarkan. Tiada erti penyesalan dalam diri ini.Untuk apa menyesali perkara yang sudah terjadi? Aku bahagia dengan jalan yang telah kupilih, agak kelakar tapi inilah realiti.

Kerjaya? Tiada masalah bagi diriku, kerana sejak nan kecil ayah telah mendidikku untuk bijak menempatkan diri dikalangan mereka yang hadir dalam hidupku, masuk kandang kambing kita mengembek masuk kandang lembu kita menguak,pesan ayah yang tak pernah kulupakan. Rasa sebak bila ayah dengan bangga menceritakan kerjaya ku kini kepada rakan-rakannya. Seorang pegawai bank di sebuah bank terkemuka di dunia. Alhamdulillah ya allah. Syukur dengan rezeki yang tak putus kau limpahkan walaupun aku acap kali melanggar perintahmu. Alhamdulillah.




Cita-Cita? Usai usiaku tujuh tahun, sudah ku tanamkan dalam diri ini untuk menjadi seorang pendidik, sama seperti ayah dan arwah ibu, Pensyarah, tidak pernah sesekali ku lupakan apa yang kuimpikan, mungkin usahaku belum memadai untuk menggapai cita-citaku, tapi aku yakin, aku pasti, suatu hari nanti, pasti segalanya menjadi kenyataan. Insyallah. Akan ku taburkan segala pengalaman hidup yang telah ku lalui, yang baik jadikan manfaat untuk semua dan yang buruk biarlah menjadi iktibar untuk semua.

Cinta? Oh tuhan, semaikanlah rasa cinta padamu. Aku tidak mahu bergelumang dengan dosa, aku tidak mahu dibakar api nerakamu. Aku rela menghabiskan sisa kehidupanku di jalan yang kau redhai, tolonglah hambamu ini. Biarlah cintaku hanya untukmu. Biarkan hidupku kuabadikan untuk mereka yang memerlukan dan jadikanlah kehidupan ini satui nostalgia yang bermakna bagi semua. Biarlah diriku ini dirindui ketika ku tiada lagi di sini. Bantulah aku ya karim.

Sahabat? Anda yang berada di sini, tidak kira yang mengenali diri ini ataupun tidak, janganlah dibenci diriku ini, janganlah dihina, janganlah dicaci, kerana apa yang ku lalui sudah cukup memeritkan, berilah peluang untuku membina impian yang telah lama kuimpikan, membina satu kehidupan yang pasti menjadi kenangan abadi, hidup hanya sekali, tapi bila kita menikmati kehidupan yang sekali ini, ia sudah cukup memadai, kuhulurkan salam di penghujung bicara, segalanya kita kuserahkan padamu ya rabbi. Wassalam.

Ahmad Shafiq Othaman
Degree in Business Management with Hons.
Customer Service Specialist (Citibank Pt.Ltd)

Feel tak?

4 comments:

Anonymous said...

may I have ur email?
thanks in advance
:)

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

shafiqothaman88@gmail.com

edenproperti@yahoo.com said...

i like this...

i am S!L4H.. said...

Hidup ni lebih bermakna andai kita menghargai apa yg kita ada. BTW. Congrats~