Penjana Kekayaan

Penjana Kekayaan

Thursday, October 28, 2010

Pupusnya Tamadun (PART 3) ---Lagenda Tamadun Lemuria

           Lagenda ini merupakan sebuah Lagenda Tamadun Purba yang wujud sezaman dengan Lagenda Atlantis, Secara geografinya Tamadun Lemuria terletak di Pasifik Selatan iaitu di antara Amerika Utara dan Asia/Australia,seperti gambar rajah di bawah.

BENUA LEMURIA 

       Dahulunya Lemuria juga dipanggil sebagai Ibu Segala Benua, (motherlands), perkara ini berlaku kerana Peradaban yang  dilalui oleh Tamadun ini merupakan Puncak Peradaban bagi segala tamadun yang ada disekelilingnya ketika itu, antara Tamadun yang dikatakan wujud sezaman dengan Tamadun Lemuria ini ialah seperti Tamadun Atlantis,Tamadun India Maya dan Tamadun Shangala, Benua tempat menetapnya kaum Lemeruia ini dikelilingi oleh 12 buah gunung yang terletak di suatu pusat yang mengalir sebatang sungai yang amat jernih di setiap gunungnya, Tamadun Lemuria ini dihuni oleh satu kaum yang mempunyai perkembangan teknologi yang tinggi dan mempunya kuasa spritual ,berbeza dengan kaum Atlantis yang mempunyai kehendak untuk menakluk kesemua benua yang ada,kaum Lemuria ini mempunyai perasaan cintakan alam, suci dari hasad dengki dan amat menghargai alam, dengan kekuasaan yang dimiliki oleh mereka, mereka dapat meramal 5000 tahun sebelum berlakunya kehancuran di benua Lemuria angkara daripada Kaum Atlantis dan selepas itu akan berlaku satu bencana besar yang akan menenggelamkan dan menghapuskan kedua-dua benua iaitu Atlantis dan Lemuria.



      Kaum Lemuria merupakan kaum yang amat menghargai segala hasil bumi,semua yang ada di atas benua mereka dimanfaatkan sepenuhnya, mereka mendapat kesedaran untuk mempertahankan ilmu-ilmu yang mereka miliki,oleh yang demikian selama 2000-3000 tahun sebelum turunnya bencana ini, mereka telah mempersiapkan diri mereka bagi mengelakkan bencana yang akan tiba, mereka menyebarkan kesemua ilmu-ilmu pengetahuan mereka kepada semua yang mereka temui,mereka percaya pabila mereka menyebarkan semua ilmu ini, teknologi-teknologi yang telah digapai oleh mereka tidak akan pupus malahan mereka juga menyimpan maklumat-maklumat ini ke dalam kristal, para sarjana barat menganggap kristal ini sebagai benih kristal Lemuria dan di ambil jauh di dadalam laut.Sebenarnya, pelbagai lagi yang telah dikaji oleh Pihak Barat, tapi cukuplah sampai sini saya huraikan tentang ilmu-ilmu yang pupus pada tamadun ini, ikuti kebolehan yang telah dikurniakan kepada kaum Lemuria ini,



      Kaum Lumeria ini dikurniakan untuk mempunyai kemampuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang frekuensi-frekuensi gelombang,mereka juga mempunya kebolehan untuk mengkaji bagaimana untuk meneruskan hidup di dalam tanah, mereka memanipulasi keadaan bawah tanah dan mewujudkan sebuah kerajaan yang aman dan harmoni,beberapa daerah bawah tanah ini telah dijumpai oleh arkeologi barat seperti yang mereka jumpai di bawah kaki kiri Sphinx di Mesir dan di bawah Pyramid Mesir.

      Mereka juga digambarkan mempunyai fizikal separuh ular, satu mitos yang diwujudkan kononnya pada suatu masa.Selain daripada itu, mereka mempunyai kebolehan untuk mengunakan cahaya sebagai kenderaan di mana mereka berjaya meneleport diri mereka mengunakan cahaya, 

**********************************************************************************
Kononnya, pelbagai lagi teknologi-teknologi yang dimiliki oleh kaum ini, antaranya ialah seperti teleport mengunakan cahaya, kebolehan untuk menjadikan diri seringan kapas, kebolehan menjadikan diri seberat gunung dan pelbagai lagi, kaum ini juga dikatakan antara kaum termaju yang pernah ada di dalam tamadun dunia, as Muslim, saya memandang semua ini berdasarkan apa yang telah terkandung di dalam Al-Quran,

Ingatlah ketika RABB Mu berKalam kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU?" KalamNYA: "Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak Kamu ketahui." (QS al Baqarah : 30)

Di dalam Al-Quran sudah tertulis jelas bahawa Nabi Adam merupakan manusia yang pertama menjejakkan kaki di muka bumi, pada pandangan saya, jikalau wujud Tamadun Lemuria ini, Tamadun ini bukan dihuni oleh manusia, Tamadun ini wujud tetapi dihuni oleh satu kaum yang kita tak pernah mempunyai ilmu tentangnya kerana ini merupakan Rahsia Allah s.w.t, ikuti ayat ini pula,

(19:98) Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?

Mereka semua telah terhapus, tiada kaum Lemuria yang berjaya melarikan diri ke langit ketika banjir besar tiba, tiada kaum Atlantis yang berjaya tinggal di Planet X ketika bangsa mereka dihancurkan, tiada satu pun yang terlepas, yang tinggal hanyalah tinggalan mereka yang sengaja tidak dihilangkan Allah sebagai peringatan kepada kaum Manusia kita sekarang. Ingatlah teman-teman, manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan Allah, pabila kita merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, pelbagai rahsia alam yang akan terbongkar, semoga ini dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada yang esa.antara peninggalan mereka yang telah berjaya ditemui oleh arkeologi barat adalah seperti berikut,

SEBUAH REAKTOR NUKLEAR YANG BERUSIA 2.000000 JUTA TAHUN
YANG TELAH DIJUMPAI PADA TAHUN 1972
DI REPUBLIK GABON

UKIRAN BATU YANG JELAS
BERUSIA LEBIH DARIPADA 3000000 TAHUN
MENUNJUKAN PADA ZAMAN DAHULU
SUDAH WUJUD TELESKOP

BESI YANG BERUSIA LEBIH DARI 50000 TAHUN
DI INDIA, BESI PADAT YANG TIDAK PERNAH KARAT
KAJIAN MENUNJUKKAN IA WUJUD SEBELUM ERA 
ZAMAN BATU. KEPADATAN BESI INI
IALAH 99.9%. 

        

Feel tak?

8 comments:

Wan Zulqhairi said...

sekarang susah nk jmp besi yg xkarat kann

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

ha'ah, dah xwujud dah besi yang tak karat coz ketumpatan dan jisimnya banyak yg kosong, hehehe, dasyat kan teknologi purba dulu

HaNTwO said...

aku x pernah dengar tamadun lemuria ni...huhuhu teknologi orang dulu2 mendahului zaman...tabik spring ar!!

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

hehehe, fakta yang dirahsiakan
golongan barat, xpelik ke tgk avatar, :P tue lah kononnya lemuria,
huh, macam2 lagi.

Tomato Gurl's Life said...

wah menarik info ni..xtau plk ada kewujudan tamadun lemuria nih..shafiq ni suka sejarah ke??hehe..

dianafisa81 said...

subhanallah..

Miza Yusof said...

memang dahsyat pun. sekarang dah susah nak jumpa besi yang tak berkarat. lama gila tamdun ni.

thanks for sharing this info :)
sebagai pengetahuan. hihihi

Tanya Khidir said...

Terdapat 12 kaum telah dibinasakan Allah. Kaum pertama adalah kaum penghuni dataran bawah, kaum Tlumur, ada yg menyebut Sumur, MU, Lumeria dsb dibinasakan sama sekali hingga tidak meninggalkan kesan di zaman Nabi Nuh, cuma 70 orang diselamatkan, akibat dari kejadian banji yg tidak kunjung surut tersebut telah membentuk berpuluh ribu pulau, daratan besar dan benua benua serta memisahkan berbagai bagai kaum manusia dari menerima tamadun. Kemudian dibinasakan pula kaum ke 2 kaum Add/Atlantis kaum penghuni dataran redah di zaman Nabi Hud dengan ribut pasir, juga binasa sama sekali, akibat dari kejadian itu telah membentuk banyak kawasan padang pasir terbentang luas. Kaum ke 12 pula adalah kaum Saba' di zaman Nabi Sulaiman dengan banjir besar ke 2 Al' Arim. POSTING SAUDARA MENGATASI SUMBER AL'QURAN...ADAKAH SAUDARA GULUNGAN FREEMASIONS & ILLUMINATY???